Friday, 29 June 2012

Pakcik Jaga rakam aksi budak 7 tahun


Seorang pengawal keselamatan terkejut besar bila mendapati gambar bogel adik perempuannya berusia tujuh tahun, terdapat dalam rakaman video …….telefon bimbit milik rakan setugasnya .
Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu diminta suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.
Abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon tersebut dan terkejut bila salah satu video di dalamnya adalah video adiknya, disyaki dicabul oleh suspek.
Abang mangsa terkejut apabila melihat video mengandungi perlakuan tidak senonoh ke atas adiknya itu, kemudian bertindak memberitahu ibunya mengenai apa yang berlaku.
Siasatan mendapati terdapat dua rakaman yang dirakam pengawal keselamatan itu pada waktu dan hari berbeza.
Berdasarkan rakaman video itu, kejadian berlaku pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut

Ps: Tak guna punye kawan. Ini kawan makan kawan..patut kasi pelangkung pale otak biar sedar diri tu dh nk mampos, bawak2 la gi ngaji kat surau ke..kasi gua pannnasssss jek ptg2 ni.. 

Sharifah Aini tak pernah Mengundi

Penyanyi Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah semalam dikhabarkan melalui TV3 dan juga Utusan dengan pertama kali telah pergi mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya yang dijadualkan pada tahun ini. Kak Pah tidak keseorangan, dia ditemani oleh 50 orang peminat yang sama-sama mengikut jejak langkahnya.



Bukan ini menjadi isu hangat disini tapi Kak Pah sudah menjangkau usia 60 tahun tidak pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Mungkin ramai yang merasakan tindakan Kak Pah sudah terlewat, namun ianya adalah kesedaran yang patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Tanggungjawab yang dipikul dengan hanya satu undi, bakal menentukan hala tuju nasib negara. 


Ps: Elokla tu ada juga kesedaran tunaikan kewajipan pada negara..

Bayi ditinggalkan di Masjid

KLANG: Seorang bilal dan siak Masjid Badariah Batu 12, Kapar di sini terkejut apabila mendapati bungkusan plastik hitam yang ditinggal di tangga masjid itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata kedua-dua mereka yang mahu membuat persiapan solat Subuh menemui mayat bayi berkenaan ditutup dengan kain lampin apabila membuka bungkusan tersebut.
"Apabila tiba di tempat kejadian kira-kira 6.30 pagi, kita (polis) mendapati bayi yang bertali pusat dan cukup sifat ditinggalkan di dalam bungkusan plastik.
"Pemeriksaan lanjut turut mendapati bayi itu sudah meninggal dunia," katanya di sini Khamis.
Mohd Shukor berkata mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA

 gambar hiasan (comelnye baby)

P/s : Sape la punya kerja ni..dah sedap-sedap menoron sampi lahirkan anak, pastu buang kat masjid. Oi haiwan pun tau sayang anak la...org camni patut diberi hukuman kasi je...biar dia tau gunakan dan hargai nikmat dan rezeki yg Allah bagi..

Thursday, 28 June 2012

Cili Nasi Ayam

Salam all..

Tak dinafikan semua orang suka makan nasi ayam. korang tau x nasi ayam tu asalnye makanan kaum ape??melayu?sory beb...India? jgn mimpi la.....jawapannye cina..kalau korang pernah g jalan2 kt pasar pudu, ada satu simpang sebelah bank ape x ingt, ada satu penjaja cina jual nasik ayam...dia pnya pelangggan camni haa..(tgn kiri atas tgn kanan)..pusu-pusu la tu..
Aku pasti tak ramai orang kita yg pernah makan nasi ayam yg disediakan oleh kaum cina..salah satu sebab pastilah keraguan tentang halal haramnyekan....

 yg pasti cili ni tak cair camni..

Takpelah tanpa cite banyak, tangan aku pn dh gigil nk taip ni, aku nk pecahkan resipi cili nasik ayam pure org cina..korang nk harap dorg senang2 nk bg ilmu cmni??sendiri mau ingt la....

Bahan-bahan

 20 biji Cili merah
 Halia (banyaknye mcm setengah dari cili merah) tak reti nk ckp cmne...bygkn sndri la..
 Bawang putih (setengah dari banyaknya halia)
 Air limau nipis(buat mengisar )
 plum sauce (setengah cawan)
 gula / garam secukup rasa.

Camne nak buat??
kisar / blender je semua barang2 tadi....jangan pakai air putih tapi guna air limau nipis tadi...

Pe lg gi la try buat..dah siap dh..masak??tak payah...org kita je yg ngade2 masak cili nasik ayam..

Utk nasi dia dan kicap, aku malas nk tulis...kalo ingt aku bg..dh lambat ni...

P/s : Chef Bee lee, gua suda kasi suma orang tau lu punye lahsia cili...soli manyak2...

