Saturday, 26 January 2013

Baca karya Shakespeare tingkatkan kemampuan otak ?

Berita baik untuk para pecinta karya Shakespeare. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa tulisan Shakespeare mampu meningkatkan kemampuan otak. Bahkan kesan terapi yang diberikan tulisan Shakespeare lebih baik dibandingkan buku motivasi.

Psikologis dari Liverpool University menemukan bahawa membaca karya sastera klasik milik pengarang-pengarang lama seperti Bard memberikan efek yang positif pada pemikiran. Melalui imbasan, mereka memantau aktiviti otak ketika mereka membaca tulisan WIlliam Shakespeare, William Wordsworth, T.S Eliot, dan lainnya. Kemudian mereka menterjemahkan teks dalam tulisan tersebut menjadi teks yang lebih 'langsung' seperti pada kebanyakan tulisan moden.

Hasilnya, peneliti menemukan bahawa prosa yang lebih berbunga dan berbau puisi seperti milik para penulis karya sastera klasik mampu meningkatkan aktiviti elektrik pada otak dibandingkan dengan karya yang lebih moden.Uniknya, mereka menemukan bahwa kata-kata dan struktur kalimat yang rumit dalam novel klasik akan membolehkan munculnya 'cahaya' bagi fikiran dan meningkatkan tenaga kinetik otak, seperti dilaporkan oleh Times of India keluaran (25/01).Tidak hanya itu, penelitian juga menemukan bahwa membaca puisi mampu meningkatkan aktiviti otak bahagian kanan yang berkaitan dengan ingatan autobiografi. Ini bermaksud, pembaca mampu merefleksikan pengalaman mereka dan merenung dengan membaca kisah yang ada dalam novel klasik tersebut.

P/s : Tak payah susah nk cari karya barat, Al-Quran dan terbukti sebagai mukjizat akhir zaman..semua contoh2 pada kajian tersebut ada pada AlQuran...jadi rajin2 lah membaca Al-Quran untuk meningkatkan kemampuan otak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 25 January 2013

Kongres AS minta tolong twitter hapus pengaruh Hamas

Nampaknya perang jaringan sosial antara Israel dan Hamas tidak akan berpenghujung. Terbaru pihak Kongres Amerika Syarikat memanggil Twitter supaya menghapuskan akaun twitter yang berkaitan dengan organisasi Hamas .Kongres AS merasa tidak senang dengan pengaktifan dan sambutan masyarakat dunia terhadap akaun Twitter milik Hamas terutama kepada sayap ketenteraannya, Bridget Al Qassam .

Ini berlaku kerana status Hamas yang dimasukkan dalam daftar organisasi pengganas oleh pemerintah AS. Mereka meminta, menurut  Twitter untuk segera tidak mengaktifkan akaun milik Hamas .Kongres AS menilai pemilikan akaun jaringan sosial oleh organisasi yang dikatakannya pengganas seperti Hamas mungkin dipergunakan bagi menyebarkan propaganda. Hal ini menurut mereka akan membuat pengganas menjadi lebih berpengaruh.

Sebelum memerintahkan Twitter, Kongres AS diketahui telah memerintahkan hal serupa pada FBI pada bulan September lalu. FBI sendiri masih mempertimbangkan tindakan yang sesuai dengan permintaan tersebut.Seperti diketahui, Hamas dan Israel juga berperang melalui Twitter selama perang di Gaza berlansung.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ingatan dari Dato' Haron Din



Cerita banyak tak guna, dah terang lagi bersuluh...masih tak paham2 lagi maksudnya?? Jadi mengapa Anwar dan Azmin Ali masih belum nak terima hakikat ini?? Bukan kepada 2 individu ini sahaja, tetapi semua umat islam yang menyokong mereka dan menyokong saranan DAP secara diam..Tidakkah kita nampak, demi kuasa politik dan matlamat, apa2 cara pun akan sanggup mereka tegakkan?? Semoga kita tak tergolong dengan orang2 seperti ini...Dato' Haron Din sahaja antara ulama2 yang ikhlas menegakkan kebenaran walau pahit untuk diterima dalam konteks hubungan politik Pakatan Rakyat... Nilai-nilaikan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Perhimpunan bakar Bible karut- Pdrm

Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, Ahad ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Januari lalu. 

