Sunday, 17 November 2013

Satu lagu sujud Syukur Hafizh di Spain.. 1st podium CEV Repsol Valencia Circuit


Hafizh Syahrin ni mmg betul2 la...memang membanggakan...baru tahun kedua di kejohanan CEV Repsol di Sepanyol, tapi pencapaiannya mmg sangat2 membanggakan..

Bukan saja pada pasukannya, malah penaja utamanya iaitu Petronas dan yang pastinya keseluruhan rakyat Malaysia..

Pada hari ini sekali lagi Hafizh lebih popular dengan gelaran 'Pescou' bikin keghairahan kepada peminat kejuaraan motosikal...satu lagi podium pertama dapat dilakarnya..Selepas mencuri kedudukan 'Pole' pada ujian masa semalam, pada pelumbaan sebenar, Pescou mmg tidak mengecewakan..



Berbaki satu perlumbaan, Hafizh kini ditempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan yang sangat diiktiraf selepas kejohanan MOTOGP...Untuk makluman tambahan pada tahun hadapan Hafizh bersama pasukannya akan menyertai kejohanan MotoGP bagi kategori MOTO2 secara sepenuh musim selepas rayuan pasukannya diterima pihak Dorna iaitu pemegang hak ekslusif MotoGP..

Tahun ini juga menjadi sejarah bag hafizh apabila menjadi satu-satunya pelumba yang menyertai MotoGP secara wild card melebihi dari syarat yang ditetapkan oleh pihak Dorna iaitu, pelumba yang menyertai kejohanan secara wild card tidak boleh lebih dari 3 kali penyertaan..tetapi dalam kes Hafizh, pihak Dorna sendiri yang melanggar peraturan yang ditetapkan mereka..dari sini kita boleh melihat betapa hebatnya anak muda bersia 19 tahun ini..

Diharap Hafizh Syahrin akan lebih berjaya dalam lapangan ini...full gassss...brapppp..
Untuk melihat ulangan aksi Hafizh Syahrin pada perlumbaan di litar Valencia ini , boleh ke link ini..

Tuesday, 22 October 2013

Mengapa disebut 'tahun cahaya'


Terkadang kita terdengar jarak benda-benda di langit menggunakan catuan tahun cahaya. Penggunaan kata "tahun" seolah menunjuk pada waktu, "berapa lama". Sebenarnya yang dimaksudkan adalah pengiraan jarak menggantikan kilometer (Km).

Mengapa digunakan pengiraan"tahun cahaya"? Ini kerana objek di luar angkasa jaraknya sangat jauh, jika menggunakan meter, kilometer atau batu, manusia pasti kebingungan bagaimana untuk kerana banyaknya angka kosong (0000).

Contoh, jarak Matahari dengan bintang terdekatnya 40.000.000.000.000 km atau 40 trillion km. Ini belum jika dikira bintang2 di sekelilingnya yang masih banyak dan lebih jauh dari itu. Bagaima pula untuk menyebutnya?



Maka untuk mengukur jarak yang sangat besar, digunakan kiraan 'tahun cahaya'. Cahaya bergerak 299.792.458 meter per saat atau 300.000 km per saat. Maka 1 saat cahaya (light second) sama dengan dengan jarak 300.000 km. Bagaimana kalau setahun?

Jadi, tahun cahaya didefinisikan sebagai jarak yang ditempuh cahaya dalam waktu satu tahun ketika melewati ruang hampa udara atau sama dengan 9.467.280.000.000 km = (9,46 x 1012 ) km.

Jarak yang sangat jauh tapi lebih mudah untuk diingat. Kita lihat contohnya gambarajah di bawah ini. Lebih mudah diingat jika menggunakan tahun cahaya. Betul??


Dari definisi tahun cahaya tersebut, ketika seorang Astronomi di Bumi melihat sebuah bintang yang jaraknya 10 tahun cahaya bermakna, cahaya yang diterima astronomi ketika itu merupakan cahaya yang baru tiba setelah melakukan perjalanan dari bintang dengan jarak tempoh 10 tahun, atau dalam bahasa mudahnya astronomi tersebut sedang melihat bintang pada keadaannya 10 tahun yang lalu. Wow!! Subhanallah..

sumber
Bumi di jagad raya ini bagaikan sebutir pasir yang melayang di tengah gurun pasir yang maha luas. Adakah Sang Pencipta, yang telah menciptakan jagad raya yang maha luas ini, betapa kecilnya arti keberadaan kita kita agar kita sadar bahwa sungguh tak pantas bagi kita untuk berlaku sombong di muka bumi. Agar kita sadar bahwa sudah sepantasnyalah kita merendahkan diri di hadapan-Nya - See more at: http://fharhiyedh.blogspot.com/2013/05/sejauh-apakah-itu-1-tahun-cahaya.html#sthash.RLlQa0ll.dpu
Bumi di jagad raya ini bagaikan sebutir pasir yang melayang di tengah gurun pasir yang maha luas. Adakah Sang Pencipta, yang telah menciptakan jagad raya yang maha luas ini, betapa kecilnya arti keberadaan kita kita agar kita sadar bahwa sungguh tak pantas bagi kita untuk berlaku sombong di muka bumi. Agar kita sadar bahwa sudah sepantasnyalah kita merendahkan diri di hadapan-Nya - See more at: http://fharhiyedh.blogspot.com/2013/05/sejauh-apakah-itu-1-tahun-cahaya.html#sthash.RLlQa0ll.dpuf

Tuesday, 15 October 2013

Berita Gembira Paling Bermakna Sempena Aidiladha 1434 Hijrah



Menjelang Aidiladha tahun ini, umat islam khususnya di Malaysia menerima satu khabar gembira apabila Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh selain penganut muslim. Ini bermakna, kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam dan ia tidak sekali kali boleh digunakan oleh agama lain khususnya di Malaysia.

Keputusan ini sebenarnya sangat memberi kelegaan kepada umat islam (bagi yg memperjuangkannya) dan keresahan masyarakat Islam akan kekeliruan yg bakal terjadi jika kalimah Allah juga digunakan oleh agama lain secara rasminya terlerai. Semua pihak terutama sebilangan umat Islam yang terkhilaf akan pendapat mereka yang mengatakan Kalimah Allah bukan hak mutlak orang2 Islam sahaja, patut mengambil iktibar dari isu ini kerana terdorongnya hakim2 ini membuat keputusan sebegitu adalah ilham atau petunjuk dari Allah jua. Sesungguhnya yang benar telah muncul bagi memadamkan kebatilan . 

