Sunday, 9 September 2012

Kekuatan dalam diri yang patut disedari


1. Kekuatan Impian ( The Power of Dream)


Untuk memperoleh hal-hal terbaik dalam kehidupan ini, setiap kita harus memiliki impian dan tujuan hidup yang jelas. Setiap kita harus berani mengimpikan hal-hal terindah dan terbaik yang kita inginkan bagi kehidupan kita dan kehidupan orang-orang yang kita cintai. Tanpa impian, kehidupan kita akan berjalan tanpa arah dan akhirnya kita tidak menyadari dan tidak mampu mengendalikan ke mana sesungguhnya kehidupan kita akan menuju.

Saturday, 8 September 2012

Calon Presiden Czech yang bertatoo


Vladimir Franz, pastinya akan menjadi tumpuan dunia pada tahun depan. Lelaki berusia 53 tahun ini baru-baru ini  mengumumkan dirinya akan mendaftar sebagai calon presiden Republik Czech pada pemilihan presiden 2013 akan datang.

Ngeri - Zakar tercucuk ranting


MIRI – Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cukup menyakitkan apabila kemaluannya tercucuk sebatang ranting kayu kering sepanjang 13 sentimeter di sebuah ladang kelapa sawit di Bakun dekat sini kelmarin.

Mangsa, seorang warganegara Indonesia yang masih belum dikenal pasti identitinya, terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum doktor di Hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan kayu daripada kemaluannya.

Insiden janji demokrasi - 3 lagi penganjur dipanggil polis


SHAH ALAM - Tiga lagi individu yang dipercayai penganjur dan menyertai Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu, dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung insiden memijak gambar pemimpin negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Model china yang mengecap populariti setanding oppa gangnam di China..

 
Pernahkan anda mendengar nama Tina Leopard? Beliau adalah seorang  model dan juga seorang blogger di China. Walaupun beliau tidaklah sehebat top model terkenal di seluruh dunia, namun popularitinya sangat meningkat di negaranya hanya kerana wajahnya yang cukup unik..unik yang macam mana?? Anda nilaikan sendiri....

 Lagi gambar...

Friday, 7 September 2012

NASA rungkai misteri cahaya aurora yang terbentuk di langit


MIAMI - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan telah mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.

Kerajaan BN sediakan Rm300 juta hanya untuk perumahan di Kelantan


KOTA BHARU 7 Sept. - Kelantan merupakan negeri tertinggi menerima skim rumah mesra rakyat yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, daripada 6,265 permohonan yang diterima sejak 2002 sehingga kini, sebanyak 4,809 telah pun diluluskan pembinaannya di negeri ini.

Sekelip mata dari biasa2 menjadi 'superb'..(Ini bukan china doll dia tuuu)

Sesetengah perempuan melakukan keajaiban dengan make-up. Seorang gadis yang comot atau huduh boleh bertukar menjadi gadis yang cantik hanya dengan menggunakan make-up dan dalam medium ini, tiada perempuan yang lebih berbakat daripada perempuan Cina ini.

Inilah wanita China itu....


lagi dibawah...

Jenglot dijadikan pameran penduduk kampung


Seorang pelombong pasir di sungai progo, daerah Kabupaten , bantul Yogyakarta menimbulkan kegemparan orang ramai apabila menemui seekor Jenglot. Jenglot ynag dijumpai tersebut berukuran 12 cm tinggi sahaja. Beberapa lagi gambar di bawah..


Bekas Juruaudit dakwa DAP Peralat Teoh Beng Hock


PETALING JAYA: Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan kes kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Beliau mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) sengaja menjadikan mendiang sebagai 'kambing hitam' atas kesilapan yang dilakukan pihaknya, selain memutar belitkan fakta berhubung kematian Teoh.

Thursday, 6 September 2012

Wajah Sebenar Pahlawan Hang Tuah didedah


Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu diwujudkan bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya. sumber

P/s : Boleh caye ke?? Tapi muka memang macam orang melaka..hahahah

Malang : 5 tahun ditibai abang ipar, bomoh pun tumpang sekaki


KUALA KETIL - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.

Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.

Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.

Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.

Keadaan itu mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.sumber

Beli kereta hanya guna syiling seberat 300 KG


Duit syiling biasanya tidak dipandang sangat, dan kadang2 ada saja berciciran disekitar kita.
Tetapi berbeza dengan lelaki dari China ini. Dia mengumpulkan dengan gigih duit syiling semata-mata untuk membeli barang yang diimpikannya,iaitu sebuah kereta.