"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan. 

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

P/: satu lagi usaha jahat melaga-lagakan keharmonian kaum di Malaysia.....harap semua pihak usah terpedaya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 24 January 2013

Lagi desakan ahli supaya PAS keluar Pakatan

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu terus mendapat bantahan umat Islam negara ini.Terbaru seramai 50 penduduk termasuk penyokong PAS Kampung Padang Enggang mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Guan Eng yang mengguris hati umat Islam negara ini.

Wakil peserta demonstrasi itu, Mohd. Rosli Ghazali, 52, berkata, mereka membuat demonstrasi itu untuk mengecam tindakan Guan Eng yang mahu kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu dibenarkan.“Mengapa Guan Eng membangkitkan perkara ini. Isu ini sebenarnya boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram.“Oleh itu atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada pakatan. Jangan bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Islam,” katanya.

Dalam demonstrasi itu peserta membawa sepanduk yang mengecam Guan Eng dan turut memijak bendera DAP sebagai simbolik kepada bantahan mereka.

P/s: Kemenangan bagi Islam jika PAS keluar dari rakan pakatan mereka yg kurang ajar...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 23 January 2013

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul yang kita tidak tahu


Pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.




Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.


P/s : Salam maulidur rasul dari Ronyanuar. Semoga pemimpin pilihan kita mewarisi ketokohan Nabi Muhammad S.A.W..dan semoga kita tidak salah memilih pemimpin yang berjuang semata-mata kerana cita2 dan agenda sendiri.

7 juta mohon BRIM 2.0


Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, jumlah itu membabitkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baru termasuk orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
“Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini, hari ini.


Katanya, pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari hingga 28 Februari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkannya pada 2 Februari.

“BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran,” katanya.
Ahmad Husni berkata, bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.


P/s : Tiada paksaan untuk kamu undi apa2 pn kerana ini bukan rasuah pilihanraya...tepuk dada tanya hati..


Pengulas sukan terlampau..

Terbaca ulasan perlawanan di yob4ever.com antara selangor dan perak yg berlansung malam smlm ....sungguh puitis wa cakap lu...untuk memudahkan korang baca terus tanpa susah2 nk klik klik lagi, aku copy paste je semua..kahkahkah..senang..

YEAY YEAY... kali ni giliran wa pulak, der... dua game lepas Ijam Bluekanngbakau dan Syed Zurah Jabeen yang ulas.... Diorang tu skema dan poyo bro... Game ni giliran wa Awie pulak mau kasi saiang pailang itu Selangor bro..... wa tau ada live game ni.. tapi mana syok layan konsert Iron Maiden dalam TV der.. layan live la baru mariiii....

Ok... Nama penuh wa Meor Senawi bin Meor Senapi... wa tak tau kenapa nama wa mcm tu bro.. tapi wa rasa maybe sebab abah wa yang paling berjaya kat kampong wa belajar sampai 6 Senawi.. abah kawan2 wa lain semua takat 3 atau 4 Senawi ajer..Family wa panggil wa Nawi.. memang skema la nama tu bro.. wa tak suka... so wa tukar jadi Awie... wa rasa peluang lebih cerah nak dapat awek kalau guna nama tu.... tapi bro.. wa cakap lu.. problem bro... bila kawan wa cari wa kat dewan kampong wa, sebut nak cari Awie ajer 10 org paling muka bro... ramai Awie kat kampung wa bro.. hampehhh wa cakap lu..... mcm wa takper la... ini tak.. mcm sorang kawan wa tu... Nama penuh Nazari Ibrahim pun nak suruh orang panggil Awie jugak... baru boleh pegang satu kod gitar A minor dah mau jadi mcm Awie... tu pun terketar ketar nak pegang kod bro.... DIORANG TU SEMUA POYOOOO..... wa cakap lu..Sebabkan tu la jugak wa kena ada gelaran.. umum tau wa la pemuda yg paling bijak bagi pandangan konstraktif kat kampong wa... jadi gelaran untuk wa jadi AWIE LABUN la... wa happy bro dapat gelaran tu daripada diorang panggil wa dengan gelaran lain... Awie Lembut ka, Awie Bunga ka Awie Kuntum ka Awie Pengkor ka..... ok la Awie Labun per??...

