Wednesday, 28 November 2012

Harimau luka mengamuk di Bukit Jalil




4-1. Itulah jaringan yang berjaya terhasil dari pertemuan di antara skuad negara dengan Laos di Bukit Jalil sebentar tadi. Perlawanan tadi juga bermakna Harimau Malaya menghidupkan semula peluang untuk mempertahankan Piala yang dimenangi 2 tahun lalu.

Jika dilihat dari penguasaan bola selayaknya pasukan negara boleh mencipta jaringan lebih besar. Ini dapat dilihat dari jentera tengah yang berfungsi baik dan benteng pertahanan yang teguh. Bagi bahagian serangan, jika dinisbahkan dengan jumlah percubaan ke arah gol adalah 10 dan 4 jaringan yang terhasil, jentera serangan boleh dikira baik.

Monday, 26 November 2012

Antara sebab Israel persetujui genjatan senjata lebih awal.


Bagaimana tentera zionis meratap kematian?? Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza. Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

Sunday, 25 November 2012

Harimau terjelopok di kaki Singa..


Hahahah...sabar...sabar..ringan jejari aku nk menghentam ni..takpe baru perlawanan pertama. Apa2 pn 2 game lepas ni WAJIB menang...korang semua pasti maklum skuad Harimau Malaya kita tewas 0-3 kepada skuad singapura sebentar tadi. Walaupun pada permulaan permainan nampak sedikit sinar yg skuad negara boleh makan Singapura, tapi tu 30 minit pertama je...lepas tu Singapura lebih banyak pegang bola..

Ntah la nk komen ape, yang pasti nampak pemain semacam buntu mana arah nk pergi..gerakan Harimau Malaya nampak mudah dipatahkan disamping hantaran2 tinggi sangat mengecewakan..ada je kepala pemain singapura yang sambut..gaya permainan ala-ala masa layan Bangla masih nampak pada perlawanan malam ni..
Syahril Ishak sekali lagi jadi duri dalam daging...2 jaringan dari beliau ditambah satu dari kuda tua singapura..sape lg kalo bukan Aleksander Duric...arrgghh...malas dh nk taip...kecewa beb..

P/s : ternyata perlawanan2 sebelum ni dh menunjukkan kemampuan sebenar pasukan negara untuk edisi kali ni..kalo Malaysia menang dan sampai jadi juara untuk Piala AFF tahun ni, semua bagi aku satu keajaiban je..memang aku nk tengok dan harap keajaiban tu berlaku...gomo Malaysia gomo...hhaaahaa
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 24 November 2012

Kesyahidan beliau pembuka kepada kekejaman 8 hari Israel terhadap Gaza



Umum mengetahui kekejaman Israel laknatullah adalah dengan beralasan kononnya mereka hanya mempertahankan diri dari serangan roket2 Bridged Al Qassam. Namun mengapa sayap Hamas tersebut melancarkan roket ke wilayah Israel??

Ini adalah lantaran dari serangan udara Laknatullah Israel keatas seorang pemimpin Hamas yang sejak sekian lama menjadi buruan dan igauan ngeri Israel..

Tahukah anda siapakah As Syahid Al Qa'id Ahmad Al Jaabari ?Kesyahidan beliaulah yang menjadi titik mula pertempuran 8 hari Gaza-Israel yang menghasilkan perjanjian gencatan senjata yang berpihak pada rakyat Gaza semalam.Mari membaca sedikit tulisan tentang susur galur beliau yang diterjemah dari web Ikhwan wiki oleh unit terjemahan Aman Palestin Mesir.

Kemunculan terakhir Ahmad Al Jaabari (komander umum briged al qassam)di khalayak awam, ketika penyerahan tentera zionis Gilad Shalit sebagai pertukaran rakyat palestin di penjara Israel bukanlah kemunculan yang sia-sia.Selepas kejayaan pertukaran itu, beliau menjadi yang pertama di dalam senarai yang dikehendaki pihak penjajah Israel.Kemunculan beliau menyampaikan mesej penting kepada tahanan palestin di penjara Israel bahawa beliau tetap dengan janjinya untuk membebaskan semua tahanan palestin di penjara Israel.Beliau yang dibebaskan Israel pada tahun 1995 menepati janjinya dengan kejayaan penyerahan tentera zionis Gilad Shalit kepada perisikan mesir pada 18 Disember 2011.