Jaga pandangan anak anda di Zoo

Kepada ibubapa yang ingin membawa anak-anak anda ke zoo, sila jaga pemandangan anak anda dikhuatiri sesuatu yang tidak patut dipelajari dari haiwan yang bernafsu binatang (peribahasa reka sendiri..heheheh)










Peringatan Untuk Yang Suka Minum Ais


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!! Secara logik, mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan.. dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru
amalan minum air panassewaktu menikmati hidangan!!




Kita tidak akan kehilangan apa-apa.. malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik.. adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas
makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!






Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup..


Gajah atas kereta mini

Kalau dah minat ape saje pn boleh. Tapi bagi lelaki ni, bukan minat je tapi semangat kenegerian pn ada jugak. Orang kata kalau semangant kenegerian yang positif itu dialu-alukan.Bukan semangat kenegerian yang melampau sebagai contoh bercampur dengan puak2 dia jek kalau dalam bermasyarakat..ade lagi ke org mcm ni???




Tapi bagi Wan Rahimi Wan Mokhtar, 49 kesanggupan beliau mengeluarkan belanja untuk menghiasi kereta mini miliknya semata-mata untuk mempromosikan sukan adalah sangat terpuji. Beliau sanggup melekatkan pelbagai pelekat serta maskot Sukan Malaysia (Sukma)ke 15 demi memeriahkan lagi kejohanan tersebut yang akan dilansungkan di Pahang. Pemuda dari Kampung Peramu ini akan bersiar-siar di bandar Kuantan bagi mempamerkan sikap patriotiknya yang tinggi dengan keretanya yang berpelekat sukma .Sukma ke 15  akan dilansungkan daripada 7 hingga 16 Julai ini di Pahang. Kalau kita sanggup tak??

Wednesday, 27 June 2012

Dirogol Bergilir, padah jalan sendirian

Gambar hiasan


Ni citer sebenarnye....



Tu dia dengan rakusnye....

Fakta atau auta 2





Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.







Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.









Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.







Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.









Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41darjah Celcius.








Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.











Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.










Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Talkin Orang Asli

Salam all...

Kelmarin teman bersama sahabat mengimarahkan Masjid Al-Azim, Pandan Indah kerana mengikuti program ape tah teman pn x ingat dah.....

Bukan la nak cerita pasal program tu sebenarnya, tapi teman teringat pada sesi ceramah selepas Isya' Datuk Ismail Kamus (Komus disebut oleh pengerusi) ada menyelitkan jenaka pasal talkin orang asli...dia sebut ckit je tapi dah cukup gegar satu masjid org gelak...



Yang teman post ni adalah full version dari jenaka talkin orang asli buat ammar n abe q yg tak berkesempatan ke Masjid Al-Azim pandan Indah..

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil
talkin ler) untuk si mati... tapi seingat aku diorang ni bukan beragama
Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup.
Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/tok batin pun start lah baca
'ucapan' macam imamlah... bunyinya camni:

"HAI AJISS... MATI JUGAK KAO AJISS... SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...
(kalau kita kate, malaikat mungkar dan nangkir ler tuh)...
KALAU DIA TANYA, KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA... YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...
KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN... KAO ELAK KE KIRI... KALAU DIA PUKUL DARI
KIRI... KAO ELAK KE KANAN... KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN... KAO ELAK KE BELAKANG...
KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG... PANDAI-PANDAI KAO LAH AJISSSSS..."


Pengajarannya...
Dia orang pun percaya juga kat alam kuburrr...

Fakta atau auta 1

Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh
menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa
sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan
hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi
(perubahan genetik).







Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.






Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.








Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.









Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.







Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.











Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Selebriti failkan perceraian


PETALING JAYA: Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Rabu (hari ini).

Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.



“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh.

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Raja Azmi, 48, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.


sumber

Anda buta Warna??


Sedar atau tidak sebenarnya tidak semua orang  mengetahui yang mereka sebenarnya adalah buta warna. Hal ini disokong dengan kajian yang telah dibuat dan dinyatakan oleh Huffington Post bahawa setiap 255 orang wanita Amerika, seorang darinya adalah buta warna dan mereka tidak menyedarinaya.


Jadi jika anda rasa anda tidak buta warna,  sila sertai ujian buta warna yang disediakan oleh X-RITE .Caranya mudah , anda hanya perlu drag-drop kotak-kotak yang telah disediakan dengan warna-warna tertentu dan lihat markah dan penilaian yang dibuat dari ujian yang dibuat.

Sila klik di sini untuk menguji tahap buta warna mata anda

Anda buta warna atau tidak??

Payudara Aktres Mana Diramas Peminat





Dalam siaran terbaru sebuah rancangan bual bicara, seorang peminat fanatik meminta autograf seorang aktres terkenal dan sewaktu menuju ke arah aktres tersebut, dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalam.
Namun apabila peminat itu berada di hadapan aktres tersebut, dia tiba-tiba meramas payudara aktres tersebut yang pada ketika itu memakai baju yang mendedahkan bahagian dadanya.

