Monday, 2 September 2013

Syukur harga minyak naik lagi



Sebentar tadi PM DS Najib mengumumkan harga minyak Ron 95 akan naik 20 sen berkuatkuasa tgh malam ni..ini termasuklan harga minyak diesel mengalami kenaikan harga yang sama...so apa kesannya??

1. Semua stesen minyak waktu ini (sblm hingga 12 mlm kang) macam pesta dapat minyak free..berduyun duyun kenderaan sanggup berbaris sampai 300 meter luar dari stesyen semata-mata nk selamatkan 20 sen mereka...hahhaa...

2. Maka segala "keyboard warrior" mula menunjukkan keperihatinan dgn pelbagai analisis laksana pakar ekonomi kpd seantero jelata dgn pelbagai rumusan kelas A kononnya mereka merana..tertipu..duit abis isi minyak je ..bla..bla..bla...padahal lu kapcai cabuk pn takde...hehehe

3. Rakan2 di pihak 'sana' mcm biasa..umpama mendapat bola tanggung...sedap korang smash sana sini ek...

4. Rakyat marhaen yang tak tau guna otak akan secara otomatik menyerlahkan kedunguan mereka ..aah..yela..yela..tak patut..tak patut..jom buat himpunan jalanan..(kahkahkah)

5. Rakyat yang bijak dan cerdik akan memandang perkara ini dari sudut positif dan melihat perkara ini sebagai rahmat kepada rezeki yang lain..

Korang dalam situasi yg mana??
Secara keseluruhan, kerajaan tidak bodoh untuk membebankan rakyat dgn kenaikan ini..ini adalah keputusan yang wajar dgn situasi semasa dari dlm dan luar negara, rakyat juga perlu berfikiran realistik dengan situasi ini.. mereka yg gaji lebih 3 riban apa ada hal sngt dgn 20 sen tu..rokok yg lebih 10 ringgul pn korg boleh beli hari2...bagi yg gaji bwh 3k, berita baiknya kadar bayaran br1m akan dinaikkan..yg takde gaji, lu org pikir sndri..sape suruh xkeje...kahkahkah..

P/s: Bukan mudah nak puaskan hati semua orang...
Published with Blogger-droid v2.0.10

10 comments:

Anonymous said...

Org yg tulis ni pun bodoh jg 20sen utk 1 liter klu kita isi minyak bkn satu liter je.. haha lubpikir la sndiri jgn tau kutuk org je..

perniagaan internet said...

Fikirlah cara bijak, bila harga minyak naik, harga barang lain turut naik akibat peningkatan kos pengangkutan. Mana kebaikan pada rakyat berpendapatan rendah? Kos sara hidup akan meningkat. Dengan kualiti minyak yg rendah dan tidak menguntungkan pengguna. Jangan kata rakyat bodoh, 10 sen bagi kami amat berharga.

Anonymous said...

minyak ron 95 je naik ron 97 tak naik pulak..

Kaki Sembang said...

mu biar betul rony anuar..

Anonymous said...

Kerajaan memang bijak mendahulukan rakyat! Rakyat dah kena la! Ko yg tulis tu yg bangang tahap gaban!

hasrul hasif said...

Jgn sombong sbab kta brgaji yg selesa. Miskin kaya Allah ciptakn. Yg kaya tlg yg mskin. Yg ada kuasa jgn bebankn rakyat umum, yg d malaysia ni masih ramai yg sdrhana n miskin mgkn ada yg lbih truk. Jgn sombong.

Anonymous said...

Dapat orang mcm yg tulis ni yg buat KERAjaan yg ada konfiden buat apa sj... pi mampuslah dgn rakyat susah ke, beban ke, perit ke... langsung tak prihatin tentang kebajikan rakyat. Baguslah, ronyanuar, jack lah lagi, syukurlah lagi, terima kasihlah lagi.... nampak sgt penting diri sendiri!!!

Anonymous said...

Ko kn msti org kaya tp bodoh,jnis mntk duit mak bpak,atau kikis duit gf atau istri..sbb itu ko anggp 0.20 sen tu kcik.sblm ckp tu,berakal ckit.

Anonymous said...

Ada bakat dalam penulisan tapi jangan la cari publisiti sampai memalukan diri sendiri.

yakuza said...

Br1m bg at the same time, naekkan harga minyak. Terbaeeeeekkkkk.. menolong dalam menikam.

.

.