Seorang lelaki china bernama Wang, datang ke sebuah pengusaha pusat jualan kenderaan dengan membawa 60.000 yuan, atau sekitar 9,132 USD untuk digunakan bagi bayaran untuk membeli kereta idamannya. Kebiasaannya kita membeli kereta menggunakan tunai atau sekurang-kurangnya dengan menggunakan cek,namun tidak bagi lelaki ini. Beliau membawa beberapa karung duit syiling.


Wang, menggunakan sebuah van untuk mengangkut tujuh karung syiling tersebut, yang mana berat keseluruhannya mencecah 300 kilogram. Syiling tersebut telah dikumpul hasil dari perniagaannya menjual tepung untuk kedai kuih dan mee. Menurut Wang, dia dapat mengumpulkan duit syiling sekitar 10.000 yuan dalam setiap bulan.
Pihak pusat jualan kenderaan yang dikunjunginya mengaku mengalami kesulitan untuk mencari bank yang mahu menerima pembayaran yang unik ini, kerana kesulitan untuk mengiranya. Namun pusat tersebut bernasib baik kerana hanya satu bank yang sanggup menerima syiling yang diberi oleh Wang, itupun hanya separuh sahaja iaitu 15000 yuan. Bagi pembayaran lebihannya, pusat tersebut perlu mencari alternatif lain.



P/s : Gigihnya lelaki ini mengumpul syiling terbalas dengan kehadiran kereta yang diidamkannya...Anda sanggup??.rony awal2 surrender...hahahah

Ugut nak Jadi katak jika tak tercalon PRU


Kalau betul la berita kat bawah ni, memang tak patut UMNO simpan pemimpin yang macam ni...apa dia ingat dia dah cukup kuat pengaruh?? Bagi Rony sekarang adalah waktu untuk generasi muda diketengahkan ...Rony juga yakin DS Najib bijak dalam membuat pilihan tanpa terpengaruh dengan berita atau ugutan-ugutan yang sebegini... tapi pemimpin kat atas ni rony yakin setia pada perjuangan partinya..veteran la katakan...hihih berita lanjut klik more


Wednesday, 5 September 2012

Ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita ini

Kenapa dengan wanita ni?? Kelihatan dia dipimpin bakal suaminya dalam satu majlis perkahwinan..

|

2 lagi dipancung di Arab Saudi hari ini


Riyadh Arab Saudi menghukum mati dua lelaki yang disabitkan bersalah kerana kes pembunuhan dan dadah. Salah satu lelaki tersebut adalah warga Pakistan.

Menurut AFP, Selasa (4/9/2012), pelaksanaan hukuman pancung dengan pedang ini dijalankan pada waktu siang Arab Saudi. Seorang warga tempatan, Ahmed bin Hasan al-Shehri diputuskan bersalah kerana kes pembunuhan. Seorang  lagi, warga Pakistan Hayat Sayyed Alsayyed terlibat penyeludupan dadah.

Hasan didakwa membunuh teman sekampungnya, Ahmad bin Muhammad al-Shehri. Hukuman pancung ini diadakan di kota Abha.

Sementara warga Pakistan yang didakwa kerana menyeludup dadah di perutnya dipancung di sebelah barat kota Madinah.

Dengan demikian, Arab Saudi sudah melaksanakan hukuman pancung seramai 52 orang tahun ini. Sementara pada tahun lalu, data Amnesty International mencatat ada 79 orang yang dipancung di arab saudi. sumber

P/s :  Hudud adalah hukum Allah yang dinyatakan di dalam Al-Quran, namun kesesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia perlu kajian menyeluruh dengan mengambil kira masyarakat berbilang kaum di Malaysia..mustahil atau tidak untuk hukum ini dilaksanakan di Malaysia hanya Allah yang menentukan...Wallahualam...

Tuesday, 4 September 2012

Ni la bahana kalau menulis ikut sedap tekak..kan dah kantoi..


Isu bendera tak habis lagi..mereka2 yang biadap ni mesti diajar..tak lupa juga kepada pembela2 mereka di alam maya...hanya kerana tidak sependapat dalam hal lain,isu negara sanggup digadai demi menegakkan benang yang basah, tanpa usul periksa pulak tu..macam-macam hal la..nah kau amik obat...

