Friday, 31 August 2012

Suami dayus-Relakan isteri berkhalwat dgn lelaki lain

TUBAN - Demi memiliki pewaris, Pujo Sumarto (49), penduduk Desa Prunggahan Wetan, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, rela melakukan apa sahaja termasuk, merelakan isterinya, Rustami (45), berduaan dalam bilik bersama Mat Tohari, seorang lelaki asal Gresik yang mengaku kiai dan boleh membantu memberikan anak.
Di dalam bilik itu, Gus Mat, panggilan Mat Tohari, mengaku sedang melakukan ritual sembahyang malam khusus bersama Rustami selama 45 minit dalam keadaan gelap, supaya keinginan untuk memiliki cahayamata termakbul.
Namun, selama dua bulan ritual aneh tersebut dilakukan, Rustami tak juga hamil.Kegiatan ini mula di ketahui penduduk sekitar hingga membuat kemarahan penduduk yang ingin supaya kiai dengan ritual aneh tersebut diusir dari kampung mereka.
"Jelas ritual seperti itu tidak masuk akal dan menyalahi ketentuan agama Islam. Kenapa mesti di dalam bilik berduaan dengan isteri orang lain pada tengah malam," kata Rosyid, salah seorang penduduk kampung itu.
Kerana itu jugalah penduduk melaporkan kegiatan ini ke pejabat desa setempat supaya Gus Mat diusir dari Prunggahan Wetan agar tidak lagi merosakkan iman penduduk lainya
.
Akhirnya semua pihak sepakat bahawa Gus Mat harus dihalau dari Desa Prunggahan Wetan. "Telah disepekati bahawa Mat Tohari yang selama ini tinggal di rumah Eko harus keluar dari Desa Prunggahan Wetan.
P/s: Ntah taak tau nak komen ape..ape jenis manusia la ni..

Masih ada melayu yg taksub komunis setelah 55 tahun kita merdeka


Apa nak jadi dengan bangsa kita..tanpa segan silu mengibarkan bendera yang dicipta komunis untuk tanah air kita lebih 50 tahun lalu..bodoh atau diperbodohkan itu rony malas nak komen sbb sesetengan bangsa kita ni mmg ada bodoh sejarah..yg suka diperbodohkan x kurang juga banyaknya..
Dalam kemeriahan kita menyambut kemerdekaan yang ke 55 tahun, rasa sedih melihat makhluk sebegini rupa bebas memperlakukan onar ke atas bendera keramat jalur gemilang..tanpa segan silu menjaja bendera komunis untuk di kibarkan di tanah air ini..semuanya hanya kerana 1 perkara..
Kerana kuasa politik maruah sanggup dijaja, keamanan pula sanggup digadai..keegoan menguasai diri..bendera yang selama ini dihormat, dikibar ,dilaung dan dinyanyikan sanggup dikesampingkan..ingatlah..keamanan yang dikecapi selama 55 tahun ini usahlah digadai demi sebuah kuasa..kita masih belum terlambat untuk memperbaikinya..Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tak masuk akal Samsung bayar saman Apple hanya guna duit 5 sen


Benarlah kata orang, teknologi maklumat sekarang sangat cangih sehingga membolehkan orang ramai mempercayai sesuatu perkara secara bulat-bulat.Hal ini berlaku apabila kecoh di internet mengatakan Samsung membayar saman kepada Apple sebanyak USD1 billion dengan menggunakan syiling 5 sen!

Ia sebenarnya tidak pernah berlaku dan Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sendiri sudah mengesahkkannya.Menurut laman web www.guardian.co.uk semua itu tidak masuk akal. Mana mungkin Samsung boleh menyediakan syiling sebanyak itu dalam masa yang singkat.Malah, Samsung memerlukan 2,755 trak untuk menghantar syiling berkenan ke pejabat Apple dan kemudian pulang semula.

Itu semua memerlukan kos yang tinggi!Tambahan pula, di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi di mana sesebuah syarikat itu berhak membuat pilihan dengan cara apakah bayaran balik perlu dibuat.Contohnya memilih cek atau debit.Jadi, semua yang berlaku itu hanya khabar angin semata-mata. -mynewshub

P/s: Jangan mudah percaya cerita2 di internet,see..semua dh kena tipu..yg rony tulis ni pn jgn terus percaya..dengar boleh..percaya jangan..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 30 August 2012

Gila - Bunuh dan cuba potong Zakar kekasih yang dianggap Raksasa jahat


Sydney – Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan.

