Monday, 21 January 2013

Pendiriannya dalam isu kalimah Allah..



Isu penggunaan kalimah Allah bukan sebarang isu. Ia bukan isu PAS, bukan juga isu BN. Tapi ia adalah isu bersama kita semua umat Islam. Perkara ini sering diputarbelitkan sehingga ada beranggapan ia dibawa oleh Umno untuk menjatuhkan PAS . Ironinya, ia dianggap masalah PAS kerana, ia dibangkitkan oleh sekutu mereka sendiri iaitu DAP. Jadi kuasa yg ada pada PAS sebagai parti Islam yg bersekutu bersama DAP ditagih bagi memperbetulkan pandangan rakan sekutunya itu.. DAP yang membangkitkan isu ini...Mengapa umno pula disalahkan dan mengapa ada suara2 sumbang yang mengatakan BN mencipta isu demi populariti PRU13 yg hampir tiba?
Alhamdulillah Majlis Syura akhirnya membuat ketetapan yag bijak, meredakan kemarahan umat Islam walaupun sebelum itu agak sangsi dalam membuat pendirian. Keputusan Majlis syura juga sekurang-kurangnya menyejukkan hati ahli2 PAS sendiri yang tidak semuanya bersetuju dengan pendirian awal PAS. Ulama sebenar PAS seperti Datuk Haron Din , Dato' Harun Taib dan ahli Majlis Syura yg lain akhirnya membuktikan Agama adalah perkara nombor 1 dalam setiap keputusan mendahului kepentingan politik dan rakan sekutunya DAP..Bagaimana pemimpin lain seperti khalid samad dan lain2??
Dalam hal ini, mana suara PKR melalui ketua umumnya Anwar Ibrahim?? Mana suara bakal Perdana Menteri Malaysia yang sering dicanag keliling negara?? Sepatutnya dia adalah orang pertama perlu tampil membuat pendirian. Sebagai ketua dalam gabungan pakatan, sepatutnya suaranya yang mendahului semua..dapat dilihat kelompongan dalam gabungan pakatan. Hanya Azmin Ali yang tampil memberikan pendirian walaupun pendiriannya dilihat sangat janggal sebagai seorang muslim.Apa2 pun juga, untuk kali ini, aku tabik dengan Majlis Syura PAS yg akhirnya membuat keputusan betul demi kemashlahatan umat Islam..
.
Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

.

.