Dalam Akhbar hari ni pakar sejarah pulak nafikan bendera yang mereka kibar dan anggap sebagai 'Sang Saka Malaya' tu adalah bendera asal Tanah Melayu....Kat bawah ni adalah bendera asal Tanah Melayu sebelum ditukarkan kepada Jalur Gemilang yang kita gunakan sekarang...

Berita dibawah dipetik dari sumber
Shah Alam: Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. "Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. "Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. "Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.

P/s : Tak habis-habis kantoi..camne la rakyat marhaen nak yakin dengan perjuangan korang ??

Foto rakyat biadap disiarkan polis, orang ramai diminta bantu mengesan





KUALA LUMPUR- Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.  

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.   "Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344," kata Ku.Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. - Bernama


P/s : Berani buat berani la tanggung...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Samun kemudian cuba rogol..ubatnya dibelasah orang ramai.


MELAKA 3 Sept. - Seorang lelaki dibelasah orang ramai selepas menyamun dan cuba merogol seorang jurujual di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini hari ini. Kejadian berlaku pada 11.45 pagi di mana lelaki sekitar 20-an tersebut dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika mangsa keluar untuk makan di sebuah restoran berhampiran. Wong Siew Hong, 38, dari Johor Baharu berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki terbabit selepas pulang ke biliknya di tingkat dua hotel berkenaan.

"Sebaik tiba di bilik hotel, saya lihat kunci mangga bilik saya telah dipecah dan pintunya terbuka sedikit," katanya ketika ditemui. Wong berkata dia yang kemudiannya masuk ke biliknya terkejut apabila mendapati seorang lelaki di dalamnya. Mangsa berkata lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam dan bertutup mulut lantas menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaiannya.

Dia berkata lelaki tersebut turut menumbuknya beberapa kali di pipi kiri sehingga bengkak apabila dia cuba melawan lelaki itu sambil menjerit meminta tolong. Wong berkata lelaki terbabit kemudian melarikan diri bersama beg duitnya yang sempat dirampas darinya.

Katanya dia mengejar lelaki terbabit sambil menjerit meminta tolong sebelum beberapa orang menangkap dan bertindak memukul lelaki itu, kira-kira 50 meter dari hotel berkenaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani rawatan akibat cedera dipukul. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun sehingga mendatangkan kecederaan. sumber

P/s : Padan muka lu...

Kembar berlainan warna kulit


LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara. Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.
Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya – Aleisha Lily – berkulit putih.Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah. “Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya. Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras. Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi. Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik. “Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.
Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha. “Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

 Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela – Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6. Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur. Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.
Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. sumber

Monday, 3 September 2012

Video : Wanita hamil didera suami di Ipoh


Seorang wanita yang hamil dua bulan menjadi mangsa kekejaman suaminya. Mangsa yang dikenali sebagai Amanda Fong Kim Yen, 19, mengatakan dia telah didera oleh suaminya sendiri, Calven Chik Foo Keong dalam satu kejadian yang berlaku di kedai barangan wanita milik mereka pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam satu video klip berdurasi 11 minit 50 saat ini, pada mulanya tangan mangsa ditarik oleh suaminya ketika cuba untuk keluar dari kedai berkenaan. Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dengan cara layanan itu, pasangan ini mula bertikam lidah sebelum suaminya bertindak ganas dengan mencekik leher, menampar dan menarik rambut mangsa.

video


Apa yang dapat dipastikan, pergelutan diantara mereka ini berlaku lebih kurang 6 minit sebelum mangsa rebah di lantai sambil menangis kerana mengalami kesakitan dan dilihat suaminya cuba untuk memujuk mangsa.


