Monday, 17 December 2012

Adakah Ustaz S seperti diceritakan dalam Mastika merujuk kepada Ustaz Sharhan Shafie dari Sinar Zamdurrani??



Salam semua..terlebih dahulu sesiapa yg x baca Majalah Mastika edisi Disember 2012 mungkin kurang paham apa yang akan cuba aku sampaikan ni... So, pakat2 lah korang beli mastika keluaran bulan ini dan baca tajuk 'Ustaz S lebih penipu dari Syaitan !..

Aku bukan nk buat rumusan ttg cerita tu, tapi sekadar nk bagi sedikit, ya mungkin boleh dikatakan sebagai pencerahan juga supaya tidak timbul isu tuduh menuduh atau fitnah yg sekaligus mungkin boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap pusat rawatan islam secara keseluruhannya...Ok apa yg sebenarnya nk ditekankan disini adalah individu yang menjadi intipati utama kepada cerita ini iaitu Ustaz S..siapa Ustaz S ni??? Kalau tanya aku mungkin aku boleh teka ia merujuk kepada Ustaz Sharhan Shafie dari Sinar Zamdurrani...Ini tekaan aku ok..bukan bermaksud korang kena percaya!!!

 

Aku tak berani nak menuduh atau memfitnah tapi dari clue yg diberikan mungkin aku boleh tangkap siapa Ustaz S tersebut.Yang pertamanya pangkal 'S' itu mungkin merujuk kepada Sharhan. Selain itu clue tersebut antaranya adalah berdasarkan dari bahan2 rawatan yg perlu dibawa oleh pesakit iaitu limau purut sehingga 30 biji, daun pandan 28 helai dan limau nipis 28 biji. Selain itu, Ustaz S tersebut ada juga menjual air zam-zam, minyak sembur mulut dan madu habbatus sauda yang kesemuanya diletakkan di atas sejadah. Kerana apa aku berani kata? Kerana aku pernah membawa seseorang ke Pusat rawatan kendalian Ustaz Sharhan ini dan itulah juga barang2 yang perlu disediakan (kalau xde, pusat tersebut ada sediakan dan perlu dibeli pesakit) untuk proses rawatan.

Tapi nanti dulu, ini bukan bermakna korang boleh terus percaya Ustaz Sharhan ni penipu sebab isu utama yang boleh dibangkitkan di sini adalah "Adakah cerita di Mastika itu betul ?? Mungkin si pencerita itu yang menipu atau ada tokok tambah dari penulisnya pula??dan mungkin juga tekaan aku individu yang disebut sebagai "Ustaz S" tu sebenarnya adalah individu yang lain....

Ini juga adalah satu persoalan yang korang perlu bijak simpulkan sendiri... bukan bermakna aku  menyanggah kredibiliti Majalah Mastika dan sumbernya....dan bukan juga aku membawa supaya korang menghukum Ustaz Sharhan sebagai penipu....sebab disini aku cuba meneka berdasarkan pengalaman dan pengamatan seperti yang dialami mangsa dalam Mastika.. selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan korang untuk menilai...

P/s : Orang yang aku bawa berubat dengan Ustaz Sharhan tu telah kembali kerahmatullah kurang setahun selepas berubat...bukan kerana Ustaz Sharhan tetapi kerana Allah lebih menyayanginya..Al-fatihah...

Published with Blogger-droid v2.0.9

21 comments:

Kaki Sembang said...

input yg bgs..terbaik..

Anonymous said...

Moga apa d katakan tidak benar...

zul gurun said...

Belajarlah ilmu rawatan islam. Baru kita tahu tipu atau tak tipu. Bercakaplah berdasarkan ilmu bukan emosi.

kl-car-rental said...

bersangka baiklah kita sesama saudara seislam kita..nabi kita menyeru kita ke arah itu untuk mencegah dari berlaku fitnah dan perbalahan..

Anonymous said...

Moga2 Allah beri petunjuk jln yg benar

Anonymous said...

Kadang2 pelik. Bila sakit cari ustaz minta tlg ubat. Bila x sembuh kata ustaz penipu. Ustaz tu buat menurut pengetahuan dan pengalaman dia shj berserta dgn doa. Mudah2an Allah swt kabulkan usaha dan doa itu. Bila x kabul mcm2 org tuduh ustaz begitu dan begini. Mari berfikir sejenak.....agak kasar tp adakah yg dtg berubat itu beriktikad yg ustaz ni boleh bg sembuh semua penyakit, guaranteed? Sehingga bila x sembuh layak di godam?

Bukankah itu iktikad yg syirik? Kalau sembuh lagila pula dicanang se Malaya yg ustaz ni mmg power...hebat....

Di tempek pula syirik tu di dahi ustaz tu. X kesian ke kat ustaz2 tu? Kalau yg penipu hentam duit harta benda orang tu tepuk dada tnya selerala....

Anonymous said...