Kepada para pejuang yg telah berkorban demi memartabatkan Islam, pengorbanan anda telah dibalas dengan keputusan ini ketika saat dan waktu yang paling tepat kerana manisnya ketika kita umat Islam sedang dalam siap sedia menyambut Hari Raya Aidiladha yang mengingatkan kita tentang istilah pengorbanan.

Kepada penganut agama lain (juga kpd umat Islam yg belum dibukakan hidayah), terimalah keputusan ini dengan redha demi keamanan dan perpaduan masyarakat negara ini kerana saya yakin anda juga sedia mengetahui hanya di dalam kitab suci Al Quran yang tertulis dan ada menekankan tentang Allah iaitu merujuk kepada tuhan bagi umat Islam, dan tidak pada kitab suci kepercayaan anda2 yang bukan berugama Islam..Benarkan?? Jadi, fikir2 kan..

Salam Aidiladha dari ronyanuar.com...aktikel menarik lainnya mengenai isu ini boleh dibaca di sini..

P/s: posting ini ditulis bukan untuk meraikan kejayaan atau merendah-rendahkan kepercayaan masyarakat bukan Islam di Malaysia, tetapi sekadar memberitahu hak umat Islam di Malaysia telah disahkan melalui proses mahkamah..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 26 September 2013

Tan Sri Ustaz Azizan Kembali Ke Rahmatullah


Mendung pagi ini rupanya mempunyai alamat tentang akan perginya seorang pemimpin yang amat dikagumi kawan mahupun lawan.

Menteri besar Kedah Datuk Mukhris Mahathir hari ini mengesahkan akan kepulangan ke rahmatullah Mantan Menteri Besar Kedah sebelumnya, Tan Sri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak pada jam 11.15 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah ke atas rohnya dan semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada. Alfatihah...

Sumber

Thursday, 19 September 2013

Dia ni pulak nak popular isu Chin Peng..




Bila keluar isu2 yang mendpat perhatian ramai, mesti ada makhluk2 yang cuba mencari populariti..kali ni isu bekas ketua PKM- ChinPeng.

Aku tak paham la dengan seorang pemimpin kanan MCA sorang  ni...kali ni dia mendesak kerajaan supaya abu mayat Chin Peng untuk dibawa pulang. Kenapa lu nak melawan arus? lu tak paham bahasa ke yg kerajaan dah buat keputusan bahawa tidak ada kompromi lagi dengan isu Chin peng... sepatutnya lu perlu menjaga imej lu sebagai pemimpin MCA yang juga salah sebuah parti komponen dalam kerajaan.

Mengikut kenyataannya lagi "Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," .

Ya betul...memang ia terpakai kepada Chin Peng juga, tapi perlu diingat, seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan MUBARAK, Datuk Abdul Rahman Sulaiman , Chin Peng sebenarnya telah tidak mematuhi terma perjanjian damai setelah dokumen itu ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Thailand pada 1989. Sepatutnya Chin Peng perlu pulang ke tanah air bagi menjalani program pemulihan daripada ideologi komunis. Kenapa dia tidak pulang selepas itu?? padahal tidak ada halangan untuknya kembali ke tanah air?? Chin Peng lebih sanggup memilih untuk hidup dalam buangan dari kembali ke tanah air, cuma pada selepas beberapa tahun lamanya baru kedengaran desas desus keinginannya kembali ke tanah air. Adakah ini ciri pejuang yang perlu kita sanjung??

Ahmad Boestaman juga antara pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri yang juga pernah terlibat dengan PKM suatu ketika dahulu, namun kenapa namanya tidak sebusuk nama Chin Peng?? Dari sini kita boleh melihat perbezaan antara individu ynag ikhlas berjuang untuk tanah air dan berjuang demi kuasa dan pengaruh.

Kepada pemimpin MCA ni, eloklah lu berjuang dengan DAP kalau lu nk menagih populariti dari isu Komunis...kalau lu tak boleh membantu meningkatkan imej kerajaan, jangan memberikan beban pula..




Wednesday, 18 September 2013

Suhaimi Ibrahim bukan adik Anwar Ibrahim..




Bapaku pulang dr kota,
bapaku belikan kereta,
kereta MEWAH, besar-besar,
boleh ku bawa ke SPRM,

pon..pon..pon..pon..pon...pon..pon..pon..pon,
kereta BESARku berbunyi,
marilah ehem..mari naik,
boleh ku bawa jumpa SPRM

hahah...ini antara komen2 nakal versi lagu yang aku jumpa berikutan berita penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewangan program 1AZAM yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Apabila keluar berita2 sebegini maka berkicauanlah segala pendapat dan pandangan dari segenap rakyat melontar hujah. Sudah tentu yang paling panas isu ini dijadikan sebagai modal bagi mengiyakan mudahnya berlaku ketirisan dan penyelewangan dalam projek2 kerajaan. Kalau mudah kenapa beliau tertangkap??Tak nampakkah beliau kebarangkalian beliau akan tertangkap dari penyelewanagan yang bakal atau akan dilakukan?? Tak sedarkah kita hasil penahanan beliau juga sebagai bukti keseriusan kerajaan memerangi rasuah dan penyelewangn?? Ini bukan berita yang popular bagi menaikkan imej kerajaan, lebih2 lagi status Datuk Suhaimi ini yang ada kaitan dengan kerajaan dan parti UMNO..dan pernah menjadi wakil rakyat pun beliau..

Ramai berkata rasuah dan penyelewangan ada berlaku dari segi pelaksanaan sesuatu agenda kerajaan, tetapi adakah mereka sertakan dengan bukti?? atau hanya berani membaling batu sembunyi tangan?? Jika sesuatu tuduhan atau prasangka mereka disertakan bukti sebegini, pastilah hasilnya akan seperti apa yang menimpa Bekas Presiden GPMS ini. Cuma kesudahannya bergantung kepada hasil siasatan pihak berkenaan dan keputusan mahkamah jika kes ini difailkan.

Mungkin akan ada suara2 nakal berkata " kalau dah berkereta mewah sampai 10 buah dengan gaji yang tak setimpal, kalau tak bersalah lagi tak tau la...."

