Monday, 2 September 2013

Azlan Shah Kamaruzaman pula bawa cabaran negara di Kejohanan MOTOGP


Seorang lagi pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan beraksi di pentas Perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) bermula dengan pusingan ke-13 di San Marino pada 11 hingga 13 Sept ini. Menurut kenyataan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd penyertaan Azlan Shah pada perlumbaan itu bukan atas tiket 'wildcard' ataupun membayar kepada mana-mana pasukan untuk mendapatkan tempat.

Pelumba berusia 29 tahun itu akan memulakan saingan di San Marino dan perlumbaan-perlumbaan seterusnya dengan menyertai pasukan yang disokong sepenuhnya oleh Honda iaitu Honda Team Asia. Pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada aksi cemerlang sepanjang 2012 dan 2013 di dalam perlumbaan Cub Prix AAM Malaysia dan ARRC.

Menurut pengarah pasukan MUSASHi Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing, Azlan Shah menjadi pelumba Malaysia pertama yang dipilih menyertai pasukan GP berdasarkan merit kemampuannya.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak membayar kepada pasukan Honda Team Asia bagi mendapatkan tempat untuk Azlan sebaliknya dia ditawarkan peluang melalui merit berdasarkan kemampuan yang telah ditunjukkannya selama ini.





"Kami telah membuat banyak pelaburan terhadap perkembangan Azlan sehingga mencapai ke tahap ini dan kami akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba yang berkaliber.
"Kami turut berterima kasih kepada pihak Honda Motor Corporation Japan kerana memberikan kepercayaan kepada Azlan," kata Tan.

Sumber

0 comments:

.

.