Saya pernah bawa seorg pakcik berubat dgn ustz sharhan di alor setar. Kerana selama ni dia selaku berubat dg bomoh siam. Kami dtg jam 8 mlm dan kena daftar dan dpt nombor 60. Utk dftar kena bayar rm30. Rawatan mula lebih kurang lepas isyak. Suasana macam pesta kerana org terlalu ramai anggaran 200 org lebih. Ada yg dtg dr penang. Kami dtg dr perlis.

Rawatn secara beramai2 (6 - 10 org) serentak. Mana ada rawatan beramai2 biasanya one to one. Bacaan ruqiah lebih kurang 5 min. Mana ada ruqiah 5 min ?? Lepas rawatan disuruh ambil air zam2 seorg satu. Kami sangka free so berebut2 ambil. Dan kami disuruh jumpa ustz gani (kawan dia) utk appointment rawatan seterusnya.

Ustz gani minta rm60 utk bayar air zam2. Sebab malu dah ambil so kami bayar. Soalannya awalnya disuruh bawa air paip biasa utk rawatan tapi x dgunakan. Sepatutnya ustz sharhan bagi tahu yg air zam2 kena bayar tapi x bagi tau. Kami sangka free sebab masa pendaftaran dah kena bayar.

So kiraan saya pendapatn ustz malam tu:
Anggapkan 100 org buat rawatan. Setiap org bayar rm90 (rm30 + rm60).

Pendapatan = rm9,000!

Saya pernah dengar di tv ustz sharhan dg berbanga kata "semalam saya rawat 300 org". Cuba bayangkan pendapatannya dg 300 org. Saya selalu pergi website ustz majid. Dia rawat org seorg 30 min. Itu pun mesti ada temujanji. Tapi ustz sharhan ini sampai 10 org serentak dlm 5 min.

Di tv pastikan dia selalu promote buku dia. Masa tu minat betul dg dia so saya beli tapi buku dia x ada quality langsung. Semua cut & paste. Dlm 1 buku ada pelbagai font dan ayat Quran ada yg tulisannya besar dan kecil x konsisten.

Pendekkan cerita dlm buku tu dia kata utk rawatan perawat mest ikhlas dan jgn kenakan bayaran kecuali diberi. So pikirkan? Pakcik yg saya bawa tu x mahu pergi lagi dan x percaya dg rawatan islam. Dia terus berubat dg bomoh siam. Inilah kesannya jika perawat islam x ikhlas.

Cuba google "ustz sharhan penipu" utk dapatkan kepastian.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, lebih baiklah berubat dengan perawat Islam (walau dia kenakan bayaran), kerana dah sahih dia guna ayat Quran.

Berbanding bomoh siam yang dah terang-terang syirik.

Sekian, cuma pendapat.

Anonymous said...

Asalamualaikum...saya sebenar nya tk brpa setuju dgn pandangan mereka yg m.gatakan ustaz penipu..sebenar nya mereka ni tak paham..cuba pikir baik2 ustaz sharhan tu bukan tuhan..dia manusia biasa mcm kita semua mkn ..minum..tido..tetapi kelebihan dia terletak kat doa dia aja. Berkenaan dgn caj rawatan 90 ringgit apa la sangat..cuba pikir anda pegi kt hospital swasta brpa dr.charge usik sikit beratus dr.charge.msok wad dg ubat kadang smpi cecah belas ribu ..itu tuan tuan tidak persoal kan..kadang x pulak tu yg hospital charge banyak nk tunjuk banyak duit..elok la tu pegi jumpa dukun .tuan tuan tau tak satu ikatan tangkal yg bomoh bagi tu ada70 jin yang menjaga..cuba kira kalau ada 10 sja ikatan brpa jin ada dlm tubuh tuan2.semua tu menjurus kpa shirik yg dosa tidak di ampun kan kat tuhan .bertaubat lah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Persoalannya.. Kenapa perlu menyihir manusia? Buat laa hal masing2.. Jgnlah menyusahkn atau merosakkan org lain. Ingatlah kepada dosa dan hari perhitungan amalan diakhirat kelak.

Anonymous said...

untuk anon 4 September 2013 21:14 tu..nak murah g ruqiah sendiri la..baca sendirila ryuqiah tu berapa lama nak baca takda sapa nak melarang ..wat apa nak suruh org lain ruqiahkan..kan mudah takda paksaan pun..dari dok ngata tu ini bila dikenakan bayaran..

Datoksir Kronik said...

Seorang mukmin itu sentiasa berada diantara lima UJIAN :

MUKMIN lain yang mendengkinya,
Si MUNAFIQ yang membencinya,
SI KAFIR yang memerangainya,
SYAITAN yang menyesatkannya dan
NAFSU yang berlawanan dengannya.

— Syeikh Fathi Yakan

Abdul Rahim said...

