Thursday, 15 August 2013

sprm mengalukan kenyataan mukhris sempena 100 hari pemerintahan


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan supaya semua menteri besar dan ketua menteri di negara ini mengikut jejak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk tidak memberi projek perniagaan di negeri
masing-masing kepada anggota keluarga mereka.

Pengerusinya Datuk Johan Jaafar berkata ia merupakan kenyataan terbuka pertama daripada seorang menteri besar atau ketua menteri berhubung pemberian projek perniagaan kepada anggota keluarga terdekat.
   "Kita alu-alukan kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Kedah itu dan ia satu usaha yang patut dicontohi oleh semua menteri besar dan ketua menteri di seluruh Malaysia, malah patut dipanjangkan ke peringkat Kabinet," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.   Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz yang memberi
jaminan untuk tidak akan memberi projek perniagaan di Kedah kepada anggota keluarganya.



Mukhriz, dalam sidang media di Alor Setar semalam sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri itu.

   Johan berkata tindakan Mukhriz itu juga bertepatan dengan cadangan PPPR pada 20 Dis lalu supaya anggota keluarga menteri Kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco kerajaan negeri tidak melibatkan diri daripada membida sebarang projek kerajaan. -- BERNAMA
   
P/s: Bila MB dan KM lain nak folo...??

0 comments:

.

.