Ok bro... wa kena berdiri dulu bro.. Rock rock jugak... lagu negaraku mau kasi respek jugak bro.... Ok sebelum game mula, kena layan iklan dulu bro... biasa la tiket wa pun sponsor bagi... “Produk Minuman kesihatan berasaskan herba MAQBULL telah banyak membantu ramai pesakit dan pengguna.. Cubalah dan rasai lah kehebatannya.. tak cuba tak tau, bila cuba hari hari mauuu.... Aummmmmmmm”Hahahhahaha... wa suka iklan ni bro... tak POYO macam kawan wa Nazari Ibrahim tu... wa cuba imagine yang cakap tu Ella... Ella?.. Ratu Eock Malasyia tu la.... ye la dia kan baru kawin... hahhhahahaa.. naik syahwat wa bro bayangkan Ella bacakan iklan tu bro...PREET.......

YEay yeay... game start dgn Perak mengasak dari sepak mula... penonton wa rasa dapat dalam 10 ribu. Paling ramai setakat ini di Lumut ni.. fans Selangor pun boleh tahan jugak.. dalam 100 lebih sikit kurang ada la...Tapi Line up Perak ada lain sikit la... goalie terhebat satu Malaya tak main la... wa ada goyang sikit bro.. bayangkan la Iron Maiden tanpa Steve Harris main bass, lu tak goyang ka? Game Perak control kat midfield dan Perak jadikan Selangor macam team biasa biasa ajer.. permainan amat tight dengan permaianan agak keras dari kedua2 pasukan.. Hard Rock beb, bukan slow rock.. mau slow rock lu pergi layan Spring, Spoon, Span la.... wa suka game macam ni...

Perak nampak tak tertekan meskipun semasa main 11 lawan 11.. lepas tu Amri dapat dua kad kuning dan out, lagi la Perak boleh control game... wa ingat factor main lawan 10 orang tak signifikan sangat la..Ok la...Wa malas la nak cerita pasal kronologi game ni sebab semua dah tengok Live kat TV...Wa terus bagi komen saja la.. ini pendapat wa ok...Pertama, 2 kad kuning Amri bagi wa memang patut.. kad kuning pertama memang dia diving.. kad kuning kedua sebab dissent atau membantah keputusan linesman yang bagi bola balingan ke Perak sedangkan memang jelas bola tu bola Selangor.. tapi wa hairan kenapa Amri bantah sangat? Lu baru main bola tahun lepas ka? Ini perkara biasa berlaku dan tak perlu la bantah teruk sgt.. Wa tak tau la, tapi kawan wa cakap Amri ada cakap sesuatu kat Reff... mungkin sebab tu la kot Reff jadi hangin satu badan...Kedua, linesman memang mcm harammm la batalkan dua gol Perak.. yang pertama tu wa bukan dari angle yang bagus nak komen, tapi kawan wa cakap memang tak offside... tak kesah la.. tapi yg kedua tu memang wa hanginn satu badan la... wa duduk betul2 sebelah teres penyokong Selangor.. teres tu pulak betul2 setentang dgn posisi linesman... wa tengok fans Selangor tak komplen apa apapun.. PASRAH... biasanyer fans akan bising kalau diorang nampak kedudukan offside ...

Kedua dua gol tak dikira tu wa tengok pemain2 Selangor pun PASRAH jugak... tak komplen dan meRELAkan gol2 tu.. frust ajer.... bengap la linesman dan reff ni tak tau bahasa badan ke?.. wa yg rockers belajar takat SPM pun tau la ..Lain lain wa memang puji persembahan pemain2 dan taktikal coach dalam game ini... Midfield memang marvelous.. midfield ni macam drummer dengan bassist la.. akan jaga TEMPO game.. wa salute la sama midfield malam ni.. TEMPO tak goyang... Cuma ada sikit masalah kreativiti.. kalau drummer, kreativiti ialah masa nak roll dan attack.. bassist masa bagi bunga bunga diantara kod kod..kalau midfield kreativiti nyer ialah masa nak buat hantaran terakhir pada striker atau pada kawan2 lain.. kreativiti nak pecahkan benteng lawan...Striker... Hadi malam ni ok.. rajin.. hold bola pun bagus.. passing dan shooting boleh improvekan lagi... solo bagus jugak Cuma kena bagi lagi bagus solo tu dan pelbagaikan jangan asyik guna scaling pentatonic ajer.. sulam sulam jgk dengan scaling blues ke jazz ke... hahhahaha Failee laju tapi kadang2 gabra, tapi ok la sebab dia la kita dapat penalty.. aura dia bro..