Beliau yang muncul berbaju biru langit tidak berkacamata mengiringi Gilad Shalit pada hari penyerahannya kepada pihak perisikan Mesir memberi kesan mendalam kepada tahanan palestin yang begitu mengenalinya dengan kacamata yang tebal kerana masalah penglihatan yang dialami beliau(tidak lagi berkacamata selepas menjalani pembedahan mata di Mesir).Beliau dan tahanan lain menjalani hukuman 13 tahun di penjara Israel.As Syahid Ahmad Al Jaabari menyifatkan janjinya walaupun sukar untuk dilaksanankan tetapi ianya tidak mustahil.Beliau bersama Briged Al Qassam bekerjasama dengan dua kumpulan ketenteraan yang lain bagi merealisasikan pembebasan tawanan Palestin.Pada musim panas 2006 mereka berjaya menawan Gilad Shalit melalui operasi komando yang dijalankan di salah satu markas ketenteran zionis selatan Gaza.

Tuesday, 20 November 2012

Khas untuk rakyat Malaysia yang dahagakan Jihad untuk Palestin..



Ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia yang inginkan Jihad bersama rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Israel laknatullah...

Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin menghadapi keadaan sukar mereka di sana. Jadi, ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia untuk memperolehi pahala Jihad dengan menyumbang bantuan kewangan kepada penduduk Palestin.

Presidennya,

Saturday, 17 November 2012

Palestin diserang Israel, apa respon Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursy??

Satu satunya negara Islam yang terhampir dengan Palestin yg mungkin boleh diharap untuk membantu Palestin dalam situasi sekarang adalah Mesir. Tidak seperti di zaman Hosni Mubarak dahulu, Mesir dilihat tunduk kepada Israel. Namun dibawah pimpinan Dr. Muhammad Mursy, Mesir dilihat lebih menyebelahi Palestin sehingga menimbulkan rasa tidak senang Israel.

Namun apa reaksi Mesir bila Israel laknatullah mula mempamerkan kezaliman mereka membuli rakyat Palestin??  Ramai mengharapkan agar Mesir melalui Mursy mengambil satu tindakan balas yang sekurang-kurangnya memberi satu tamparan kepada Israel yang selama ini amat mendambakan sokongan Mesir. Namun itu tidak berlaku..mengapa?? Mana janji Mursy kepada rakyat Mesir untuk membela nasib Palestin jika rakyat Mesir memilihnya sebagai Presiden Mesir??

Berikut merupakan jawapan dan sebahagian soalan popular di laman fb Dr. Muhammad Munsy berkenan isu ini...

Soalan :"Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel? Apa tindakanDr. Mursi? Kenapa Mursi tidak menghantar tentera Mesir ke Israil?"

Jawapan :Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:

(1) Beliau telah membuat panggilan talifon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :-

Presiden Amarika Barack Obama-

Presiden Perancis Francois Hollande-

Presiden Rusia- Presiden Argentina-

Presiden Turki- Presiden Sudan Omar Basyir -

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma-

Perdana Menteri Britain- Perdana Menteri Itali-

Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan -

Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz -

Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad- dan lain-lain 

(2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.

(3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.-

Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman. Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia.

Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang. Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah. 

Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan?? Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita? 

Allah Taala berkata :(Maksudnya)"Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."[Al-Baqarah: 134]

Sumber : Dr. Muhammad Mursy facebook

P/s : Apa tindakan anda bila ditanya diakhirat?? Sekurang-kurangnya rony hanya hamba Allah yg tiada kuasa dan daya memerangi israel..namun rony tetap memeranngi kebiadaban zionis ini melalui tulisan di blog ini..semoga rakyat palestine dilindungi Allah swt dan membalas kekejaman israel sepertimana tentera abrahah dihujani batu2 api dari neraka...viva palestina..

Published with Blogger-droid v2.0.9

.

.