Gabungan herba dan ayat ruqyah sememangnya boleh digunakan dlm pengubatan.yg penting niat kerana ALLAH SWT. kalau pegi berubat mesti lah bayar.mcm pergi hospital ada free ke.kan kena bayar walaupun 1 riggit.limau dan pandan tu kan mengunakan modal.tentulah jena bayar.kalau x nak bayar.bawa sendiri.itu pun kena beli.kalau x nak beli.tanam sendiri.memang x salah pun letak harga.sebab kalau kita ckp ikhlas nnti org ingat free.tu lah org kita ni.x tau beradab.tengok org luar walau kita x ckp berapa.diaorg still bagi duit.kan tu sikap yg bagus dan beradab.kita kena perbetul akhlak kita.baru kehidupan menjadi bahagia.

Abdul Rahim said...

Jgn kita berkira soal bayaran.anggap la tu sebagai satu sedekah utk kesembuhan kita.dgn izin ALLAH SWT. Sebagai org islam kita kena percaya qada dan qadar Allah swt kpd kita.duit yg kita keluarkan itu bkn milik kita semuanya kan pinjaman dari ALLAH SWT kpd kita. Cuba fikir.kita boleh berhabis duit utk perkara yg bukan2. Tapi utk berubat.utk kesembuhan pun nak berkira. Kesihatan itu suatu nikmat selepas nikmat islam iman....kalau sakit satu ibadahpun belum tentu dpt kita laksanakan dgn betul..cuba fikir..sakit kita tu disebabkan oleh dosa yg dilakukan kian hari.dgn izin Allah jua.jadi bersedekah lah banyak2 dgn niat kerana Allah.utk pahala dan kesembuhan kita.sekian.dgn izin ALLAH SWT.

Anonymous said...

Dh berapa ribu pakcik habis kat bomoh siam tpi yak baik , boleh syirik lagi , rugyah free tak nak amal, minta tolong ustaz , ustaz tu pakar macam doktor pakar penyakit mesti lah harga pakar.

Anonymous said...

Jgnla cari bomoh Siam, memang kalu pergi jumpa Dr. pun memang ada doktor yang bagus dengan doktor yang kurang bagus, klinik yang bagus dengan klinik yang kurang bagus, hospital yang bagus dengan hospital yag kurang bagus dan dalam kes nie, perawat yang bagus dan perawat yang kurang bagus. Walaupun pengalaman dengan perawat Islam sebelum nie kurang bagus, x bermakna menjadi alasan untuk mencari bomoh Siam pula lagi2 untuk kita orang Islam.

Sebaiknya cuba cari perawat Islam yang lain, dan yang paling penting kena istiqamah dan bertawakkal. sebagus mana pun perawat tersebut, ALlah yang mengubati kita.

Kalu dalam bab-bab ikhlas nie pulak, diminta semua mengingat yang sesiapa pun boleh ikhlas dalam melakukan sesuatu termasukla perawat itu sendiri. Yang paling penting, mana-mana pekerjaan sekalipun perlu dibuat secara bersungguh-sungguh, sesuatu yang semakin ramai orang lupa, janganla semua orang bias pula-membuta halalkan sesuatu. Duit RM 90 tu memangla macam x der apa pun, tapi adakah usaha merawat itu setanding dgn nilai duit itu. Sesiapa yang makan gaj kat sini pasti familiar dgn istilah makan gaji buta yang mana pada pendapat saya boleh diguna pakai pada usahawan jugak yag 'berboskan' pelanggan mereka.

Semuanya berbalik kepada nilai dan kualiti.

Anonymous said...

lala

FatEeN said...

Makcik saya sdri penah mengalami hal ini. Ustaz ni suruh pesakit masuk bilik dan dh sediakan pakej brg2 jualan ustaz ni dpn setisp pesakit..pastu pesakit disuruh membaca surah2 tertentu ke arah brg tersebut..kemudian kena byr..sblum dtg kena bank in dlu utk booking tempat..lpastu ade akak ni keluar tunjuk kayu tanya sape nk beli..kayu tu rendam je semua jenis penyakit bley sembuh..kalo nk kena byr..mcm2..ni la akhir zaman ble ayat suci diperdagangkn.

Bang Ali said...

Tiada yang lebih baik selain islam.. Itu pendapat saya. Terimakasih sudah mencerahkan

Anonymous said...

Tanyalah Mastika, Mastika lebih tahu siapa Ustaz S tu, tak payah la nak backing bagai. orang yang di cerita tu pun di ambil maklumatnya sebagai rujukan. yang salah tetal salah dan yang betul tetal betul tidak kita siapa dia.

Anonymous said...

Aku bawa anak berubat dengan Al hidayah. Tuan haji yang berubat tu menyebut dirinya sebagai doktor. Okay la tu. Anak aku ni ada masalah berkaitan jiwa. Murung dsb. Kata haji tu ada 40 jin dalam badan anak. Scanning dulu. Next trip baru buang jin. Tiba masa pergi lagi. Duduk ja depan dia,terus dia kata memang tadak jin. Aku n hubby terkonpius. Masa bila dia buang atau betul tadak. Tak terkata apa kami dah,terus bayar kat staff dia dan balik lah kami dalam kepeningan. Kos rawatan,lebih kurang macam ustaz S ni..ha ha.

.

.