Defend mcm biasa, wa paling tak risau.. Khairi Kiman baik.. Sharom baik.. bek kanan tu pun baik... tapi Rafael Souza memang terbaekkkk...Pecah kepala wa nak pilih Man of the Match bro.. wa shortlist dua pemain ni untuk MOTM.. Rafael dan no 18 Sivakumar... tapi wa rasa kali ni milik Sivakumar la... dia ni wayar hidup malam ni. wayar hidup dalam fius yang warna coklat tu la.. bertahan, ambik bola dari kaki lawan dan yg paling wa suka masa 2nd half dia bergilir2 beralih posisi dgn Rafael.. macha ni boleh main banyak posisi dan tak keterlaluan kalau wa cakap dia ni asset penting untuk pasukan..

Keseluruhan wa rasa ini adalah game terbaik Perak musim ni.. wa dah layan 3 kali kat stadium dan satu kali kat tv dan wa suka game malam ni.. memang Selangor patutnya lauk makanan kita jer malam ni bro... kalau la linesman dan referee boleh guna akal di kepala dan bukan guna kepala lutut..Wa doakan juga Nasir dan Sharom tak cedera teruk la... moga cepat sembuh!! Apapun life goes on.. you have done us PROUD, Yobs!! Wa tinggalkan dengan satu lagu dari kumpulan rock Y&T... FOREVER.. YOB4EVER!!!!Oh ye..sebelum wa lupa...jgn lupa saksikan filem terbaru Mamat Khalid Rock ooo bermula 28 Februari nanti di pawagam....layan bro....Chaoooo... 

P/s : Kejor yob kejor...gambar di atas adalah sekadar hiasan...heheh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 22 January 2013

Ismail Haniyeh sambut di sempadan, permaidani merah buat PM

Datuk Seri Najib Razak yang tiba di sini untuk lawatan kemanusiaan sehari ke Gaza diberikan sambutan permaidani merah. Ketibaan beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor di pintu sempadan Rafah di wilayah Gaza disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh. 

Sejurus tiba lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Palestin dimainkan oleh pasukan polis Palestin. Beliau kemudian memeriksa perbarisan kehormat pasukan polis Palestin seramai 150 anggota dan pegawai di perkarangan kompleks imigresen dan diperkenalkan kepada barisan anggota kabinet pihak berkuasa Gaza.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin.-BH

Published with Blogger-droid v2.0.10

Niat nk jala ikan tapi dapat porsche Cayenne




Nelayan di Beihai, Provinsi Guangxi, China tak menyangka mendapat rezeki tambahan ketika sedang menjaal ikan. Bukan hanya ikan yang didapat, tapi juga sebuaha Porsche Cayenne. Kenderaan yang berharga lebih Rm 400 K itu ketika dijumpai bukanlah dalam keadaan terbaik.  Walaupun begitu, 'bangkai' kenderaan SUV itu telah memberi keuntungan kepada nelayan tersebut. 'Bangkai' itu laku terjual dengan nilai US$640 .


Berdasarkan laporan Carnewschina, Porsche Cayenne ini diperkirakan tenggelam tak lebih dari setahun. Belum diketahui penyebab tenggelamnya kenderaan mewah tersebut. Namun diberitakan Porsche Cayenne ini adalah barang seludupan. Ini dikuatkan lagi dengan lokasi tempat kenderaan itu ditemui iaitu di Beihai, kawasan pelabuhan di Selatan China yang sangat terkenal sebagai pintu masuk barang seludupan dari Hong Kong, Macau, atau Vietnam.


P/s : Rezeki masing-masing..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 21 January 2013

Pendiriannya dalam isu kalimah Allah..