Jawapan aku "biarlah pihak berwajib yang diamanahkan membuat kesimpulan...jika ada pendakwaan, terpulang pula kepada mahkamah membuat keputusan...kerajaan tidak kejam untuk senang2 jatuhkan hukuman kepada seseorang, kalau kerajaan kejam dah lama Anwar Ibrahim masuk balik penjara...(sori org PKR sbb jadikan DSAI sbg contoh aku.kihkihkih) kalau sesiapapun terlepas dari mahkamah dunia, azab mahkamah akhirat lagi perit sedang menunggu...semuanya mempunyai hikmah..

P/s: Kalau ikutkan hati rasa nak menyumpah je..kena pulak hal2 yg melibatkan duit orang2 miskin camni...sabar..sabar...


Wednesday, 4 September 2013

Russia akan tempatkan armadanya ke Mediterranean bagi mempertahankan Syria

Menurut agensi berita Russia Interfax, kuasa besar tersebut telah memulakan pelan bagi menempatkan kapal anti kapal selam dan pelancar peluru berpandu di Mediterranean timur dalam keadaan retorik peperangan terhadap Syria oleh AS dan sekutunya di eropah semakin meningkat.

Moscow amat menentang sebarang serangan terhadap Syria dengan kenyataan tegas Menteri Luar Russia Sergei Lavrov sebagai berkata tindakan kritikal terhadap Syria akan menimbulkan ketegangan di rantau tersebut. Moscow juga mengingatkan serangan terhadap Syria tanpa lampu hijau dari PBB seolah-olah melanggar peruntukan piagam PBB dan norma undang-undang antarabangsa yang lain.

Selain Russia, China dan Iran turut memberi amaran terhadap cubaan campur tangan AS dan kuasa asing yang lain terhadap Syria. Dalam pada itu, Britain telah menggerakkan 6 buah pesawat tempur typhoon mereka ke pengkalan tentera di Akrotiri ,Cyprus walaupun parlimen mereka tidak menyokong penglibatan tentera Britain dalam konflik Syria.

Sumber- presstv.com

P/s : Dengan ancaman dr russia dan China ni, agak2 berani ke AS nk serang Syria?? Atau AS tau dh Russia ni bunyi je lebih..buktinya serangan barat ke atas Iraq dan Afghanistan...apa tindakan Russia?? Moga dihindarkan peperangan ini..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 2 September 2013

Syukur harga minyak naik lagi



Sebentar tadi PM DS Najib mengumumkan harga minyak Ron 95 akan naik 20 sen berkuatkuasa tgh malam ni..ini termasuklan harga minyak diesel mengalami kenaikan harga yang sama...so apa kesannya??

1. Semua stesen minyak waktu ini (sblm hingga 12 mlm kang) macam pesta dapat minyak free..berduyun duyun kenderaan sanggup berbaris sampai 300 meter luar dari stesyen semata-mata nk selamatkan 20 sen mereka...hahhaa...

2. Maka segala "keyboard warrior" mula menunjukkan keperihatinan dgn pelbagai analisis laksana pakar ekonomi kpd seantero jelata dgn pelbagai rumusan kelas A kononnya mereka merana..tertipu..duit abis isi minyak je ..bla..bla..bla...padahal lu kapcai cabuk pn takde...hehehe

3. Rakan2 di pihak 'sana' mcm biasa..umpama mendapat bola tanggung...sedap korang smash sana sini ek...

4. Rakyat marhaen yang tak tau guna otak akan secara otomatik menyerlahkan kedunguan mereka ..aah..yela..yela..tak patut..tak patut..jom buat himpunan jalanan..(kahkahkah)

5. Rakyat yang bijak dan cerdik akan memandang perkara ini dari sudut positif dan melihat perkara ini sebagai rahmat kepada rezeki yang lain..

Korang dalam situasi yg mana??
Secara keseluruhan, kerajaan tidak bodoh untuk membebankan rakyat dgn kenaikan ini..ini adalah keputusan yang wajar dgn situasi semasa dari dlm dan luar negara, rakyat juga perlu berfikiran realistik dengan situasi ini.. mereka yg gaji lebih 3 riban apa ada hal sngt dgn 20 sen tu..rokok yg lebih 10 ringgul pn korg boleh beli hari2...bagi yg gaji bwh 3k, berita baiknya kadar bayaran br1m akan dinaikkan..yg takde gaji, lu org pikir sndri..sape suruh xkeje...kahkahkah..

P/s: Bukan mudah nak puaskan hati semua orang...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Azlan Shah Kamaruzaman pula bawa cabaran negara di Kejohanan MOTOGP


Seorang lagi pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan beraksi di pentas Perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) bermula dengan pusingan ke-13 di San Marino pada 11 hingga 13 Sept ini. Menurut kenyataan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd penyertaan Azlan Shah pada perlumbaan itu bukan atas tiket 'wildcard' ataupun membayar kepada mana-mana pasukan untuk mendapatkan tempat.

Pelumba berusia 29 tahun itu akan memulakan saingan di San Marino dan perlumbaan-perlumbaan seterusnya dengan menyertai pasukan yang disokong sepenuhnya oleh Honda iaitu Honda Team Asia. Pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada aksi cemerlang sepanjang 2012 dan 2013 di dalam perlumbaan Cub Prix AAM Malaysia dan ARRC.

Menurut pengarah pasukan MUSASHi Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing, Azlan Shah menjadi pelumba Malaysia pertama yang dipilih menyertai pasukan GP berdasarkan merit kemampuannya.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak membayar kepada pasukan Honda Team Asia bagi mendapatkan tempat untuk Azlan sebaliknya dia ditawarkan peluang melalui merit berdasarkan kemampuan yang telah ditunjukkannya selama ini.





"Kami telah membuat banyak pelaburan terhadap perkembangan Azlan sehingga mencapai ke tahap ini dan kami akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba yang berkaliber.
"Kami turut berterima kasih kepada pihak Honda Motor Corporation Japan kerana memberikan kepercayaan kepada Azlan," kata Tan.

Sumber

Thursday, 29 August 2013

Dunia sudah hampir ke perang dunia ke-3 ?


Beberapa hari lalu kita dimaklumkan melalui media-media antarabangsa dan tempatan tentang kegiatan armada tentera Amerika Syarikat yang semakin mengukuhkan kedudukan di laut arab. Tujuannya tidak lain adalah bagi melancarkan perang ke atas Syria. Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia dengan kenyataan terbaru pihak tentera mereka di sana yang kini hanya menunggu arahan dari Pentagon bagi melancarkan perang.

