Wednesday, 23 January 2013

7 juta mohon BRIM 2.0


Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, jumlah itu membabitkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baru termasuk orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
“Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini, hari ini.


Katanya, pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari hingga 28 Februari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkannya pada 2 Februari.

“BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran,” katanya.
Ahmad Husni berkata, bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.


P/s : Tiada paksaan untuk kamu undi apa2 pn kerana ini bukan rasuah pilihanraya...tepuk dada tanya hati..


0 comments:

.

.