Isu penggunaan kalimah Allah bukan sebarang isu. Ia bukan isu PAS, bukan juga isu BN. Tapi ia adalah isu bersama kita semua umat Islam. Perkara ini sering diputarbelitkan sehingga ada beranggapan ia dibawa oleh Umno untuk menjatuhkan PAS . Ironinya, ia dianggap masalah PAS kerana, ia dibangkitkan oleh sekutu mereka sendiri iaitu DAP. Jadi kuasa yg ada pada PAS sebagai parti Islam yg bersekutu bersama DAP ditagih bagi memperbetulkan pandangan rakan sekutunya itu.. DAP yang membangkitkan isu ini...Mengapa umno pula disalahkan dan mengapa ada suara2 sumbang yang mengatakan BN mencipta isu demi populariti PRU13 yg hampir tiba?
Alhamdulillah Majlis Syura akhirnya membuat ketetapan yag bijak, meredakan kemarahan umat Islam walaupun sebelum itu agak sangsi dalam membuat pendirian. Keputusan Majlis syura juga sekurang-kurangnya menyejukkan hati ahli2 PAS sendiri yang tidak semuanya bersetuju dengan pendirian awal PAS. Ulama sebenar PAS seperti Datuk Haron Din , Dato' Harun Taib dan ahli Majlis Syura yg lain akhirnya membuktikan Agama adalah perkara nombor 1 dalam setiap keputusan mendahului kepentingan politik dan rakan sekutunya DAP..Bagaimana pemimpin lain seperti khalid samad dan lain2??
Dalam hal ini, mana suara PKR melalui ketua umumnya Anwar Ibrahim?? Mana suara bakal Perdana Menteri Malaysia yang sering dicanag keliling negara?? Sepatutnya dia adalah orang pertama perlu tampil membuat pendirian. Sebagai ketua dalam gabungan pakatan, sepatutnya suaranya yang mendahului semua..dapat dilihat kelompongan dalam gabungan pakatan. Hanya Azmin Ali yang tampil memberikan pendirian walaupun pendiriannya dilihat sangat janggal sebagai seorang muslim.Apa2 pun juga, untuk kali ini, aku tabik dengan Majlis Syura PAS yg akhirnya membuat keputusan betul demi kemashlahatan umat Islam..
.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada lagi apek, ah soh dan seumpamanya..


 Gelaran yang mencerminkan perbezaan sesuatu bangsa seperti apek dan ah soh mungkin akan diharamkan penggunaannya oleh petugas jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Ini berikutan hasrat Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Datuk Mohammad Ahad membawa cadangan itu ke perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Mohammad, segelintir pihak, terutama pesara kerajaan, telah menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka apabila dipanggil dengan gelaran sebegini apabila berurusan rasmi, termasuk dengan bank.

Sehubungan itu, Mohammad berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd Ali bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak menggunakan gelaran sedemikian apabila berurusan. - sumber

PO/s : Gambar saiful apek di atas sekadar gambar hiasan...

Sunday, 20 January 2013

Siyes..aku tak tau Amenoworld tu pompuan.

Kahkahkahkah...ini bukan aku tengah gelak..tapi aku pinjam tagline Amenoworld..2-3 hari ni banyak blogger yang memaparkan individu di sebalik nama Amenoworld atau dikenali sebagai blogger no 1 pakatan..siyes, mati2 gua ingat Amenoworld ni lelaki..siyes...aku tak tau..siyes...best pulak sebut siyes ni..terasa manja pulak..kahkahkahkahkah..

inikah amenoworld??




Bacaan lanjut korang boleh ke sini, neh and neh


P/s : Takde reaksi dari amenoworld...adakah diam tanda setuju??

Produk China yang meniru Honda




Syarikat motor dari negara China bernama Zhejiang Jiajue Motorcycle Manufacturing baru saja perlihatkan gambar varian terbaru motosikal keluarannya bernama ZJMM R12. Namun dapat dilihat dengan jelas produk tersebut kalau diperhati dengan lebih halus seakan-akan motor keluaran Honda yang baru dipasarkan di Malaysia awal tahun lepas iaitu Honda CBR250.