Baru-baru ini juga kedatangan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Charles Timothy "Chuck" Hagel ke negara ini tidak hanya lawatan biasa kerana dikatakan ia bertujuan mendapatkan sokongan negara-negara sekutunya bagi menyokong perang ke atas Syria. Beliau juga akan berkunjung ke empat lagi negara di rantau ini sebelum kembali ke Washington.

Sebelum itu perlu diingat, Syria adalah sebuah negara yang menjalankan hubungan baik dengan satu lagi kuasa besar dunia iaitu Russia. Adakah anda berfikir Russia hanya akan berdiam diri jika sekutunya diserang? Bagi Russia kerajaan Assad pada masa ini adalah yang terbaik bagi rakyat Syria.



Sementara itu ada laporan dari beberapa sumber di Eropah mengatakan, Russia melalui Putin telah mengeluarkan "memorandum tindakan segera" yang ditujukan kepada Angkatan Tentera Persekutua Russia supaya serangan besar-besaran ke atas Arab Saudi jika pihak barat menyerang Syria. Mengapa tiba-tiba Arab Saudi terkait dalam hal ini? 

Mengikut sumber Kremlin mengenai "perintah perang" yang luar biasa ini, ia adalah susulan dari kemarahan Putin hasil dari Mesyuarat pada awal ogos lalu bersama Putera Bandar Bin Sultan iaitu Ketua Agensi Perisikan Arab Saudi. Putera Sultan telah memberi kata dua kepada Russia supaya menerima kekalahan Syria atau Arab Saudi akan melepaskan pengganas Chechen yang berada dalam kawalan mereka bagi menimbulkan huru hara pada Sukan Olimpik musim sejuk yang akan diadakan di Sochi, Russia pada Februari 2014.Kenyataan ini juga disokong akhbar lubnan As-Safir selain menambah Kerajaan Arab Saudi juga memberi jaminan akan melindungi Pengkalan Tentera Russia di Syria jika Rejim Assad berjaya digulingkan dengan syarat Russia tidak masuk campur dalam kemelut Syria ini.



Menurut Akhbar berpengaruh di London, The Telegraph, Arab Saudi dalam diam-diam sebenarnya telah menawarkan kepada Russia perjanjian yang luas bagi mengawal pasaran minyak global dan melindungi kontrak gas Russia dengan syarat Russia membelakangi Rejim Assad dan mengelak campur tangan dalam isu Syria namun Putin mentah-mentah menolak tawaran Saudi.

Melihat kepada kemelut di atas, maka tidak mustahil satu peperangan yang melibatkan banyak negara akan berlaku dengan laporan dari Bloomberg juga mengatakan Israel diberitakan telah menggerakkan sistem anti peluru berpandu mereka -Iron Dome ke sempadan seluruh negara bagi tujuan pertahanan dan ancaman luar hasil dari kebimbangan dari konflik ini. Sebelum itu, Iraq sejak dari awal telah melahirkan ketegasan dengan tidak membenarkan ruang udaranya digunakan untuk menyerang Syria. 



Agak malang apabila negara-negara Arab dan Islam di rantau teluk tidak bersatu, maka jalan kearah kehancuran Islam semakin mudah ditambah dengan keadaan Mesir yang tidak menentu hasil dari kezaliman tentera yang menjual nama demokrasi dan menghalalkan cara bagi mencapai matlamat .Mungkin semua ini hanya sebab yang telah tertulis bagi awalan cerita bermula tercetusnya perang dunia ke 3..Wallahua'lam

Monday, 19 August 2013

Hafizh Syahrin raih kedudukan #1 di Indianapolis Speedway


Tahniah kepada pelumba muda negara yang lebih dekenali dengan jolokan el pescao (ikan kecil) kerana menjuarai pelumbaan sokongan, AMA Pro Vance & Hines Harley-Davidson Series dalam kejohanan MOTOGP pusingan ke 10 di litar Indianapolis Speedway, Amerika Syarikat semalam.


Setelah mencatatkan kejutan dalam perlumbaan pertama dengan menjejaki podium di tempat ke 3, sekali lagi beliau tidak menghampakan pasukannya apabila mendapat kedudukan podium pertama bagi perlumbaan kedua. Kejayaan ini menjadi lebih manis adalah kerana ini adalah kali pertama beliau beraksi di litar ini, jentera yang sama sekali lain dari jentera yang biasa ditunggangnya dan ada antara pencabarnya adalah bekas pelumba berpengalaman yang pernah beraksi di kejohanan MOTOGP.

Buat masa ini, Hafizh masih menimba pengalaman  dalam Kejohanan CEV-Repsol yang diadakan di Sepanyol dan berkemungkinan akan menyertai musim penuh MOTOGP dalam kategori MOTO2 tahun depan.

Dalam kejohanan tersebut juga, seorang lagi pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang beraksi dalam kategori MOTO3 mencatatkan tempat ke 7 dari 33 pelumba.

Thursday, 15 August 2013

Pelancaran Proton Subprima S Sabtu ini (17 Ogos 2013)


Akhirnya khabar angin tentang keluaran terbaru Proton yang bertiup kencang di blog dan media sosial sejak akhir-akhir ini akan dimuktamatkan pada sabtu ini (17 Ogos 2013).

 Produk terbaru proton ini( Hatchback  P3-22A) kemungkinan besar akan dikenali sebagai Proton Subprima S. Ini merujuk kepada gambaran yang terdapat pada bilik pameran dan pelekat yang ditampal pada trailer yang mengangkutnya dan badan kereta itu sendiri.



Mengikut maklumat awal (tidak disahkan), perasmian secara lansung tersebut akan dijadualkan bermula pada sabtu 10.15 pagi sabtu. Diberitakan juga antara ciri pada kenderaan ini adalah ia dilengkapi 6 beg udara, pengendalian oleh lotus, android skrin sentuh + radio + gps + 4G wifi, kamera undur, lampu depan automatik ,dan lain-lain ciri standard.Mengenai enjin pula ia masih 1.6 tetapi kini adalah "Turbo" dan bukannya "CFE".

sprm mengalukan kenyataan mukhris sempena 100 hari pemerintahan


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan supaya semua menteri besar dan ketua menteri di negara ini mengikut jejak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk tidak memberi projek perniagaan di negeri
masing-masing kepada anggota keluarga mereka.