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan terbabit.


Jian memberitahu seorang pakar psikiatri bahawa ‘sesuatu dalam dirinya’ meminta beliau memusnahkan ‘senjata raksasa’, di mana lelaki terbabit menggunakan zakar beliau untuk mencederakan wanita dan anak.”
“Saya tahu Peng menggunakan zakarnya untuk menarik wanita mendapatkan anak mereka, menggunakan kanak-kanak terbabit sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian berikutan hukuman yang diterimanya.

“Ada sesuatu meminta saya melakukannya, jangan biarkan raksasa itu menjejaskan lebih ramai kanak-kanak.
“Saya ingat saya memotong zakarnya. Saya mengepam ke dalam tandas supaya beliau tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan beliau tidak boleh menganiaya lebih ramai wanita.” - AFP

P/s : Pada suami-suami yang curang, jaga-jaga kerana senjata raksasa anda terdedah kepada bahaya..hahahaha

Mantan Mufti Perlis sependapat dgn Tun Dr. Mahathir, Ustazah Abby mempamerkan kezuhudannya..



Ostazah Abby sekali lagi mempamerkan kezuhudannya...kali ini keilmuan Mantan Mufti Perlis dipertikai ...

ish..ish..ish...kalau kail panjang sejengkal usah lautan hendak diduga...terlalu kecil sebenarnya jika rony nk ukur ilmu agama rony dengan seorang bekas mufti....sbb kita tau ketinggian ilmu dan pendapat dia sah-sah telah dibanding dengan pengalaman dan pandangan pelbagai golongan yang setaraf atau lebih tinggi dalam bidang atau kepakarannya...



Kita ni kalo nak bercakap bukan boleh sedap bahasa je..sebab bila kita banyak sangat bercakap semberono tanpa memikir, sebenarnya menampakkan balik kebodohan diri...

Berani sungguh Ustazah kita sorang ni...kepada Ustazah Abby, sedikit pun aku xde perasaan untuk membenci kamu....tapi aku sebenarnya sangat simpati kepada kamu..moga kamu diberi sebenar-benar keikhlasan dalam penghijrahan kamu...

Tapi yang pasti Dr MAZA sendiri sependapat dengan apa yang dilontarkan oleh Mantan PM, Tun Dr.Mahathir...

Klik untuk imej lebih besar

P/s : sseorg yang kembali kepada agama n djemput ceramah
    x bererti dia tlh benar2 faham Islam. Teliti sebelum komen...
    jom sama-sama kita kasi like statement Dr MAZA ni

Rasulullah, Muezza, cerita dan fakta berkaitan




Kita sering dikhabarkan tentang sukanya Nabi kita terhadap kucing,sebenarnya nabi sayang semua binatang dan mereka semua diperlakukan mulia.Sebenarnya banyak  kisah2 ttg kucing (kerana kucing memang binatangyang banyak berkeliaran disekitar manusia). Bahkan nabi juga memiliki kucing peliharaan



Setiap kali Nabi menerima tamu di rumah, nabi SELALU mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipahanyaSalah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah 'Mueeza sering mengiaw ketika mendengar azan, seolah-olah ngiawannya mengikuti lantunan suara azan'

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Pernah satu ketika diceritakan Nabi sanggup memotong lengan jubahnya kerana pada ketika iti muezza sedang tidur di atasnya.


Nabi menekankan di dalam beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis.
Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw yang tidak tahu membaca dan menulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Juga bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?


Faktanya :

Wednesday, 29 August 2012

Akhirnya The Incredible Hulk yang sebenar menampilkan diri


Paulo Henrique dos Santos (35) dari Vila Cruzeiro, Brazil, baru-baru ini pergi ke parti dengan menyamar sebagai wira buku komik daripada "Hulk". Walau bagaimanapun, dia menerima kejutan yang besar apabila dia mendapati bahawa warna hijau yang berlumuran itu adalah KEKAL!

