Saturday, 12 January 2013

Lunyai dibelasah hingga tak ingat kejadian

Seorang remaja dipukul dan dibelasah hingga separuh nyawa sebelum ditinggalkan di tepi jalan oleh penyerangnya yang menaiki sebuah kereta.Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Yefri Adison, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah dekat sini ditemui terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki (Jalan Tanjung) oleh penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Menurut sumber, mangsa sebelum ini dikatakan dicekup tiga lelaki ketika berjalan kaki seorang diri di Seksyen 10, Kota Damansara.“Mangsa kemudiannya di bawa ke satu tempat sebelum dibelasah dengan ranting pokok dan batang kayu dikepala dan seluruh badannya,” katanya.

Mangsa ketika ditemui tidak dapat mengingati apa yang berlaku tetapi hanya tahu tiga lelaki menaiki Protion Wira menariknya masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke satu tempat.Polis Damansara Utama yang tiba di tempat kejadian kemudiannya memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

P/s : Kesian lu bro..3 lwn 1 boleh la...GWS..

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

.

.