Memang tidak dapat kita sangkal, China memang terkenal dengan barangan tiruan mereka, namun walaupun berkeadaan begitu, kuasa pasaran di China memang kuat sehinggakan syarikat seperti ini masih boleh hidup dan pesat membangun. Syarikat seperti ini juga berani menyertai dan hadir di pameran2 antarabangsa yang menampilkan syarikat gergasi dunia seperti Honda, Yamaha dan lain-lain.

Berikut foto motor ZJMM R12 dan Honda CBR250R, bolehkan anda menemukan perbezaan di antara keduanya tanpa mengambilkira dari penggunaan stiker body yang ada pada produk China tersebut?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 19 January 2013

Karpal masih tak puas hati isu kalimah Allah


Ingatkan bila Majlis Syura PAS membuat ketetapan tentang isu kalimah Allah, isu ni mungkin boleh sedikit reda...tapi rupanya tak habis lagi...selepas Azmin Ali yg mengalahkan org kafir tetap nak juga membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kini si Karpal ni pulak....mungkin dia melihat adanya orang islam seperti Azmin yang sanggup membela pendirian DAP, benggali ni pun berani la..

Mengikut bernama, pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).Beliau menyeru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas."

Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini .

P/s : Jom kita sama2 tengok, ape kesudahan isu ni....bila umat islam tak bersatu, ni la contoh yg kita dapat, baru2 ni patrick teo buat gempar menimbulkan kemarahan umat islam..duduk bertahun2 kt Malaysia tapi tak boleh pikir betul atau tak, alasan tak tahu yg dia bg tu buat gua menyirap jer darah....rasa mcm diperbodoh-bodohkan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bekas rakan sepasukan Drogba dan Anelka intai peluang sertai skuad harimau muda


Petang semalam sesi latihan skuad Harimau Muda disertai seorang pemuda 17 tahun yang kini bermain bersama kelab Shanghai Shenhua di China. Kehadiran beliau adalah adalah atas jemputan FAM sendiri dan minat beliauuntuk mewakili Malaysia. Pemuda kelahiran jepun ini layak menyertai skuad kebangsaan kerana ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia.

Biarpun sebelum ini, Tam Sheang Tsung dikhabarkan pernah beraksi bersama dua bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan Nicolas Anelka, nyata pemain berusia 17 tahun ini tidak mampu menyaingi dari segi aspek fizikal, kelajuan dan teknik dengan anak-anak didik Ong Kim Swee.Selepas tamat perlawanan, air mata Tam mengalir apabila dia mengakui gagal mempamerkan prestasi sebenar.Faktor cuaca dan tidak bersedia menjadi alasan mengapa persembahannya menjadi hambar dan lebih malang, langsung tidak dapat menarik perhatian jurulatih Harimau Muda, Kim Swee.

Untuk rekod, pemain ini telah dicungkil bakatnya oleh kelab Yokohama Fc di Jepun dan menyertai skuad bawah 15 tahun kelab tersebut. Beliau juga pernah bermain untuk kelab San Barnado Fc di Sao Paulo ,Brazil, sebelum dihantar ke Cardiff City selama 3 bulan. Kemudian menyertai kelab Sagan Tosu di Jepun dan mencipta sejarah sebagai pemain termuda yang menyertai Liga J di Jepun.

P/s : Bagi la chance skali lagi dia nk tunjuk bakat...sampai nanges budak tu..nampak keikhlasan dia nk wakili negara..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 17 January 2013

Isteri sempat bersalin di mahkamah sementara tunggu suami didakwa


Tempat menunggu orang awam di Kompleks Mahkamah di sini hari ini menjadi gempar apabila dikejutkan dengan peristiwa seorang ibu tiba-tiba bersalin di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.Difahamkan, wanita berkenaan berada di mahkamah kerana menunggu suaminya seorang orang kena tuduh (OKT) yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).Shahidawati Shabudin, 37, dikatakan sudah mula menunjukkan tanda untuk bersalin ketika sedang menunggu suaminya itu.