Selepas berputus asa kerana usaha banyak kali menyental cat tidak menjadi, Pablo mendedahkan bahawa cat yang digunakan adalah untuk mengecat peluru berpandu balistik dan kapal selam nuklear. Seperti yang dilaporkan oleh laman web Brazil "Extra Globo", Paulo menghabiskan banyak wang dan tenaga, tetapi warna tidak terkeluar daripadanya walaupun sedikit.
 
Paulo bekerja sebagai DJ di Rio Deženeiru, dan dikenali sebagai MC Maronzinjo. Bukan sahaja telah malu dengan hakikat bahawa dirinya bewarna hijau, media tempatan menyiarkan gambar ibunya yang sedang membantunya mandi, tetapi di bawahnya mereka menulis bahawa itu adalah teman wanitanya. 
Selepas berpuluh kali usaha, akhirnya Pablo mengatakan bahawa dia tidak akan menyesali perbuatannya itu.- utusan baru
 P/s : Mana nak dapat, dah tua bangka mak mandikan lagi...hebat..hebat..ada pemimpin sorang tu sanggup buang mak pulak.....dahsyat..dashyat....

Misteri Bulan Terbelah Dua Terungkai



Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Allah berfirman:

"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"
Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"


Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "




Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata," Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar). Sila baca al-quran untuk selengkapnya-.sumber

P/s : Sungguh benar kalamullah...mengapa masih ada yng masih mendustainya??

Nallakaruppan lebih kasihankan PAS dari Pemimpin PR yang lain


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda

Tun Dr. Mahathir tidak tolak hudud Islam



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.

Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.

"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama

Kemaluan Putus ketika Khatan


Seorang remaja mengalai kecederaan selepas alat kelamin nya terputus ketika dikhatankan. Kejadian berlaku ketika majlis khatan beramai-ramai yang diadakan didaerah Padang, Sumatera Barat.

Remaja tersebut yang dikemali sebagai Irfan kini dirawat di Rumah Sakit Umum Muhammad Djamil, Padang. Hasil pemantauan berterusan pasukan SCTV, dikhabarkan keadaan remaja tersebut semakin memburuk.

Yoskani dan Herlina iaitu ibubapa kepada remaja tersebut berkata, mereka agak gusar dengan situasi yang dihadapi anak mereka. Kemaluan anak sulungkya itu juga kini hanya tinggal paras pangkal dan terpaksa ditanam tiub di lubang zakar untuk membuang air kecil.

Berikutan kejadian itu, mereka telah membuat laporan polis. Mengikut laporan, irfan disunatkan oleh doktor pelatih dari Fakulti Kedoktoran sebuah Universiti di di Padang.-detik77.com.

P/s: Sape nak disalahkan tu?? jangan disalahkan takdir sudah...

Tuesday, 28 August 2012

Tanda-tanda rumah dihuni hantu


Hantu atau syaitan ini merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus.

Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.




Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.



Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini. Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.-sumber

Monday, 27 August 2012

Ajaib - Bayi Lahir dari perut Ibu yang 2 hari telah meninggal



Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan perasaan sedih yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang comel setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan pernah jatuh pengsan. Kemudian Jayne dibawa ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh dibawa keluar melalui pembedahan cesar.


Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

P/s : Kuasa tuhan siapa boleh halang...Masya Allah...

Friday, 24 August 2012

Akta Keterangan Seksyen 114A kekal- Nazri Aziz


KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Mentero, Datuk Seri Nazri Aziz mengulangi bahawa Akta Keterangan Seksyen 114A akan dikekalkan, beliau berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan negara.“Kerajaan tidak mahu Akta untuk menganiaya orang yang tidak bersalah.“Pindaan (Seksyen 114A) akan kekal kerana terdapat perkara yang lebih serius seperti keganasan, yang memerlukan pindaan untuk melindungi keselamatan negara

“Saya akan teragak-agak untuk membentangkannya sekiranya saya tidak fikir ia boleh digunakan untuk melindungi negara dengan baik,” kata Nazri pada sidang media di sini.Pindaan kepada Seksyen 114A adalah salah satu daripada dua yang dilakukan terhadap Akta tersebut, dan digazetkan pada Julai lalu, menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Internet.