Pengerusinya Datuk Johan Jaafar berkata ia merupakan kenyataan terbuka pertama daripada seorang menteri besar atau ketua menteri berhubung pemberian projek perniagaan kepada anggota keluarga terdekat.
   "Kita alu-alukan kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Kedah itu dan ia satu usaha yang patut dicontohi oleh semua menteri besar dan ketua menteri di seluruh Malaysia, malah patut dipanjangkan ke peringkat Kabinet," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.   Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz yang memberi
jaminan untuk tidak akan memberi projek perniagaan di Kedah kepada anggota keluarganya.



Mukhriz, dalam sidang media di Alor Setar semalam sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri itu.

   Johan berkata tindakan Mukhriz itu juga bertepatan dengan cadangan PPPR pada 20 Dis lalu supaya anggota keluarga menteri Kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco kerajaan negeri tidak melibatkan diri daripada membida sebarang projek kerajaan. -- BERNAMA
   
P/s: Bila MB dan KM lain nak folo...??

Wednesday, 14 August 2013

Satu lagi rahsia keajaiban Al-Quran terdedah..




Tahukah anda bahawa dengan hanya menggunakan satu formula matematik ringkas, kita akan dapat tahu mukasurat bagi setiap juzuk Al-Quran..satu lagi keajaiban Al-Quran untuk dikongsikan...

Bagaimana caranya? Mari kita lihat..

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 4 di halaman atau muka surat ke berapa?
Caranya:

4-1 = 3,

Maka 3 perlu didarab dengan 2;

Jadi 3 x 2 = 6
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 6.
Maka, Juzuk 4 adalah pada muka surat 62.

.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 4 bermula pada muka surat atau halaman 62. Menarik bukan?
.
.

Contoh 2

Jika anda tahu pertengahan Surah Yassin pada permulaan Juzuk 23 dan terlupa pula di muka surat ke berapa:
Cara mengetahuinya;

23-1 = 22,

Maka 22 perlu didarab dengan 2

Jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 44.
Maka, Juzuk 23 adalah pada halaman atau muka surat 442.

.
.

Contoh 3

Jika anda ngin mengetahui permulaan Juzuk 30 yang mengandungi surah lazim di muka surat ke berapa:

30-1 = 29,

Maka 29 perlu didarab dengan 2

Jadi 29 x 2 = 58

Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 58.
Maka, Juzuk 30 adalah pada halaman atau muka surat ke 582.

.
.
Jika digunakan kaedah yang sama, Juzuk 5 akan terdapat pada muka surat ke 82 dan boleh juga diketahui dari contoh 1 bahawa Juzuk 4 pada muka surat 62 akan berakhir sebelum permulaan Juzuk 5 (muka surat ke 82). Iaitu jumlah setiap juzuk adalah sebanyak 20 halaman atau muka surat.
.
Subhanallah! Semoga info ini dapat dikongsi dan disebarluaskan bagi manfaat sesama muslim.


Wednesday, 7 August 2013

Takbir Raya


Sejarah takbir bermula ketika dalam satu peperangan umat Islam .Dalam peperangan itu tentera Islam dapat mengalahkan tentera pimpinan Abu Suffian serta dapat membunuh Abu Jahal.Ketika Abu Jahal sedang nazak kepalanya hampir terputus daripada tubuhnya. Kemudian datang seorang sahabat memenggal kepala beliau dan mempersembahkan kepada Rasulullah. Lalu, Rasulullah bertakbir Allahu Akbar… (sebagaimana takbir yang dibacakan ketika raya)Kata Ali, laungan takbir itu bermaksud Allah yang menolong hambanya dan Allah jualah yang memuliakan hambanya.

Seolah-olah nabi berdialog depan kepala Abu Jahal tersebut sambil Nabi berkata: “Hari ini telah terbukti janji Allah untuk memenangkan hambanya dan memuliakan tenteranya.”
Dari situlah timbulnya syariat takbir Allahu Akbar… sebagai takbir hari raya kerana peperangan itu sangat dekat dengan Aidilfitri.



“Di situlah bermulanya sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir kerana puasa. Sebaliknya membawa erti peperangan mengalahkan musuh di medan peperangan yang sebenar.“Jadi, jangan disalah ertikan takbir ini tetapi kita kena bertakbir dengan penuh semangat takbir, tahmid dan khusyuk,” katanya bersemangat.

Menjelaskan bagaimana takbir raya dan cara sambutannya pada zaman baginda Rasulullah SAW, Ali memberitahu, Rasulullah SAW menyuruh umat Islam memakai baju baru yang berwarna putih dan sekiranya tiada, boleh memakai pakaian yang sepatutnya.

Tentang solat dan khutbah raya pula, sekiranya ia adalah Hari Raya Puasa, adalah disunatkan makan dahulu di rumah. Namun, pada Hari Raya Haji, disunatkan tidak makan dahulu di rumah. Sementara, berjalan pergi dan balik daripada solat raya di masjid mengikut jalan yang berlainan agar dapat bertemu dengan ramai orang.

video

Selain, mendoakan antara satu sama lain dengan doa Taqobbalallahuminnawaminkum yang membawa maksud semoga Allah menerima amalan kita semua. Ini sering diamalkan.

P/s : Salam Aidilfitri dari ronyanuar.com ...maaf zahir batin..

Tuesday, 30 July 2013

Syam..dulu dan kini...


Syam ,bumi yang berbarokah, yang diberkati oleh Allah SWT...
Tempat berkumpul manusia seluruhnya di sana pada hari kiamat..
Sebagaimana keutamaan pada kota mekah dan madinah, maka syam pun sedemikian..
Syam, bumi dimana kaum muslimin akan berperang dalam pertempuran terbesar..
yang sering disebut pertempuran dahsyat antara kaum muslimin dan musuh-musuhnya..

Nabi Muhammad alaihi sholatu wassalam bersabda ;
Pada hari Al Malhamah Al Kubro, ada sebuah kawasan untuk muslimin, di sebuah wilayah
yang disebut Al Ghawthah, di dalamnya ada kota yang disebut Damaskus,itulah posisi terbaik
kaum muslimin pada ketika itu...



Tanya pada syam pada hari ini...tentang Khalid Al Walid, pahlawan yang gagah berani..
Tanya pada debu2 Homs, tentang mulianya keperibadian Khalid..
Tanyakan juga pada khalid yang berada di kuburnya,apa yang terjadi pada anak cucunya kini,
bagaimanakah perasaanmu wahai Khalid??

