Monday, 31 December 2012

Hj.Hadi Awang tidak keseorangan dalam bersiaran lansung

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita"."RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta."Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tidak ada yang terselindung dalam SPRM



Persepsi sama ada negatif mahupun positif perlu ditangani dengan bijak oleh SPRM. Persepsi ini tidak boleh dikikis dengan hanya duduk sambil bergoyang kaki. Persepsi ini sukar ditangkis. Persepsi seperti ini akan hilang apabila kes 'high profile' yang disiasat dituduh di mahkamah. Bagaimanapun, semua pihak perlu tahu SPRM hanya menyiasat laporan yang merangkumi bidang tugas SPRM. Persepsi ini perlu dikekalkan dalam SPRM sama seperti persepsi orang ramai terhadap Bank Negara yang dilihat tegas dalam semua aspek.

Ada segelintir pihak masih beranggapan bahawa SPRM menerima arahan daripada ‘orang atas’ atau wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’. Namun sedarkah mereka kewujudan lima mekanisma yang bertanggungjawab bertindak sebagai 'check and balance' terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya ? rujuk sini 

Panel Penilaian Operasi (PPO) merupakan salah satu daripada lima mekanisme yang bertindak sebagai 'check and balance' terhadap perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan fungsi dan peranannya. Penubuhan panel ini merupakan transformasi dalam SPRM yang dapat membuktikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. PPO diwujudkan secara pentadbiran dan ahlinya terdiri daripada kalangan yang mereka yang mempunyai kepakaran, mewakili badan-badan profesional serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh SPRM.


PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup. Selain itu, PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM. Bidang tugas PPO itu sendiri dapat menggambarkan ianya bebas dalam membuat sebarang keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Untuk melihat peranan PPO boleh rujuk di sini

Kelima-lima badan khas termasuk PPO ini ahlinya terdiri dari kalangan mereka yang profesional dan pakar dalam bidang masing masing serta bebas dan diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Ia juga terdiri dari wakil ahli politik kerajaan dan pembangkang . Dari situ sepatutnya tidak timbul  dakwaan yang mengatakan SPRM menerima arahan dari ‘orang luar’ atau ‘tangan-tangan ghaib’, hanya menangkap ‘ikan bilis’ dan melepaskan ‘jerung’ dan pelbagai persepsi negatif yang lain.

Mekanisme yang diwujudkan ini sebenarnya membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti SPRM dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang ditetapkan. Jadi mengapa masih ada mulut-mulut busuk yang meragui kebebasan dan ketelusan SPRM?? Dan yang lebih sadis bila ada ahli politik yang menimbulkan isu ‘krisis kewibawaan’ terhadap SPRM baru-baru ini berkenaan tapisan calon PRU 13? Tidak cukup isukah mereka ini berpolitik hingga mahu melibatkan SPRM juga ?? Nilai-nilaikan….

Wednesday, 26 December 2012

Isu tanah di kelantan kepada DAP, Setiausaha Akhbar MB Kelantan coba beri pencerahan...

Kecoh la baru2 ni dengan isu tanah seluas 10,526 hektar tanah di kelantan yang diberitakan telah diberi oleh MB Kelantan kepada 2 org pemimpin politik DAP Perak iaitu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sebagai balasan untuk membenarkan Nizar Jamaluddin menerajui Perak selepas kemenangan PR pada PRU 12 yang lalu. Korang boleh google dan cari sndiri cerita pasal isu ni, bnyk sngt dah org tulis malas aku nk cerita kt cni..

Selepas bangkit isu ni, maka bersahut sahutanlah pihak yg menyerang dan mempertahankan sehingga aku agak tertarik dengan kata2 setiusaha Akhbar MB Kelantan iaitu saudara Ahmad Fadhli Shaari tentang isu ni. Untuk bacaan lanjut boleh klik kat sini .. http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/12/terkini-awang-adek-terlibat-skandal.html

P/s: Cakpong....cakpong...susah tol nk buat link bila dh guna blogger droid ni...korg copy paste jela link kt atas ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 21 December 2012

Dividen ASB tertinggi dalam mtempoh 5 tahun

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. "Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini. 

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. "Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus," katanya. Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB. Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik.

Sumber - Bernama

P/s : Jadilah seposen pun....Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 20 December 2012

Mayat Bogel Dalam Kebun


JELEBU - Keseronokan dua beradik mengutip buah rambutan berhampiran sebuah kebun getah di Jalan Simpang Pertang-Pasoh di sini bertukar pilu apabila terjumpa mayat bapa saudara mereka, pagi semalam.

Mangsa, Alit Sidek, 50, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap berhampiran pondok di kebun itu.
Saudara terdekat mangsa, Jamaludin Yahya, 57, berkata, dua anak saudaranya yang berumur 14 dan 18 tahun datang ke kebun berkenaan bersama seekor anjing peliharaan untuk mengutip buah rambutan kira-kira jam 11 pagi.

“Sebelum mengutip buah rambutan, mereka agak hairan kerana kelibat Alit tidak kelihatan, yang ada cuma basikalnya. Biasanya dia akan tidur di pondok dalam kebun itu agar mudah untuk menoreh getah keesokan harinya.“Anjing yang mereka bawa juga kelihatan resah dan hanya mundarmandir di kawasan berhampiran.




Jamaludin berkata, kedua-dua remaja itu kemudian bergegas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan mereka segera membuat laporan di Balai Polis Simpang Pertang.
Sementara itu, sumber polis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang dua hari.

