Monday, 19 August 2013

Hafizh Syahrin raih kedudukan #1 di Indianapolis Speedway


Tahniah kepada pelumba muda negara yang lebih dekenali dengan jolokan el pescao (ikan kecil) kerana menjuarai pelumbaan sokongan, AMA Pro Vance & Hines Harley-Davidson Series dalam kejohanan MOTOGP pusingan ke 10 di litar Indianapolis Speedway, Amerika Syarikat semalam.


Setelah mencatatkan kejutan dalam perlumbaan pertama dengan menjejaki podium di tempat ke 3, sekali lagi beliau tidak menghampakan pasukannya apabila mendapat kedudukan podium pertama bagi perlumbaan kedua. Kejayaan ini menjadi lebih manis adalah kerana ini adalah kali pertama beliau beraksi di litar ini, jentera yang sama sekali lain dari jentera yang biasa ditunggangnya dan ada antara pencabarnya adalah bekas pelumba berpengalaman yang pernah beraksi di kejohanan MOTOGP.

Buat masa ini, Hafizh masih menimba pengalaman  dalam Kejohanan CEV-Repsol yang diadakan di Sepanyol dan berkemungkinan akan menyertai musim penuh MOTOGP dalam kategori MOTO2 tahun depan.

Dalam kejohanan tersebut juga, seorang lagi pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang beraksi dalam kategori MOTO3 mencatatkan tempat ke 7 dari 33 pelumba.

0 comments:

.

.