Satu kempen telah dilakukan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung akta dengan memasang ‘banner’ yang bertajuk ‘Stop 114A’ (Hentikan 114A) di laman sosial Facebook dan dimuat turun oleh pengguna Internet di negara ini.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Ser Dr Rais Yatim berkata, Kabinet membincangkan isu dengan mendalam dan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa perubahan kerana Parlimen telah diwakili oleh parti pemerintah dan pembangkang yang telah membahas mengenainya. -Mstar online

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 23 August 2012

Padah geng sorok susu celah kangkang

Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.
 
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.
 
Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.
   
"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.
   

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.
 
Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.
 
"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.
 
Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.
 
Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama

Wednesday, 22 August 2012

Tafsir Mimpi Syeikh Abdul Rahman As-Sudais


Dalam satu  program wawancara bersama Imam Masjidil Haram ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafsiran mimpi. Namun ada sebahagiannya beliau tahu.



Lantas pemanggil itu menceritakan mimpinya. Dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki yang sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh Sudais menjawab:
MasyaAllah..! MasyaAllah..!. Tafsir mimpi ini ana tahu. Orang di dalam mimpi itu akan mendapat keampunan daripada Allah dan segala amalannya diterima. Dia seumpama anak yang dilahirkan tanpa sebarang dosa.
Pemanggil itu bertanya lagi:
Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya itu?
Sheikh Sudais menjawab:
Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki yang sangat bertuah itu
Pemanggil itu lantas berkata:
Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya tersebut tak lain dan tak bukan adalah tuan sheikh sendiri
Sheikh Sudais terkejut lantas menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..
Subhanallah!!! Sememangnya Sheikh Abdul Rahman Sudais ini insan istimewa. Selain daripada beliau seorang hafiz, beliau telah dikurniakan oleh Allah menjadi insan istimewa di dunia lagi. Mana tidaknya, beliau dipilih oleh Allah menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Tempat suci ummat Islam. Tempat yang digandakan beribu kebaikan di atas satu kebaikan yang dilakukan di dalamnya. Allahuakbar!

Monday, 20 August 2012

Iklan paling Bergaya,mahal,dan rumit


Sebuah filem 120 saat  yang terkenal, menelan belanja $ 1.6 million untuk menghasilkannya.Iklan yang menampilkan keping-kepingan Accord dileraikan dan digerakkan seperti gaya kesan domino, sebelum akhirnya melepaskan kereta berfungsi sepenuhnya

 Kerja-kerja rumit ini adalah bukti kepada kemahiran dan visi pasukan kreatif, tidak kurang juga kepada pengarahnya Antoine Bardou-Jacquet. Dua bulan masa diambil untuk membuat skrip dan untuk lukisan konsep juga Lakaran papan cerita, manakala eksperimentasi praktikal mengambil masa 4 bulan.

Penggambaran pula mengambil masa empat hari dan sebanyak 60 second-shoot terhasil .Untuk menyiapkan sepenuhnya penggambara ini 606 takes telah dilakukan. Walaupun proses penghasilan sangat terperinci dan tekun, namun semuanya berbaloi apabila iklan ini memenangi pelbagai anugerah dan pencapaian yang membanggakan dalam kelasnya.

video

Sunday, 19 August 2012

Koleksi SMS raya popular

Kalau dulu perutusan mengenai Hari raya ataupun sebarang perayaan diucapkan di atas sehelai kertas dengan berdakwatkan sebatang pen.. Kini seiring dengan arus peredaran zaman...Ucapan SMS atau pesanan ringkas ini menjadi siulan dan trend masa kini..pastinya pelbagai cara kreatif diterjemahkan sebagai ucapan di hari raya antaranya....

SMS 1
Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)




SMS 2
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 3
Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

SMS 4
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)


SMS 5
ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

SMS 6
B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf zäHir & BÄtin..
Drp (nama penghantar dan family)

SMS 7
BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe. (nama penghantar dan family)


SMS 8
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

SMS 9
Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

SMS 10
Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

SMS 11

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)


SMS 12
(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)

SMS 13
.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 14

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)


SMS 15
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

SMS 16
ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)


SMS 17
although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

SMS 18
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

SMS 19
Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

SMS 20
Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SMS 21
Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

SMS 22
Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

SMS 23
Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

SMS 24
Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

SMS 25
I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS 26
Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

SMS 27
Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

SMS 28
RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!


