Sunday, 9 December 2012

Gajah perang rantai Harimau Malaya



Perlawanan yang boleh dikatakan seimbang, walaupun skuad negara lebih banyak melakukan gerakan pada separuh masa pertama. Di Bukit Jalil sebentar tadi, skuad thailand berjaya mengikat pasukan negara 1-1 ,dari membawa bekalan selesa bagi kunjungan ke Bangkok untuk separuh akhir kedua Suzuki AFF Cup 2012.
Percaturan Datuk K.Rajagobal menerapkan formasi 4-5-1 nampaknya menjadi dengan kelihatan Harimau Malaya lebih banyak menguasai bahagian tengah. Perlawanan malam ini juga memperlihatkan 'mat yo' berjaya menemui sentuhan jaringan dan beberapa gerakan bahaya membuatkan benteng Thailand terpaksa bekerja keras mempertahankan kubu.



Kelihatan juga perlawanan malam ini, Thailand lebih bersifat defensif, mungkin mempunyai strategi pada perlawanan timbal balik kelak. Untuk Harimau Malaya, perlawanan di Bangkok kelak bukanlah sesuatu yang mudah walaupun tidak mustahil tuah sekali lagi memihak kita. Usaha perlu digandakan jika kita berhasrat untuk ke final.

P/s : Malaysia boleh, Harimau Malaya boleh. Buktinya sebentar tadi, Thailand juga sebenarnya gerun dengan kita, jadi kenapa kita perlu takut dengan mereka...Ayuh bangkit Harimau Malaya, benam gajah perang di laman mereka..
Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

.

.