Aktres seksi jelita China, Meng Qian dicabul oleh seorang peminat yang gagal menahan berahi dalam satu rancangan TV yang disiarkan secara langsung. 

Digelar sebagai Dewi Payudara No. 1 China, aktres berusia 27 tahun kelahiran Beijing itu mengecap populariti
selepas menjadi pengacara jemputan dalam rancangan bual bicara "Lady Guagua" di Star TV. 







Sumber
 

P/s : Entry camne cepat je korang klik ekkk...



Tayang Kemaluan Sendiri di Khalayak Ramai


Mmg gila la dorg ni..sanggup londehkan seluar sendiri dan tunjukkan kemaluan semata-mata nak tarik perhatian pemain lawan dalam penentuan sepakan penalti.

 Alessandro Diamanti berjaya menyudahkan sepakan

Menurut laporan media antarabangsa, perkara ini terjadi ketika perlawanan suku akhir Euro 2012 antara England dan Itali. Namun dalam penentuan tersebut England tewas dengan keputusan 2-4 selepas 2 Ashley gagal menjaringkan gol sepakan penalti tersebut.



Macam-macam dorg ni kalo dh mabuk...bodo nate beghok...

Tuesday, 26 June 2012

Sambal Belacan B1cafe

Salam all....


Agak lama sebenarnya teman dah tak polish skill memasak teman...sejak meninggalkan dunia kulinari 3 tahun lalu teman hanya memasak pada waktu-waktu tertentu je..bila rasa rindu nk masak tetiba membuak-buak rasa nk abiskan gas kat rumah..setakat ni family di rumah belum ada yg kecewa dgn air tgn teman..tak tau la kalo dorg nk jg ati teman..heheeh...

Teman sebenarnya nk kongsi resepi dgn u all sume...utk pemulaan teman ajar buat appetizer dulu.. Ini resepi sambal belacan yg selama 7 tahun teman riki baik kt makcik2 atau sesape yg teman sempat tnye, takde sorg pun yg sama cara penyediannya spt cara teman buat..sedap ke tak, moh kite sama2 cuba..ekslusif untuk pengunjung blog nie, teman pecahkan rahsia resepi yag teman namakan Sambal Belacan B1Cafe...

 lebih kurg camni ghupenye


Bahan-bahan (dapat la dalam semangkuk)

2 biji bwg besar
3 biji tomato
segenggam cili padi
3cm belacan bakar
10-15 biji cili merah/hijau
sepotong nenas (sarawak lg baik)

Bahan2
1/4 cawan air limau nipis
1/4 air asam jawa
garam/gula secukup rasa

Penyediaaan

-Tumis (minyak sikit je dlm 2@3 sudu jek) semua bahan2 di atas kecuali air limau dan perasa.(benda2 yg besar tu korang kerat2 la dlu)
-bila bahan2 tadi dh layu/lembik kasi sejuk dulu
-kisar semua tmasuk juice yg keluar masa proses menumis dan campurkan 1/4 cwn air limau nipis, air asam jawa, garam/gula.
-dari pengalaman teman masa tumis bahan2 td akan keluar juice yg akan melicinkan proses mengisar..jd xperlu guna air..

Dah siap..simple tapi ada senggggaaattttt...


Untuk entry2 yg akan dtg teman akan cuba kongsi resepi2 yg lain pulak...semuanya dari pengalaman teman selama 7 tahun dalam bidang kulinari di salah sebuah hotel 5 bintang di KL...

P/s : sory chef gua dh pecahkan rahsia nie...

Sunday, 24 June 2012

Kurik Kundi

Salam all..

Petang tadi lepas balik dari main gym semasa dalam kereta Tinta merah terdengar DJ radio kata lagu yg selepas ini akan dedengarkan ialah lagu Dato'Siti Nurhaliza, Kurik Kundi...mula-mula mmg x amik pot pn sbb tgh rancak bersembang....

Sebelum lagu tu dimainkan Tinta Merah ckp lagu ni sungguh unik, bukan dari segi alunan je tapi lirik nya sarat dengan mesej keindahan kaum di Malaysia...serious teman x tau rupanya lagu nie dinyanyikan dgn telor berbeza beberapa negeri di Malaysia... lepas dihayati, lagu ni mmg best...teman boleh bagi 5 star untuk lagu ni, sampai di rumah teman terus google lirik lagu ni sambil dengar berulang-ulang...tetiba jadi gian plak dengan lagu ni...indahnya bahasa dia, lirik pn mantap... kredit utk Pak ngah & Nurul Asyikin..moh kita dengar sama-sama.....