SMS 29
Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya


SMS 30
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

SMS 31
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

SMS 32
jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

SMS 33
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
SMS 34
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.


SMS 35
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


SMS 36
kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

SMS 37
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b


SMS 38
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


SMS 39
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

SMS 40
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita


SMS 41
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

SMS 42
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

SMS 43
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


SMS 44
Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa


SMS 45
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya


SMS 46
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

SMS 47
Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

SMS 48
Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

SMS 49
Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara


SMS 50
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

SMS 51
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

SMS 52
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


SMS 53
secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SMS 54
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

SMS 55
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

SMS 56
moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

Saturday, 18 August 2012

Guru berhubungan seks dengan 4 pelajarnya sekaligus!!!

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Amerika Syarikat dibicarakan atas kesalahan berhubungan seks dengan empat muridnya sementara murid kelima merakam aksi tersebut.

Brittni Colleps (28 tahun) disabitkan dengan beberapa dakwaan , termasuk seks menyimpang dan hubungan tidak sopan antara tenaga pengajar dan murid.

Wanita ini adalah guru Bahasa Inggris di Sekolah Tinggi Fort Worth, Texas. Dalam perbicaraannya dia mengaku  bahawa dia menggunakan pesanan SMS untuk mendekati kelima pelajar lelaki tersebut. Wanita ini juga telah memiliki 3 orang anak.
Bu Guru ini melakukan seks dengan 4 muridnya sekaligus!

Salah seorang remaja mengaku, dia dan Colleps berbalas 100 SMS dalam satu hari bermula pertengahan musim tahun 2010. Dari SMS, kemudian kian menjadi-jadi sehingga akhirnya mereka sepakat untuk bertemu lalu bercinta.

"Dia (Colleps) mengatakan ada sesuatu pada diri saya yang dia idam-idamkan...," kata remaja tersebut.

Murid lelaki ini mengatakan bahawa pernah satu ketika, empat murid sekaligus berhubungan intim dengan Guru yang telah dipecat tersebut. Para murid tersebut sebenarnya sudah boleh digolongkan dewasa, namun hukum melindungi para pelajar dari hubungan dengan seseorang yang jawatannya lebih tinggi, dalam hal ini guru.
Guru ini (kiri) berdepan hukuman 20 tahun penjara


Seorang remaja lainnya merakam adegan seks tersebut dengan video telefon bimbitnya. Video tersebut dimainkan semasa perbicaraan.

Jika terbukti bersalah, Colleps berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun. Suaminya, Christopher Colleps, seorang tentara AS, telah menegaskan bahawa dirinya akan terus menyokong isterinya dan bahawa mereka akan tetap mempertahankan rumah tangga mereka.
(Ny Daily News, Fox News)
P/s : MMg gila...cikgu perempuan pulak tu..

Ustaz Nasha ibaratkan pemimpin PAS yang mengikut telunjuk DAP umpama syaitan bisu



Bekas timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menempelak pemimpin pas yang sanggup menjadi umpama 'syaitan bisu' hanya kerana percaturan politik. MP Bachok ini juga hairan dengan tindakan golongan tersebut yang terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang terangan menentang dan memusuhi islam.
Menurut beliau lagi, sehingga hari ini PAS masih belum menyatakan pendiriannya terhadap karpal yang secara terang -terangan menentang hudud. Walaupun pucuk pimpinan PAS masih tidak berpendirian tentang isu Karpal, namun beliau masih tetap dengan pendiriannya bahwa Karpal Singh adalah seorang yang anti hudud dan anti islam. Beliau juga menyatakan yang beliau sanggup mati demi mempertahankan islam sebagaimana Karpal yang sanggup mati demi mempertahankan pendiriannya menolak hudud.

Dalam pada itu juga, beliau turut mempersoalkan tentang kerjasama politik (tahalluf siasi) yang diamalkan PAS turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi islam. -sumber Hmetro

P/s : Siapa syaitan bisu tu??


Tragis : Anak lihat bapa dibaham buaya

Lelaki disambar buaya depan anak

TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu disaksikan anak mangsa, Azwan Jailani, 16, yang berdiri hanya beberapa meter daripada ayahnya, Jailani Indersaya, 54.

