Monday, 21 January 2013

Tiada lagi apek, ah soh dan seumpamanya..


 Gelaran yang mencerminkan perbezaan sesuatu bangsa seperti apek dan ah soh mungkin akan diharamkan penggunaannya oleh petugas jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Ini berikutan hasrat Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Datuk Mohammad Ahad membawa cadangan itu ke perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Mohammad, segelintir pihak, terutama pesara kerajaan, telah menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka apabila dipanggil dengan gelaran sebegini apabila berurusan rasmi, termasuk dengan bank.

Sehubungan itu, Mohammad berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd Ali bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak menggunakan gelaran sedemikian apabila berurusan. - sumber

PO/s : Gambar saiful apek di atas sekadar gambar hiasan...

0 comments:

.

.