http://www.youtube.com/watch?v=qacnDmOll10&feature=channel&list=UL

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh..
kalau rendah masih jadi intan

(solo):
teratak mahligai bak dipayung teduhnya
bila budi melingkar anak asuhan
adat yang lama berbudi berbahasa
akar kehidupannya

(ramai):
yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa

oh..oh..oh...oh
pantun lama tinggi kiasannya

(solo):
berpantun seloka sambil menari canggung
serentak melangkah rentak timur diarak
gurau senda
sopannya dijaga
sepakat makin kukuh terikat

(loghat utara)(ramai):
hang dok pi hang dok mai
lagu tu lagu mana
pi sini pi sana depa menghela sakan
awatlah dok kalut megah condong ke barat
mai kita..
(solo):
pakat tarik ramai ramai
biar ke timur condongnya....(tu kah)

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh..oh..
kalau rendah masih jadi intan

(Perak)(solo):
ada...O...ada..E....bunyinya tidaklah serupa
erti tidak berbeza
(ramai):
betoi yong betoi sungguh
betui ape dikate
(solo):
selembut tarian hoi...
nak muda berlotah
tutur bahasanya
(ramai):
maghi yop maghilah yong
maghi kita memikio
parit dengan kuala
cakap tidak serupe....(ateh)

(solo):
dihitung beratus-ratus bilangan
digali beratus-ratus terpendam
di lubuk yang mana,
tak terjangkau ingatan
makin dibongkar makin banyak yang terpendam

(ramai):
di sini ibunya
tersurat kurik itulah kundi
tertulis merah itulah saga
saga dalam lagu pada indah syairnya
kundi dalam tarian indah lenggok tarinya
aduhai indahnya

(Negeri sembilan)(solo):
mana usang diperbaharui
mana lapok hai dikajangi
mana elok dipakai ondeh dipakai
kalau singkat cantik manis
disambungkan
kalau panjang cantik manis
minta dikerat...(yo lah)
(ramai):
yo sungguh yo bonar
kato sungguh dikato
(solo):
muafakat ya tuan
ibu adat ya ondeh tidak dilupa

tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
pohon tidak berbuah
tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
bagai pohon tidak berbuah

(ramai):
yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

(Kelantan) (solo):
halus manis hai bila berkata
hai lapik berkias
molek sungguh lah wei
santun lakunya wei merendah suara
bagai berpayung wei rasa teduhnya
(ramai):
teghtek teghning oghe kito
hok tu keno jago
jange sape berlete kale
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe

(Sabah) (solo):
membubutlah bayu
lalu limpas siring semalu
mengalai bagai tari sesuku
tari sesuku

(Sarawak) (ramai):
selembut madah begitu taghi
sek ada sakit ghasa di hati
kame' nyambut madah tuan hulurkan
kita' nyambut madah kame' tuturkan

(ramai):
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh
kalau rendah masih jadi intan

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

Saturday, 23 June 2012

Rahsia umur panjang rakyat negara....

Macau (harapan hidup: 81 tahun)
Ekonomi yang kuat merupakan rahsia umur panjang di Macau. Kesejahteraan yang tinggi membuat warganya lebih mampu mengakses layanan kesihatan.

Swizerland (harapan hidup: 82,5 tahun)
Kebiasaan makan roti gandum, yang memiliki indeks glukosa rendah sehingga perut tidak cepat merasa lapar. Jenis makanan lain yang cukup popular di Swiss adalah cokelat hitam yang kaya dengan antioksidan berfungsi melambatkan proses penuaan.
Australia (harapan hidup: 82 tahun)
Di negara ini, para karyawan punya lebih banyak waktu untuk beristirehat di rumah. Pada waktu makan tengahari , para pekerja  sering makan  di luar bagi mendapat lebih banyak manfaat dari cahaya matahari.


Perancis (harapan hidup: 82 tahun)
Tingginya usia harapan hidup di Perancis salah satunya kerana termasuk salah satu terbaik di dunia dalam rawatan kanser. Rahsia lainnya adalah pola makanan yang banyak dipengaruhi bawang, yang berfungsi dalam masakan untuk mengurangkan risiko diabetes dan penggumpalan darah.


Jepun (harapan hidup 83,5 tahun)
Rahsia umur panjang orang Jepun salah satunya adalah sake panas, sejenis minuman beralkohol yang  boleh melancarkan peredaran darah. Beras fermentasi khas Jepun, Miso juga baik untuk kesihatan kerana banyak mengandung mineral terutama zink.



Spanyol (harapan hidup: 82 tahun)
Diet mediteranian yang didominasi oleh minyak zaitun, sayur dan buah-buahan merupakan kunci sihat warga Sepanyol. Penggunaan lemak yang sangat sedikit dapat mengurangi berbagai risiko penyakit seperti asma, alergi, serangan jantung dan lain-lain

.

.