Cerita Azwan, sebelum kejadian, dia sedang memancing di tepi sungai manakala ayahnya pula memukat udang.
“Tiba-tiba saya nampak seekor buaya warna hitam menerkam ke arah ayah sebelum menarik ayah masuk ke dalam sungai. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut Azwan, selepas kelibat ayahnya hilang, dia cuba mengejar jejak buaya itu dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai.

“Saya takut dan sedih tapi saya cuba cari juga buaya tersebut tetapi tidak menemui ayah,” kata remaja itu.
Paling menyedihkan, Azman memberitahu, kejadian menimpa ayah berlaku hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Buaya yang sambar ayah sangat besar dan reptilia itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk membawa ayah ke dalam sungai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, gerakan mencari dilancarkan bagi mengesan mangsa yang hilang.

Bagaimanapun, menurut beliau, sehingga petang semalam pasukan mencari dengan bantuan orang kampung belum menemui mangsa.
Kata beliau, selain Sungai Udin, kes manusia disambar buaya pernah berlaku di Sungai Kalumpang dan Sungai Serudong.

Friday, 17 August 2012

Anak Pelacur dikahwinkan bersama



Satu majlis besar-besaran perkahwinan dan pertunangan telah diadakan di sebuah kampung di negeri Gujarat India untuk anak-anak perempuan pekerja seks di bawah pelan untuk menyelamatkan mereka daripada menjadi pekerja seks. 

Acara ini dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan di Manch(VSSM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan masyarakat terpinggir nomad

Jurucakap VSSM berkata tiada siapa sebelum ini yang mahu mengahwini seorang gadis dari Vadia kerana orang-orang lelaki di kampung ini dikenali kerana membuat duit melalui kerja pelacuran wanita.Aktiviti sosial yang dianjurkan ini menelan belanja 900,000 rupee ($ 18,000) dan dikatakan bakal menamatkan perdagangan wanita di kampung Vadia. 


Tujuh pasangan yang telah dikahwinkan dan 15 yang lain terlibat dalam acara pertunangan pada hari Ahad di kampung Vadia dalam daerah Banaskantha. Vadia sering dipanggil "kampung pelacur".Pengantin selalunya berumur 18 tahun ke atas.Acara pertunangan pula untuk mereka yang berumur 18 ke bawah.Setelah berkahwin, perempuan-perempuan ini tidak boleh dipaksa melacur. 
Sebelum ini, gadis-gadis yang datang dari masyarakat Saraniya (gadis asal Vadia) tidak berkahwin dan bekerja sebagai pelacur di bandar-bandar yang berdekatan.

 
P/s : satu pendekatan yang agak baik...daripada kanak2 ini terus dihina yang akhinya akan mewarisi pekerjaan tidak bermoral  ibu mereka, ada baiknya mereka dikahwinkan sesama mereka..

Tazkirah Jumaat Sepintas Lalu

Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah kita pesan berpesan dengan kebenaran dan juga dengan kesabaran.  Semoga tazkirah jumaat ini memberi keinsafan dalam kita memperbetulkan matlamat asal kehidupan kita di dunia ini. Wallahuaalam.




Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.
Malam Pertama
Di kuburan pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman.
Malam Kedua
Merebak pula kepada bahagian badan mayat yg lain seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.
Hari Ketiga 
Mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.
Selepas Seminggu
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.
Selepas 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..
Selepas 2 Minggu
Rambut mulai gugur
Selepas 15 Hari
Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya
Selepas 6 Bulan
Yang tersisa hanya rangka tulang saja.
Selepas 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

P/s : Subhanallah...

Bodoh - Remaja 15 tahun cuba rogol nenek

Oklahoma - Seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, Trevon Isaac mengaku menggunting seluar dalam kemudian merogol neneknya, 59 tahun yang ketika itu sedang tidur.
Mangsa yang berusia 59 tahun memberitahu polis yang dia telah mengambil ubat untuk membantu dia tidur pada malam kejadian. Ketika dia bangun pagi, dia mendapati seluar dalamnya sudah hilang dan kemudian menemui seluar dalam itu disumbat di bawah katilnya. Pada petang hari berikutnya, si nenek ini kemudian tersedar dari tidurnya di atas sofa dan mendapati cucunya sedang menindih tubuhnya.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia kemudian memanggil anaknya yang merupakan bapa saudara kepada remaja itu untuk datang ke rumah dan kemudian memberitahu kejadian yang telah dilakukan cucunya. Remaja itu pun dihadapkan ke pihak polis. Menurut afidavit penangkapan, remaja itu mengaku kepada bapa saudaranya bahawa dia menggunting seluar dalam dan merogol neneknya dua kali, di tilam dalam bilik tidur dan di sofa. Mangsa menjalani ujian rogol di hospital yang disahkan positif.

