Thursday, 3 January 2013

Terukir di Bintang akan didendangkan Aizat dalam AJL27

Spekulasi siapakah pengganti Yuna untuk membawakan lagu ‘Terukir Di Bintang’ malam Ahad kini terjawab apabila Juara Anugerah Lagu ke-24, Aizat diumumkan sebagai penyanyi pilihan.Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum).Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh 3 hari ini.

Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27.‘Terukir Di Bintang’ hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang nanti.

P/s: Lagu baik mmg sesuai dengan penyanyi yang baik mcm Aizat...gud luck..

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

.

.