Tanyakan pada syam tentang Ubadah Ibnu Shaamit R.A...beliaulah yang telah mengajar Alquran pada para sahabat...
Tanyakan pada Syam tentang Muadzin berperibadi luhur..Bilal Bin Rabah R.A..
Tanyakan juga pada Syam tentang lebih dari 900 sahabat nabi...bagaimana syam itu dahulunya...


Wahai Manusia!!!Saksikanlah Syam pada hari ini!!! Anak2 disembelih..wanita2 diperkosa..
tahukah kamu mereka itu anak cucu Khalid??mereka juga anak cucu Ubadah...mungkin juga wanita berketurunan Abu Umamah...??
mereka juga adalah dari keturunan Migdad...keturunan Muadz bin Jabal....para pejuang2 yang sedang berperang pula adalah keturunan para pahlawan islam..


Dengan segala kekejaman yang melanda Syam pada ketiak ini...anda semua punya hak untuk marah..ya marah!!!
Marahlah!!!
Marahlah!!
Sungguh Allah tidak mencipta sesuatu kaum untuk menjadi Hina..
jadi Marahlah!!!Marahlah!!

Sungguh bumi ini akan tunduk pada orang yang sedang marah...jadi Marahlah!!
Jika kalian hanya tunduk sahaja dengan melihat segala kekejaman ini, maka kalian pasti akan tunduk sehingga 1000 tahun lagi..jadi Marahlah!!!
Allah tidak Redha akan sikap manusia yang menghinakan maunsia lain..padaNYA, manusia adalah lebih mulia dari seluruh alam..
Jadi Marahlah...!!!
Marahlah!!!



Menara Masjid yang dulunya hanya ayat memuji Allah sering dilaungkan...tapi kini kalimah 'Ya Hussein' juga dikibarkan...
Siapa yang gembira dengan semua ini???
Apakah kita hanya memilih berdiam diri sahaja??

Wahai para pemilik harta..sungguh pembebasan dan kemerdekaan SYam adalah dari anak cucu Khalid dan Ubadah..maka mereka perlukan pertolongan anda..
Maka berperang lah mewakili jihad kalian..





Telah berkumpul 100 ulama yang mewakili lebih dar 70 jamaah dan organisasi seluruh dunia..mereka sedang membincangkan nasib rakyat2 ini...maka satu keputusasan
telah diputuskan...



Wajibnya Jihad fi sabilillah di Syam..Tiada kejayaan bagi umat ini kecuali dengan jihad...hanya jalan jihad sahaja yang mampu mencabut
kehinaan ini..Takbir....Allahhu Akbar..


p/s : Syam adalah juga Syria kini...marillah kita panjatkan doa bagi kesejahteraan umat islam di Syria..sekurang-kurangnya doa itu mewakili jihad kita..

Saturday, 26 January 2013

Baca karya Shakespeare tingkatkan kemampuan otak ?

Berita baik untuk para pecinta karya Shakespeare. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa tulisan Shakespeare mampu meningkatkan kemampuan otak. Bahkan kesan terapi yang diberikan tulisan Shakespeare lebih baik dibandingkan buku motivasi.

Psikologis dari Liverpool University menemukan bahawa membaca karya sastera klasik milik pengarang-pengarang lama seperti Bard memberikan efek yang positif pada pemikiran. Melalui imbasan, mereka memantau aktiviti otak ketika mereka membaca tulisan WIlliam Shakespeare, William Wordsworth, T.S Eliot, dan lainnya. Kemudian mereka menterjemahkan teks dalam tulisan tersebut menjadi teks yang lebih 'langsung' seperti pada kebanyakan tulisan moden.

Hasilnya, peneliti menemukan bahawa prosa yang lebih berbunga dan berbau puisi seperti milik para penulis karya sastera klasik mampu meningkatkan aktiviti elektrik pada otak dibandingkan dengan karya yang lebih moden.Uniknya, mereka menemukan bahwa kata-kata dan struktur kalimat yang rumit dalam novel klasik akan membolehkan munculnya 'cahaya' bagi fikiran dan meningkatkan tenaga kinetik otak, seperti dilaporkan oleh Times of India keluaran (25/01).Tidak hanya itu, penelitian juga menemukan bahwa membaca puisi mampu meningkatkan aktiviti otak bahagian kanan yang berkaitan dengan ingatan autobiografi. Ini bermaksud, pembaca mampu merefleksikan pengalaman mereka dan merenung dengan membaca kisah yang ada dalam novel klasik tersebut.

P/s : Tak payah susah nk cari karya barat, Al-Quran dan terbukti sebagai mukjizat akhir zaman..semua contoh2 pada kajian tersebut ada pada AlQuran...jadi rajin2 lah membaca Al-Quran untuk meningkatkan kemampuan otak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 25 January 2013

Kongres AS minta tolong twitter hapus pengaruh Hamas

Nampaknya perang jaringan sosial antara Israel dan Hamas tidak akan berpenghujung. Terbaru pihak Kongres Amerika Syarikat memanggil Twitter supaya menghapuskan akaun twitter yang berkaitan dengan organisasi Hamas .Kongres AS merasa tidak senang dengan pengaktifan dan sambutan masyarakat dunia terhadap akaun Twitter milik Hamas terutama kepada sayap ketenteraannya, Bridget Al Qassam .

Ini berlaku kerana status Hamas yang dimasukkan dalam daftar organisasi pengganas oleh pemerintah AS. Mereka meminta, menurut  Twitter untuk segera tidak mengaktifkan akaun milik Hamas .Kongres AS menilai pemilikan akaun jaringan sosial oleh organisasi yang dikatakannya pengganas seperti Hamas mungkin dipergunakan bagi menyebarkan propaganda. Hal ini menurut mereka akan membuat pengganas menjadi lebih berpengaruh.

Sebelum memerintahkan Twitter, Kongres AS diketahui telah memerintahkan hal serupa pada FBI pada bulan September lalu. FBI sendiri masih mempertimbangkan tindakan yang sesuai dengan permintaan tersebut.Seperti diketahui, Hamas dan Israel juga berperang melalui Twitter selama perang di Gaza berlansung.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ingatan dari Dato' Haron Din



Cerita banyak tak guna, dah terang lagi bersuluh...masih tak paham2 lagi maksudnya?? Jadi mengapa Anwar dan Azmin Ali masih belum nak terima hakikat ini?? Bukan kepada 2 individu ini sahaja, tetapi semua umat islam yang menyokong mereka dan menyokong saranan DAP secara diam..Tidakkah kita nampak, demi kuasa politik dan matlamat, apa2 cara pun akan sanggup mereka tegakkan?? Semoga kita tak tergolong dengan orang2 seperti ini...Dato' Haron Din sahaja antara ulama2 yang ikhlas menegakkan kebenaran walau pahit untuk diterima dalam konteks hubungan politik Pakatan Rakyat... Nilai-nilaikan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Perhimpunan bakar Bible karut- Pdrm

Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, Ahad ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Januari lalu. 