Remaja tersebut telah dimasukkan ke penjara Oklahoma County atas tuduhan merogol. Ikat jamin untuk remaja ini telah ditetapkan pada nilai $ 25,000.

Thursday, 16 August 2012

Pengakuan Ustaz Nasharudin sebenarnya melegakan PAS


http://3.bp.blogspot.com/-UuJtyogrFSo/UCycnyEmwNI/AAAAAAAAUNY/nU_ZLAWntd4/s1600/ustaz+nasha2.jpg

SEPANG 16 Ogos - Ahli Parlimen Bachok Nashrudin Mat Isa menafikan sama sekali berhasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu menjelaskan, perjumpaan yang beliau adakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini adalah atas jemputan Ulama' di Negara tersebut bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat meminta semua pihak agar tidak terlalu awal membuat sebarang spekulasi jahat sehingga menjejaskan kesetiaan beliau terhadap perjuangan Parti.

Nasharudin berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi.

Beberapa Pemimpin PAS sebelum ini mempertikaikan tindakan Nasharudin membuat kenyataan gesaan terhadap Parti tersebut agar keluar dari Gabungan kerjasama PKR dan DAP susulan kenyataan tegas DAP berulangkali menentang perlaksanaan Hukum Hudud.- klpos

P/s : Pemimpin yang nampak ikhlas dalam perjuangan demi Islam...ni baru contoh pemimpin yang berkata benar walaupun pahit...satu kemenangan buat BN jika Ustaz Nasha berpindah kem dan malapetaka buat PAS jika kehilangan Ustaz Nasha..Nik Aziz kelihatan masih sayang dengan Timbalan presidennya itu apabila sanggup memperbetulkan kenyataan yang disalah anggap oleh media yang mana dia tidak pernah menyuruh timbalannya itu meninggalkan parti...

Ibu bapa rasis belasah anak

David dan Frances Champion telah dipenjara kerana memukul Jane, anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun dan teman lelakinya, Aflonce Ncube dalam dua serangan perkauman.

Insiden yang digambarkan sebagai "memalukan" dan "jahat" oleh Hakim itu berlaku selepas ibu bapa ini menuduh anak perempuan mereka memalukan keluarga kerana mempunyai teman lelaki berkulit hitam.

Serangan pertama berlaku di rumah keluarga di Swansea selepas Encik dan Puan Champion tiba di rumah mereka dan mendapati pasangan muda itu berada dalam "keadaan menanggalkan baju". Encik Champion dilaporkan terus mencekik tekak anak perempuannya dan menendang kaki Encik Ncube sebelum membuang dia keluar dari rumah mereka. Sepanjang serangan tersebut, Encik Champion didakwa menjerit penghinaan kesat berkaitan isu perkauman.

Serangan kedua berlaku di sebuah pub sebulan kemudian. Jane berhadapan dengan ibu bapanya dan mengaku mengenai status hubungan cinta mereka yang masih berterusan. Mendengar pengesahan cinta itu membuatkan bapanya menumbuk muka kedua-dua anak muda ini. Bukan setakat itu sahaja, Encik dan Puan Champion kemudian melawat restoran di mana teman lelaki anak perempuan mereka bekerja namun Encik Ncube menyembunyikan diri sehingga Encik dan Puan Champion meninggalkan premis itu.



Bercakap kepada mahkamah, Hakim Peter Heywood berkata: "Kita hidup dalam masyarakat liberal dan makrifat, pelbagai tingkah laku yang bersifat perkauman tidak boleh dibiarkan malah cara anda bertindak balas dalam menyelesaikan masalah ini adalah sama sekali tidak sesuai."

Encik Champion telah dipenjara selama 12 bulan manakala PuanChampion telah menerima hukuman sembilan bulan.-asiantown

.

.