Dia sebenarnya baru sahaja keluar dari mahkamah di mana dia dilihat seperti menahan sakit tetapi digagah juga melangkah untuk mencari tempat duduk.Salah seorang tukang cuci di mahkamah berkenaan mula perasan wanita itu telah mula mengalami pendarahan."Tukang cuci itu kemudian membantu wanita tersebut termasuk memeriksa kandungannya dan mendapati kepala bayi sudahpun kelihatan pada waktu itu. Dia kemudian membantu sehingga wanita itu selamat melahirkan bayinya.,'' cerita seorang peguam, Suhaila Ahmad.

Bagaimanapun Shahidawati terpaksa mengerang kesakitan selama 20 minit yang turut disaksikan suaminya, Narizam Saad, 39, yang berada bersamanya sebelum sebuah ambulans tiba untuk membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.Kejadian itu mengejutkan banyak pihak termasuk masjistret, peguam, polis dan orang ramai yang berada di mahkamah pada ketika itu. utusan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 14 January 2013

Ramalan Nostradamus seiring pemantauan NASA

Ramai yang percaya akan ramalan Nostradamus, salah seorang peramal terkenal di dunia. Dia meramalkan bahwa di akhir tahun 2013 nanti akan ada komet melintasi bumi dan hal tersebut juga sudah lama diamati NASA.
Memang selama ini tidak semua ramalan Nostradamus yang berhasil terbukti. Namun dia meramalkan bahwa mendekati akhir tahun 2013 nanti, akan ada komet yang lepas dari 'perangkap' matahari.

Uniknya, ramalan tersebut juga mirip dengan analisa dan pantauan NASA. Pihak NASA mengatakan bahwa sekitar 28 November 2013 nanti, sebuah komet bernama ISON akan melintasi bumi.

"Objek tersebut memiliki kecepatan yang rendah dan pergerakan unik. Namun, kita tetap belum dapat memastikan apakah objek tersebut adalah komet atau benda lain kerana dalam pantauan kami, objek tersebut sangat kecil," jelas seorang ahli astronomi menurut majalah Mercury News (31/12/2012).

Menurut Nostradamus, di web Nostradamuspredictions.org, dalam catatannya yang berjudul Century 2 Quatrain 46 tertulis, "After great trouble for humanity, a greater one is prepared. The Great Mover renews the ages: Rain, blood, milk, famine, steel and plague. In the heavens fire seen, a long spark running."

Mengikut sejarah, komet ISON pernah melintasi bumi pada tahun 1680 dan merupakan komet paling terang. 

P/s : Ramalan tetap ramalan..

Saturday, 12 January 2013

Lunyai dibelasah hingga tak ingat kejadian

Seorang remaja dipukul dan dibelasah hingga separuh nyawa sebelum ditinggalkan di tepi jalan oleh penyerangnya yang menaiki sebuah kereta.Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Yefri Adison, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah dekat sini ditemui terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki (Jalan Tanjung) oleh penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Menurut sumber, mangsa sebelum ini dikatakan dicekup tiga lelaki ketika berjalan kaki seorang diri di Seksyen 10, Kota Damansara.“Mangsa kemudiannya di bawa ke satu tempat sebelum dibelasah dengan ranting pokok dan batang kayu dikepala dan seluruh badannya,” katanya.

Mangsa ketika ditemui tidak dapat mengingati apa yang berlaku tetapi hanya tahu tiga lelaki menaiki Protion Wira menariknya masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke satu tempat.Polis Damansara Utama yang tiba di tempat kejadian kemudiannya memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

P/s : Kesian lu bro..3 lwn 1 boleh la...GWS..

Published with Blogger-droid v2.0.10

200 penyokong PAS tak akan hadiri perhimpunan atas padang rumput

Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini.Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini.

Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik."Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu - utusan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 11 January 2013

Zack New Boyz bebas tuduhan edar dadah

Pemain bass kumpulan New Boyz, Zack atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - utusan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 9 January 2013

Adakah ini blogger pisau.net?