Pakcik hebat selamba celup tangan dalam minyak panas



Di Chiang Mai, Thailand, Kann Trichan, 50, selamba mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas. Trichan ialah pemilik sebuah kedai makan yang menyediakan menu ayam goreng. Setiap kali menggoreng ayam, lelaki itu mencelupkan tangannya ke dalam kuali untuk mengambil ketulan ayam yang telah masak. Peliknya, tangan Trichan tidak pernah melecur. Kebolehan luar biasa itu menyebabkan ramai orang berkunjung ke kedainya.
Trichan menyedari kemampuan uniknya itu semasa berusia tujuh tahun ketika dia menjual makanan di bawah sebatang pohon mangga. Tanpa diduga, seekor tupai menjatuhkan sebiji mangga ke dalam kuali minyak panas hingga minyak itu terpercik mengenai sebahagian besar tubuh Trichan. “Saya fikir akan cedera parah tetapi tiada apa yang berlaku,” kenangnya.
Kemampuan Trichan mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records sebagai lelaki yang paling pantas mengambil ayam goreng dalam minyak bersuhu 480 Celcius dengan tangan iaitu sebanyak 20 ketul dalam tempoh seminit. Berdasarkan ilmu fizik, kemampuan Trichan disebabkan kesan Leidenfrost iaitu fenomena pembentukan lapisan tipis pada cairan (atau kulit) untuk mencegah pertukaran suhu. Tindak balas kimia ini terjadi secara spontan ketika cairan panas bersentuhan dengan kulit manusia walaupun pada suhu yang ekstrem.
P/s : Celup x celup tu blakang kira...yg perlu di kira ialah adakah tangan dia tu bersih??

Ajaib benar-Tidak pekak dan bisu lagi lepas minum air zam-zam


Kerana segelas air zam-zam, seorang lelaki warga Somalia boleh bercakap dan mendengar selepas 20 tahun menjadi bisu dan pekak.Ali Abdul Rahman Asy-Syarif, 42, mengaku selepas meneguk segelas air zam-zam sewaktu menunaikan rukun haji dia boleh bercakap dan mendengar.

As-Syarif yang mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dalam perang saudara di Somalia, menjadikan dia bisu dan pekak.

Walaupun pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital sebelum ini, keadaan As-Syarif masih tidak berubah.

Beberapa orang doktor yang terkejut melihat perubahan itu menyifatkan ia satu keajaiban yang jarang dialami oleh orang lain.

As-Syarif yang kini tinggal bersama keluarganya di England mengakui ia satu keajaiban dan anugerah dari Allah.

Katanya, selepas minum air zam-zam, dia boleh bercakap malah terkejut apabila boleh mendengar azan dari Masjidilharam ketika berada di Mekah.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang bercakap dan mendengar semula. Ini satu keajaiban yang menakjubkan", ujarnya.

Sewaktu berada di England, kata As-Syarif, seorang doktor pernah berkata keadaan bisu dan pekak yang saya alami sukar dipulihkan.

"Saya disahkan bisu dan pekak sepanjang hayat. Keadaan ini menyebabkan saya rasa sedih dan akur dengan kenyataan itu".

Katanya keajaiban itu bermula apabila dia bangun subuh untuk menunaikan solat subuh. Selepas meneguk air zam-zam dia terdengar bunyi azan subuh dari Masjidilharam.

Terlalu gembira, dia segera memberitahu perkara itu kepada isterinya dan sekali lagi terkejut apabila dia sudah boleh bersuara.

Majlis Syura PAS dalam dilema, puak Anwarinas jadi bisu gara2 pengaruh Nasharudin


Seperti yang diketahui umum, pada 9 september ini PAS sekali lagi akan mendepani satu lagi cabaran yang mana pada tarikh tersebut nasib bekas Timbalan Pesidennya , Nasharuddin Mat Isa akan diputuskan.


Isu Nasharudin hangat selepas dia kelihatan menongkah arus dalam perjuangan PAS. Bagi Rony, Nasharudin lebih jujur dalam berpendapat dan kepentingan Islam diletakkan di tahap teratas berbanding pemimpin2 Pas lain yang lebih mengutamakan rakan politik mereka seperti DAP dan PKR. Jadi tidak hairanlah jika  keputusan yang akan dibuat dalam Majlis Syura 9 September ini pasti akan menimbulkan polemik. 



Jika Majlis Syura tdak memihak beliau, kemungkinan PAS sendiri dalam bahaya kerana bukan sedikit pengaruh Nasharudin dalam PAS. Ini kerana Nasharudin pimimpin yang dikenali sebagai anak didik bekas Presiden Pas Ustaz Fadzil Noor. Namun jika Nasharudin terselamat, bagaimana pula pandangan musuh dalam selimut Nasharudin terutama Pengerusi DAP Karpal Singh. Akhir2 ini juga golongan Ulama dalam PAS kelihatan sudah berani bersuara berbanding golongan profesional yang lebih dibayangi puak Anwarinas.

