Monday, 31 December 2012

Tidak ada yang terselindung dalam SPRM



Persepsi sama ada negatif mahupun positif perlu ditangani dengan bijak oleh SPRM. Persepsi ini tidak boleh dikikis dengan hanya duduk sambil bergoyang kaki. Persepsi ini sukar ditangkis. Persepsi seperti ini akan hilang apabila kes 'high profile' yang disiasat dituduh di mahkamah. Bagaimanapun, semua pihak perlu tahu SPRM hanya menyiasat laporan yang merangkumi bidang tugas SPRM. Persepsi ini perlu dikekalkan dalam SPRM sama seperti persepsi orang ramai terhadap Bank Negara yang dilihat tegas dalam semua aspek.

Ada segelintir pihak masih beranggapan bahawa SPRM menerima arahan daripada ‘orang atas’ atau wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’. Namun sedarkah mereka kewujudan lima mekanisma yang bertanggungjawab bertindak sebagai 'check and balance' terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya ? rujuk sini 

Panel Penilaian Operasi (PPO) merupakan salah satu daripada lima mekanisme yang bertindak sebagai 'check and balance' terhadap perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan fungsi dan peranannya. Penubuhan panel ini merupakan transformasi dalam SPRM yang dapat membuktikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. PPO diwujudkan secara pentadbiran dan ahlinya terdiri daripada kalangan yang mereka yang mempunyai kepakaran, mewakili badan-badan profesional serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh SPRM.


PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup. Selain itu, PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM. Bidang tugas PPO itu sendiri dapat menggambarkan ianya bebas dalam membuat sebarang keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Untuk melihat peranan PPO boleh rujuk di sini

Kelima-lima badan khas termasuk PPO ini ahlinya terdiri dari kalangan mereka yang profesional dan pakar dalam bidang masing masing serta bebas dan diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Ia juga terdiri dari wakil ahli politik kerajaan dan pembangkang . Dari situ sepatutnya tidak timbul  dakwaan yang mengatakan SPRM menerima arahan dari ‘orang luar’ atau ‘tangan-tangan ghaib’, hanya menangkap ‘ikan bilis’ dan melepaskan ‘jerung’ dan pelbagai persepsi negatif yang lain.

Mekanisme yang diwujudkan ini sebenarnya membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti SPRM dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang ditetapkan. Jadi mengapa masih ada mulut-mulut busuk yang meragui kebebasan dan ketelusan SPRM?? Dan yang lebih sadis bila ada ahli politik yang menimbulkan isu ‘krisis kewibawaan’ terhadap SPRM baru-baru ini berkenaan tapisan calon PRU 13? Tidak cukup isukah mereka ini berpolitik hingga mahu melibatkan SPRM juga ?? Nilai-nilaikan….

0 comments:

.

.