"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan. 

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

P/: satu lagi usaha jahat melaga-lagakan keharmonian kaum di Malaysia.....harap semua pihak usah terpedaya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 24 January 2013

Lagi desakan ahli supaya PAS keluar Pakatan

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu terus mendapat bantahan umat Islam negara ini.Terbaru seramai 50 penduduk termasuk penyokong PAS Kampung Padang Enggang mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Guan Eng yang mengguris hati umat Islam negara ini.

Wakil peserta demonstrasi itu, Mohd. Rosli Ghazali, 52, berkata, mereka membuat demonstrasi itu untuk mengecam tindakan Guan Eng yang mahu kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu dibenarkan.“Mengapa Guan Eng membangkitkan perkara ini. Isu ini sebenarnya boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram.“Oleh itu atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada pakatan. Jangan bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Islam,” katanya.

Dalam demonstrasi itu peserta membawa sepanduk yang mengecam Guan Eng dan turut memijak bendera DAP sebagai simbolik kepada bantahan mereka.

P/s: Kemenangan bagi Islam jika PAS keluar dari rakan pakatan mereka yg kurang ajar...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 23 January 2013

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul yang kita tidak tahu


Pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.




Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.


P/s : Salam maulidur rasul dari Ronyanuar. Semoga pemimpin pilihan kita mewarisi ketokohan Nabi Muhammad S.A.W..dan semoga kita tidak salah memilih pemimpin yang berjuang semata-mata kerana cita2 dan agenda sendiri.

7 juta mohon BRIM 2.0


Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, jumlah itu membabitkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baru termasuk orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
“Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini, hari ini.


Katanya, pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari hingga 28 Februari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkannya pada 2 Februari.

“BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran,” katanya.
Ahmad Husni berkata, bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.


P/s : Tiada paksaan untuk kamu undi apa2 pn kerana ini bukan rasuah pilihanraya...tepuk dada tanya hati..


Pengulas sukan terlampau..

Terbaca ulasan perlawanan di yob4ever.com antara selangor dan perak yg berlansung malam smlm ....sungguh puitis wa cakap lu...untuk memudahkan korang baca terus tanpa susah2 nk klik klik lagi, aku copy paste je semua..kahkahkah..senang..

YEAY YEAY... kali ni giliran wa pulak, der... dua game lepas Ijam Bluekanngbakau dan Syed Zurah Jabeen yang ulas.... Diorang tu skema dan poyo bro... Game ni giliran wa Awie pulak mau kasi saiang pailang itu Selangor bro..... wa tau ada live game ni.. tapi mana syok layan konsert Iron Maiden dalam TV der.. layan live la baru mariiii....

Ok... Nama penuh wa Meor Senawi bin Meor Senapi... wa tak tau kenapa nama wa mcm tu bro.. tapi wa rasa maybe sebab abah wa yang paling berjaya kat kampong wa belajar sampai 6 Senawi.. abah kawan2 wa lain semua takat 3 atau 4 Senawi ajer..Family wa panggil wa Nawi.. memang skema la nama tu bro.. wa tak suka... so wa tukar jadi Awie... wa rasa peluang lebih cerah nak dapat awek kalau guna nama tu.... tapi bro.. wa cakap lu.. problem bro... bila kawan wa cari wa kat dewan kampong wa, sebut nak cari Awie ajer 10 org paling muka bro... ramai Awie kat kampung wa bro.. hampehhh wa cakap lu..... mcm wa takper la... ini tak.. mcm sorang kawan wa tu... Nama penuh Nazari Ibrahim pun nak suruh orang panggil Awie jugak... baru boleh pegang satu kod gitar A minor dah mau jadi mcm Awie... tu pun terketar ketar nak pegang kod bro.... DIORANG TU SEMUA POYOOOO..... wa cakap lu..Sebabkan tu la jugak wa kena ada gelaran.. umum tau wa la pemuda yg paling bijak bagi pandangan konstraktif kat kampong wa... jadi gelaran untuk wa jadi AWIE LABUN la... wa happy bro dapat gelaran tu daripada diorang panggil wa dengan gelaran lain... Awie Lembut ka, Awie Bunga ka Awie Kuntum ka Awie Pengkor ka..... ok la Awie Labun per??...

Ok bro... wa kena berdiri dulu bro.. Rock rock jugak... lagu negaraku mau kasi respek jugak bro.... Ok sebelum game mula, kena layan iklan dulu bro... biasa la tiket wa pun sponsor bagi... “Produk Minuman kesihatan berasaskan herba MAQBULL telah banyak membantu ramai pesakit dan pengguna.. Cubalah dan rasai lah kehebatannya.. tak cuba tak tau, bila cuba hari hari mauuu.... Aummmmmmmm”Hahahhahaha... wa suka iklan ni bro... tak POYO macam kawan wa Nazari Ibrahim tu... wa cuba imagine yang cakap tu Ella... Ella?.. Ratu Eock Malasyia tu la.... ye la dia kan baru kawin... hahhhahahaa.. naik syahwat wa bro bayangkan Ella bacakan iklan tu bro...PREET.......

YEay yeay... game start dgn Perak mengasak dari sepak mula... penonton wa rasa dapat dalam 10 ribu. Paling ramai setakat ini di Lumut ni.. fans Selangor pun boleh tahan jugak.. dalam 100 lebih sikit kurang ada la...Tapi Line up Perak ada lain sikit la... goalie terhebat satu Malaya tak main la... wa ada goyang sikit bro.. bayangkan la Iron Maiden tanpa Steve Harris main bass, lu tak goyang ka? Game Perak control kat midfield dan Perak jadikan Selangor macam team biasa biasa ajer.. permainan amat tight dengan permaianan agak keras dari kedua2 pasukan.. Hard Rock beb, bukan slow rock.. mau slow rock lu pergi layan Spring, Spoon, Span la.... wa suka game macam ni...