Apa yang pasti suara pemimpin2 PAS ini pasti akan membuatkan Majlis Syura PAS tidak dapat membuat keputusan mudah seperti yang berlaku kepada Hassan Ali..

Timbalan Mursyidul Am PAS (Datuk Dr. Haron Din)


"Kenyatan Nasharudin yang mengesa parti supaya mengkaji semula hubungan dengan PR sehingga mencetskan polemik bukan satu kesalahan."Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir2 ini Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak Hudud. Nasharudin kekal relevan dala PAS walaupun tewas dalam pemilihan Muktamar Lalu kerana beliau ahli Parti dan Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang dalam perjuangan PAS"



Ketua Dewan Ulama PAS (Datuk Harun Taib)







" Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipu tidak terpilih pada muktamar lalu, beliau masih mampu menyumbang dalam PAS"













Pesuruhjaya PAS Johor ( Datuk Dr. Mahfodz Mohamed)
"Saya sebenarnya yakin pada Ahli Majlis Syura Pas iaitu tidak akan terikut ikut dengan pihak yang mahu mengenepikan Nasharudin. Dengan kata lain tiada keputusan drastik yang akan dibuat yang akan dibuat. Keputusan yang dibuat lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharudin dalam PAS"



P/s : Karpal Singh tengah panas punggung...golongan Anwarinas pulak kecut perut bila Harun Din yang jarang2 bersuara mula main peranan...Anwar Ibrahim?? Macam biasa la seperti tiada apa-apa yang berlaku...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, 2 September 2012

Gambar2 sambutan meriah rakyat negeri serambi mekah kepada DSAI

Dalam satu siri Jelajah Merdeka Rakyat di negeri Kelantan, Pemimpin PKR DSAI disambut meriah oleh rakyat negeri yang dikenali serambi mekah itu. Nak cerita banyak pun tak guna , sbb dah banyak story dari blog yang lain. Korang search la sendiri..

Kat sini rony nak berkongsi gambar je..jom layan..
Macam biasa pentas disediakan untuk Anwar Ibrahim berucap di hadapat rakyat kelantan yang terkenal dengan kesopan santunannya yang tinggi....betul ke rony sebut ni..?
Senyuman yang bisa meruntuhkan jiwa.....jiwa siapa? yang pasti bukan jiwa paradox ...kehkehkeh

Bas yang asalnya putih diberi sentuhan kreatif oleh rakyat Kelantan...

TGNA hanya mampu memandang sambil malu dengan tindakan rakyat negeri pemerintahannya..kecewa beliau..ini ke balase demo seteloh lebih 20 tahun ambo jadi MB mu jago kelate??

Pandangan malam dengan suluhan cahaya 250 watt di sebalik tatarias kreatif oleh rakyat kelantan pada bas tersebut..

"Ni mesti kerja bebudak umno ni...sebab dia dia guna warna merah..."kalo budak PAS buat mesti guna warna hijau "...kemudian wanita bertudung mencelah, "eh Dato' seri, ni ada sikit tompok putih...pada hemat saya penyokong parti BEBAS pun ada terlibat juga..merajuk pulak dorang nanti kalo xde kredit kat dorang..lebih2 lagi Tok Him tu"..mungkin skrip ni yang diucapkan sambil diiyakan saja oleh  lelaki berbaju biru dalam gambar di atas..
P/s : Berita bergambar edisi ronyanuar.com...copypaste sangat dialu-alukan..

Perompak Diperkosa Wanita Pemilik Salun


Seorang lelaki Rusia yang berniat mencuri di sebuah salon kecantikan justru dijadikan sebagai budak seks selama tiga hari setelah berhasil diperdayai oleh wanita yang tak lain adalah pemilik salon dan pemegang tali pinggang hitam karate.

Dalam pengakuannya ke polis, Viktor Jasinski (32) menerangkan, rencana awalnya pergi ke salon di Meshchovsk, Rusia, adalah untuk mencuri. Namun, fakta yang ditemuinya justru di luar dugaan, Viktor Jasinski berhasil ditewaskan oleh pemilik salon, Olga Zajac (28), hanya dengan sekali  tendangan.

