Tuesday, 8 January 2013

Penjual karpet pula perlekeh Rafizi

RafiziDeepak_1

Kena lagi Pengarah Strategik keadilan ni, kali ni dengan penjual karpet yg paling terkenal kat Malaysia skrg ni.Kepopularannya mengalahkan abang2 dari pakistan yg memang sinonim dengan karpet..hahah..Antara perkara yang menjengkelkan Deepak adalah sikap Rafizi yang kononnya memperoleh dokumen-dokumen penting daripada orang tengah yang kata Deepak sebenarnya tidak wujud.

“Jangan bawak masuk hantu dalam cerita ini,” katanya.
Beliau berkata, dokumen-dokumen yang kononnya syarikat beliau membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit adalah dokumen palsu. Selain menzahirkan tahap pemikiran Rafizi, Deepak juga melihat beliau sebagai seorang yang mensabotaj partinya sendiri di samping cuba mendapatkan milage politik peribadi. 

“Saya cadangakan dia bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen Kota Belot,” katanya.
Untuk rekod, Parlimen Kota Belot tidak wujud sebenarnya tetapi adalah kiasan Deepak terhadap tindak-tanduk Rafizi yang katanya hanya mementingkan diri sendiri, bodoh dan mensabotaj parti.
Dalam pada itu Deepak berkata, peguamnya kini sedang meneliti semua dokumen-dokumen yang disebarkan Rafizi dan tidak akan teragak-agak menyaman beliau andai ada di antara dokumen itu didapati tulen dan diperoleh dengan cara yang salah.
“Kalau saya disaman oleh pihak lain kerana sikap dia, saya akan bertindak,” katanya.

Sumber

0 comments:

.

.