Wednesday, 12 December 2012

21-12-2012 permulaan dunia baru @ kiamat ??




SEGELINTIR orang  percaya yang kiamat bakal berlaku sama ada 12 Disember atau 21 Disember ini. Namun, ia terpulang kepada tafsiran masing-masing.Tetapi sains menunjukkan hari itu tetap akan berlaku selepas esok (12 Disember) dan juga selepas 21 Disember tanpa mengira kalendar Mayan yang akan berhenti.Sesetengahnya melihat hari kiamat dalam corak unit dalam angka 12-12-12 atau 21-12-12 dan ada yang melihatnya sebagai meraikan permulaan baru yang lebih baik.


Seluruh dunia bakal menyambut penentu ukuran pada musim sejuk pada 21 Disember ini dan ada yang mempercayai ketika ini manusia boleh melakukan penjajaran rohani.Smisek dan Jolane Bakley juga akan mengetuai bacaan doa dan meditasi bagi menghubungkan orang ramai antara satu sama lain dengan bumi semasa musim sejuk 21 Disember ini pada jam 12.12 tengahari dan semua orang mesti bertakafur selama satu minit.Di Taman Madison New York pula, beberapa artis dan pemuzik tanah air akan mengadakan konsert bagi memperingati mangsa taufan Sandy.



Konsert pada 12 Disember yang bermula jam 6.30 petang  ini akan menampilkan artis terkemuka seperti Bon Jovi, Eric Clapton, Dave Grohl, Billy Joel, Alicia Keys, Chris Martin, Bruce Springteen, Kayne West dan ramai lagi.Dijangkakan ramai juga pasangan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh keramat itu.Kaum Mayan sendiri akan mengadakan majlis perkahwinan mereka sendiri secara besar-besaran bagi pasangan yang mahu berkahwin pada tarikh itu dikenali sebagai “perkahwinan Mayan beramai-ramai.”Turut dijangkakan, 12 pasangan akan bernazar di runtuhan Mayan Cahal Pech pada hari kaum Mayan meramalkan satu permulaan baru bakal berlaku.Pada 21 Disember pula, gereja Unity Lincoln akan meraikan kelahiran pada jam 7.30 pagi bagi menandakan satu kitaran hidup dan permulaan yang lain pada 22 Disember.

Kita akan tetap merasakan 12-12-12 akan berlalu seperti hari-hari biasa manakala 21-12-12 pula akan berlalu seperti hari-hari yang lain.Menurut Profesor Eric Calson dari Universiti Wake Forest, walaupun tarikh-tarikh itu merupakan tarikh ramalan kiamat, ia hanyalah semata-mata tarikh seperti juga tarikh-tarikh lain yang ada dalam kalendar.Saintis turut berkata, walaupun tarikh akhir tercatat 21 Disember sebagai tarikh akhir dalam kalendar Mayan, ia tidak bertujuan untuk meramalkan tarikh akhir dunia.Sebaliknya, ia menandakan satu tempoh penciptaan dan permulaan yang lain dalam erti kata lain kitaran yang baru selepas 5,126 tahun selepas tarikh akhir dalam kalendar Mayan.
Sumber : sinar harian
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comments:

Anonymous said...

21.12.2012 adalah bersamaan dgn hari jumaat :(

.

.