Dalam keadaaan setengah sedar setelah berhasil dilumpuhkan, Jasinski diseret ke sebuah ruang di belakang salon oleh Olga Zajac yang kemudian mengikatnya dengan kabel hair dryer. Viktor Jasinski yang ditahan dengan cara diikatkan dalam keadaan telanjang di sebuah radiator selama tiga hari mengaku tidak diberi makan, kecuali diberi Viagra sebelum akhirnya dibebaskan.

Rupanya Viktor Jasinski tidak dapat menerima perlakuan terhadap dirinya sebagai budak seks. Viktor Jasinski kemudian melaporkan apa yang dialaminya ke polis.

Menerima laporan tersebut, polis segera mendatangi salon Olga Zajac. Namun, apa yang dikatakannya kepada polis?

"Dasar kurang ajar. Ya, kami memang berhubungan seks beberapa kali. Tapi saya membelikannya beberapa seluar jeans, memberikannya makan, dan bahkan wang 1.000 rubel sebelum dia pergi," kata Olga Zajac.
Alhasil, berdasarkan keterangan yang didapatkan polis, baik Viktor Jasinski mahupun Olga Zajac saat ini ditahan. sumber

P/s :Pasti lelaki hidung belang yg baca story ni frust sambil mendengus dalam hati..."silap org kau rogol tu..lain kali rogol la aku...aku rela.." hahahaha

Saturday, 1 September 2012

Tokoh Genetik Yahudi peluk Islam hanya kerana 1 ayat Al-quran


“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’.” (QS. Al-Baqarah : 228).
Ayat tersebut menarik perhatian Robert Guilhem, seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College. Ia bertanya-tanya, mengapa kitab suci umat Islam memberikan ketentuan masa iddah tiga bulan? Mengapa setelah bercerai perempuan tidak boleh langsung menikah lagi dengan lelaki lain?

Guilhem pun menyelidiki ayat itu dan melakukan penelitian. Seperti diterbitkan societyberty.com, hasil penelitian Guilhem menunjukkan, hubungan intim suami isteri menyebabkan laki-laki meninggalkan ‘sidik khususnya pada perempuan. Jika pasangan suami istri tidak bersetubuh, maka tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 persen. Kemudian ia akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan berlalu. Setelah tiga bulan dan sidik khusus suaminya hilang, perempuan yang dicerai akan siap menerima sidik khusus laki-laki lainnya.
Guilhem kemudian melakukan penelitian dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika. Dalam studinya, ia menemukan setiap wanita di sana hanya mengandung sidik khusus dari pasangan mereka saja.

Ketika ia melakukan penelitian serupa di perkampungan nonmuslim Amerika, ia mendapatkan hasil yang berbeza. Ternyata wanita di sana yang hamil memiliki jejak sidik dua hingga tiga laki-laki. Artinya, wanita-wanita non-muslim di sana melakukan hubungan intim selain pernikahannya yang sah.
Pakar genetik itu juga melakukan penelitian kepada isterinya sendiri. Ternyata hasilnya menunjukkan isterinya memiliki tiga rekam sidik laki-laki. Ia mendapati bukti bahwa isterinya curang. Dari tiga anaknya, hanya satu yang berasal dari dirinya.

Setelah penelitian-penelitian tersebut, Guilhem akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia bersyahadat setelah meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahwa perempuan muslimah adalah perempuan paling bersih di muka bumi ini. sumber

Warga emas mati akibat terlalu teruja tgk 'blue film'


BERLIN - Michael Schmauch, 57,seorang warga Jerman ditemui mati didalam biliknya dipercayai akibat teruja berlebihan ketika menonton DVD lucah. Ketika mayatnya ditemui beliau hanya memakai spender dan filem lucah sedang dimainkan di TV bilik hotel beliau.

Kematian beliau disedari oleh pekerja hotel yang risau tidak melihat beliau sepanjang hari. Schmauch sudah menyewa bilik itu selama sebulan dan kerana risau Rerngsan Topimai, 26, seorang pengawal keselamatan di hotel memanjat balkoni dan menemui beliau mati diatas katil.



Polis percaya beliau baru mati selama 6 jam ketika ditemui. Polis juga tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan mayat Schmauch dihantar untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian. sumber

P/s: Ajal dan maut di tangan tuhan, sebab dan musabab sesuatu kematian adalah sebagai pengajaran bagi yg masih hidup...

.

.