Perak nampak tak tertekan meskipun semasa main 11 lawan 11.. lepas tu Amri dapat dua kad kuning dan out, lagi la Perak boleh control game... wa ingat factor main lawan 10 orang tak signifikan sangat la..Ok la...Wa malas la nak cerita pasal kronologi game ni sebab semua dah tengok Live kat TV...Wa terus bagi komen saja la.. ini pendapat wa ok...Pertama, 2 kad kuning Amri bagi wa memang patut.. kad kuning pertama memang dia diving.. kad kuning kedua sebab dissent atau membantah keputusan linesman yang bagi bola balingan ke Perak sedangkan memang jelas bola tu bola Selangor.. tapi wa hairan kenapa Amri bantah sangat? Lu baru main bola tahun lepas ka? Ini perkara biasa berlaku dan tak perlu la bantah teruk sgt.. Wa tak tau la, tapi kawan wa cakap Amri ada cakap sesuatu kat Reff... mungkin sebab tu la kot Reff jadi hangin satu badan...Kedua, linesman memang mcm harammm la batalkan dua gol Perak.. yang pertama tu wa bukan dari angle yang bagus nak komen, tapi kawan wa cakap memang tak offside... tak kesah la.. tapi yg kedua tu memang wa hanginn satu badan la... wa duduk betul2 sebelah teres penyokong Selangor.. teres tu pulak betul2 setentang dgn posisi linesman... wa tengok fans Selangor tak komplen apa apapun.. PASRAH... biasanyer fans akan bising kalau diorang nampak kedudukan offside ...

Kedua dua gol tak dikira tu wa tengok pemain2 Selangor pun PASRAH jugak... tak komplen dan meRELAkan gol2 tu.. frust ajer.... bengap la linesman dan reff ni tak tau bahasa badan ke?.. wa yg rockers belajar takat SPM pun tau la ..Lain lain wa memang puji persembahan pemain2 dan taktikal coach dalam game ini... Midfield memang marvelous.. midfield ni macam drummer dengan bassist la.. akan jaga TEMPO game.. wa salute la sama midfield malam ni.. TEMPO tak goyang... Cuma ada sikit masalah kreativiti.. kalau drummer, kreativiti ialah masa nak roll dan attack.. bassist masa bagi bunga bunga diantara kod kod..kalau midfield kreativiti nyer ialah masa nak buat hantaran terakhir pada striker atau pada kawan2 lain.. kreativiti nak pecahkan benteng lawan...Striker... Hadi malam ni ok.. rajin.. hold bola pun bagus.. passing dan shooting boleh improvekan lagi... solo bagus jugak Cuma kena bagi lagi bagus solo tu dan pelbagaikan jangan asyik guna scaling pentatonic ajer.. sulam sulam jgk dengan scaling blues ke jazz ke... hahhahaha Failee laju tapi kadang2 gabra, tapi ok la sebab dia la kita dapat penalty.. aura dia bro..

Defend mcm biasa, wa paling tak risau.. Khairi Kiman baik.. Sharom baik.. bek kanan tu pun baik... tapi Rafael Souza memang terbaekkkk...Pecah kepala wa nak pilih Man of the Match bro.. wa shortlist dua pemain ni untuk MOTM.. Rafael dan no 18 Sivakumar... tapi wa rasa kali ni milik Sivakumar la... dia ni wayar hidup malam ni. wayar hidup dalam fius yang warna coklat tu la.. bertahan, ambik bola dari kaki lawan dan yg paling wa suka masa 2nd half dia bergilir2 beralih posisi dgn Rafael.. macha ni boleh main banyak posisi dan tak keterlaluan kalau wa cakap dia ni asset penting untuk pasukan..

Keseluruhan wa rasa ini adalah game terbaik Perak musim ni.. wa dah layan 3 kali kat stadium dan satu kali kat tv dan wa suka game malam ni.. memang Selangor patutnya lauk makanan kita jer malam ni bro... kalau la linesman dan referee boleh guna akal di kepala dan bukan guna kepala lutut..Wa doakan juga Nasir dan Sharom tak cedera teruk la... moga cepat sembuh!! Apapun life goes on.. you have done us PROUD, Yobs!! Wa tinggalkan dengan satu lagu dari kumpulan rock Y&T... FOREVER.. YOB4EVER!!!!Oh ye..sebelum wa lupa...jgn lupa saksikan filem terbaru Mamat Khalid Rock ooo bermula 28 Februari nanti di pawagam....layan bro....Chaoooo... 

P/s : Kejor yob kejor...gambar di atas adalah sekadar hiasan...heheh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 22 January 2013

Ismail Haniyeh sambut di sempadan, permaidani merah buat PM

Datuk Seri Najib Razak yang tiba di sini untuk lawatan kemanusiaan sehari ke Gaza diberikan sambutan permaidani merah. Ketibaan beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor di pintu sempadan Rafah di wilayah Gaza disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh. 

Sejurus tiba lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Palestin dimainkan oleh pasukan polis Palestin. Beliau kemudian memeriksa perbarisan kehormat pasukan polis Palestin seramai 150 anggota dan pegawai di perkarangan kompleks imigresen dan diperkenalkan kepada barisan anggota kabinet pihak berkuasa Gaza.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin.-BH

Published with Blogger-droid v2.0.10

Niat nk jala ikan tapi dapat porsche Cayenne




Nelayan di Beihai, Provinsi Guangxi, China tak menyangka mendapat rezeki tambahan ketika sedang menjaal ikan. Bukan hanya ikan yang didapat, tapi juga sebuaha Porsche Cayenne. Kenderaan yang berharga lebih Rm 400 K itu ketika dijumpai bukanlah dalam keadaan terbaik.  Walaupun begitu, 'bangkai' kenderaan SUV itu telah memberi keuntungan kepada nelayan tersebut. 'Bangkai' itu laku terjual dengan nilai US$640 .


Berdasarkan laporan Carnewschina, Porsche Cayenne ini diperkirakan tenggelam tak lebih dari setahun. Belum diketahui penyebab tenggelamnya kenderaan mewah tersebut. Namun diberitakan Porsche Cayenne ini adalah barang seludupan. Ini dikuatkan lagi dengan lokasi tempat kenderaan itu ditemui iaitu di Beihai, kawasan pelabuhan di Selatan China yang sangat terkenal sebagai pintu masuk barang seludupan dari Hong Kong, Macau, atau Vietnam.


P/s : Rezeki masing-masing..
Published with Blogger-droid v2.0.10

.

.