Saturday, 19 January 2013

Bekas rakan sepasukan Drogba dan Anelka intai peluang sertai skuad harimau muda


Petang semalam sesi latihan skuad Harimau Muda disertai seorang pemuda 17 tahun yang kini bermain bersama kelab Shanghai Shenhua di China. Kehadiran beliau adalah adalah atas jemputan FAM sendiri dan minat beliauuntuk mewakili Malaysia. Pemuda kelahiran jepun ini layak menyertai skuad kebangsaan kerana ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia.

Biarpun sebelum ini, Tam Sheang Tsung dikhabarkan pernah beraksi bersama dua bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan Nicolas Anelka, nyata pemain berusia 17 tahun ini tidak mampu menyaingi dari segi aspek fizikal, kelajuan dan teknik dengan anak-anak didik Ong Kim Swee.Selepas tamat perlawanan, air mata Tam mengalir apabila dia mengakui gagal mempamerkan prestasi sebenar.Faktor cuaca dan tidak bersedia menjadi alasan mengapa persembahannya menjadi hambar dan lebih malang, langsung tidak dapat menarik perhatian jurulatih Harimau Muda, Kim Swee.

Untuk rekod, pemain ini telah dicungkil bakatnya oleh kelab Yokohama Fc di Jepun dan menyertai skuad bawah 15 tahun kelab tersebut. Beliau juga pernah bermain untuk kelab San Barnado Fc di Sao Paulo ,Brazil, sebelum dihantar ke Cardiff City selama 3 bulan. Kemudian menyertai kelab Sagan Tosu di Jepun dan mencipta sejarah sebagai pemain termuda yang menyertai Liga J di Jepun.

P/s : Bagi la chance skali lagi dia nk tunjuk bakat...sampai nanges budak tu..nampak keikhlasan dia nk wakili negara..

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

.

.