Sunday, 20 January 2013

Produk China yang meniru Honda




Syarikat motor dari negara China bernama Zhejiang Jiajue Motorcycle Manufacturing baru saja perlihatkan gambar varian terbaru motosikal keluarannya bernama ZJMM R12. Namun dapat dilihat dengan jelas produk tersebut kalau diperhati dengan lebih halus seakan-akan motor keluaran Honda yang baru dipasarkan di Malaysia awal tahun lepas iaitu Honda CBR250.

Memang tidak dapat kita sangkal, China memang terkenal dengan barangan tiruan mereka, namun walaupun berkeadaan begitu, kuasa pasaran di China memang kuat sehinggakan syarikat seperti ini masih boleh hidup dan pesat membangun. Syarikat seperti ini juga berani menyertai dan hadir di pameran2 antarabangsa yang menampilkan syarikat gergasi dunia seperti Honda, Yamaha dan lain-lain.

Berikut foto motor ZJMM R12 dan Honda CBR250R, bolehkan anda menemukan perbezaan di antara keduanya tanpa mengambilkira dari penggunaan stiker body yang ada pada produk China tersebut?
Published with Blogger-droid v2.0.10

.

.