“Mangsa merupakan masyarakat Orang Asli yang menetap di Kampung Asli Batu 17, Simpang Pertang di sini.“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Klawang, Jelebu untuk bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih belum diketahui,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

sumber

Wednesday, 19 December 2012

Penyebar kabar angin rusuhan : tindakan tegas menanti


SUNGAI PETANI 19 Dis. - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebar khabar angin kononnya berlaku insiden rusuhan kaum di kawasan Sungai Petani, sejak dua hari lalu.

Amaran tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab selepas polis mendapati terlalu banyak khabar angin disebarkan ketika ini.
Menurutnya, khabar angin dan fitnah yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan pelbagai bentuk lain itu dikhuatiri akan menakutkan rakyat.

"Kita ingin maklumkan kepada semua bahawa berita yang disiarkan dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu. Pada hakikatnya, keadaan di daerah Kuala Muda masih aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku,'' katanya di sini tengah malam tadi.

P/s : lahanat mane la jadi pengadu domba ni, patut hukuman berat dia dapat...

Tuesday, 18 December 2012

Dari mimpi menjadi realiti...Oh Gaza!!


Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Gaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya.Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb, adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Gaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya Rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya.

Monday, 17 December 2012

Adakah Ustaz S seperti diceritakan dalam Mastika merujuk kepada Ustaz Sharhan Shafie dari Sinar Zamdurrani??



Salam semua..terlebih dahulu sesiapa yg x baca Majalah Mastika edisi Disember 2012 mungkin kurang paham apa yang akan cuba aku sampaikan ni... So, pakat2 lah korang beli mastika keluaran bulan ini dan baca tajuk 'Ustaz S lebih penipu dari Syaitan !..

Aku bukan nk buat rumusan ttg cerita tu, tapi sekadar nk bagi sedikit, ya mungkin boleh dikatakan sebagai pencerahan juga supaya tidak timbul isu tuduh menuduh atau fitnah yg sekaligus mungkin boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap pusat rawatan islam secara keseluruhannya...Ok apa yg sebenarnya nk ditekankan disini adalah individu yang menjadi intipati utama kepada cerita ini iaitu Ustaz S..siapa Ustaz S ni??? Kalau tanya aku mungkin aku boleh teka ia merujuk kepada Ustaz Sharhan Shafie dari Sinar Zamdurrani...Ini tekaan aku ok..bukan bermaksud korang kena percaya!!!

Friday, 14 December 2012

Wikipedia update profil referee Lee Min Hu selepas perlawanan Malaysia Vs Thailand


Umum mengetahui yang pasukan  bolasepak kita telah tewas kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. Namun watak utama yang memberikan kekecewaan kepada kem Harimau Malaya pastilah pengadil FIFA dari Korea Selatan Lee Min-Hu.

Tindakan beliau yang melayangkan kad kuning kedua sekaligus kad merah untuk Fadhli Shas membuatkan aksi Harimau Malaya menjadi sedikit tempang sehingga membawa kegagalan untuk mempertahankan kejuaraaan Piala AFF Suzuki pada kali ini.

Aksi kontroversi pengadil tersebut turut diambil perhatian apabila laman Wikipedia membuat kemaskini profil beliau dengan sedikit ulasan tentang tindakan kontroversi pengadil tersebut. Paparannya seperti di bawah.


P/s : Dah xde rezeki malaysia tahun ni...try lagi tahun depan....

Wednesday, 12 December 2012

21-12-2012 permulaan dunia baru @ kiamat ??




SEGELINTIR orang  percaya yang kiamat bakal berlaku sama ada 12 Disember atau 21 Disember ini. Namun, ia terpulang kepada tafsiran masing-masing.Tetapi sains menunjukkan hari itu tetap akan berlaku selepas esok (12 Disember) dan juga selepas 21 Disember tanpa mengira kalendar Mayan yang akan berhenti.Sesetengahnya melihat hari kiamat dalam corak unit dalam angka 12-12-12 atau 21-12-12 dan ada yang melihatnya sebagai meraikan permulaan baru yang lebih baik.


Seluruh dunia bakal menyambut penentu ukuran pada musim sejuk pada 21 Disember ini dan ada yang mempercayai ketika ini manusia boleh melakukan penjajaran rohani.Smisek dan Jolane Bakley juga akan mengetuai bacaan doa dan meditasi bagi menghubungkan orang ramai antara satu sama lain dengan bumi semasa musim sejuk 21 Disember ini pada jam 12.12 tengahari dan semua orang mesti bertakafur selama satu minit.Di Taman Madison New York pula, beberapa artis dan pemuzik tanah air akan mengadakan konsert bagi memperingati mangsa taufan Sandy.

Sunday, 9 December 2012

Gajah perang rantai Harimau Malaya



Perlawanan yang boleh dikatakan seimbang, walaupun skuad negara lebih banyak melakukan gerakan pada separuh masa pertama. Di Bukit Jalil sebentar tadi, skuad thailand berjaya mengikat pasukan negara 1-1 ,dari membawa bekalan selesa bagi kunjungan ke Bangkok untuk separuh akhir kedua Suzuki AFF Cup 2012.
Percaturan Datuk K.Rajagobal menerapkan formasi 4-5-1 nampaknya menjadi dengan kelihatan Harimau Malaya lebih banyak menguasai bahagian tengah. Perlawanan malam ini juga memperlihatkan 'mat yo' berjaya menemui sentuhan jaringan dan beberapa gerakan bahaya membuatkan benteng Thailand terpaksa bekerja keras mempertahankan kubu.

.

.