Baru2 ini blogger pisau.net telah dengan beraninya mendedahkan apa yang dikatakannya sini yang melibatkan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming dan sepupunya Ngeh Koo Ham dihimpit kontroversi..tak pasal2 individu2 yang ada sipi2 dgn pendedahan ini, panas punggung hinggakan setiausaha akhbar MB Kelantan turut bertungkus-lumus bagi pencerahan sini klik

Lantaran itu kepimpinan DAP melalui Nga Kor Ming sendiri dengan rasa tanggungjawabnya menawarkan RM1000 sini klik kepada siapa yang dapat mendedahkan identiti blogger tersebut..walaupun nilai yang ditawarkan tidak berpadanan dengan nilai 30 juta didedahkan pisau.net, namun demi RM1000 tu aku ada dapatkan beberapa gambar dari google yg mungkin boleh membantu mendedahkan identiti sebenar blogger pisau.net...ini adalah beberapa gambar tersebut...


P/s : YB Nga Kor Ming, kalo dgn gambar aku ni membantu anda mencari blogger pisau tu, jgn lupa RM1000 ya...janji mesti ditepati ok, berdosa besar tu kalau mungkir janji...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 8 January 2013

Penjual karpet pula perlekeh Rafizi

RafiziDeepak_1

Kena lagi Pengarah Strategik keadilan ni, kali ni dengan penjual karpet yg paling terkenal kat Malaysia skrg ni.Kepopularannya mengalahkan abang2 dari pakistan yg memang sinonim dengan karpet..hahah..Antara perkara yang menjengkelkan Deepak adalah sikap Rafizi yang kononnya memperoleh dokumen-dokumen penting daripada orang tengah yang kata Deepak sebenarnya tidak wujud.

“Jangan bawak masuk hantu dalam cerita ini,” katanya.
Beliau berkata, dokumen-dokumen yang kononnya syarikat beliau membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit adalah dokumen palsu. Selain menzahirkan tahap pemikiran Rafizi, Deepak juga melihat beliau sebagai seorang yang mensabotaj partinya sendiri di samping cuba mendapatkan milage politik peribadi. 

“Saya cadangakan dia bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen Kota Belot,” katanya.
Untuk rekod, Parlimen Kota Belot tidak wujud sebenarnya tetapi adalah kiasan Deepak terhadap tindak-tanduk Rafizi yang katanya hanya mementingkan diri sendiri, bodoh dan mensabotaj parti.
Dalam pada itu Deepak berkata, peguamnya kini sedang meneliti semua dokumen-dokumen yang disebarkan Rafizi dan tidak akan teragak-agak menyaman beliau andai ada di antara dokumen itu didapati tulen dan diperoleh dengan cara yang salah.
“Kalau saya disaman oleh pihak lain kerana sikap dia, saya akan bertindak,” katanya.

Sumber

Friday, 4 January 2013

Pesta Seks Bapa,Pakcik dan Datuk terhadap kanak-kanak 6 dan 8 Tahun di Ipoh

Dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun.Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu.Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama!Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping.

Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ‘menculik’ mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan.Lalu, mereka (termasuk datuk, pakcik dan makcik) melakukan serangan seksual dan menyiksa kanak-kanak yang masih ‘mentah’ itu!Perkara ini hanya dikenalpasti, apabila kanak-kanak berkenaan mengadu yang mereka berasa sakit pada alat kemaluan kepada ibunya.Selepas ibunya membawa anak perempuannya ke hospital, doktor memberitahu anaknya yang berusia lapan tahun mengalami koyakkan pada selaput dara manakala anak bongsunya telah mengalami luka pada bahagian sama.

Lebih mengejutkan, apabila ibunya mendakwa yang bekas suami dan keluarga lelaki itu telah mengadakan pesta seks!Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis pada 27 Disember lalu.Ketua Polis Perak Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.Terkini, menerusi Berita Harian, polis telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul dua adik-beradik perempuan berkenaan.Suspek berusia antara 17 dan 70 tahun.DCP Mohd Shukri berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol. - Sumber

P/s : Kalo betu la kes ni mmg bangang tahap dewa la diorang ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 3 January 2013

Terukir di Bintang akan didendangkan Aizat dalam AJL27

Spekulasi siapakah pengganti Yuna untuk membawakan lagu ‘Terukir Di Bintang’ malam Ahad kini terjawab apabila Juara Anugerah Lagu ke-24, Aizat diumumkan sebagai penyanyi pilihan.Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum).Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh 3 hari ini.

Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27.‘Terukir Di Bintang’ hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang nanti.

P/s: Lagu baik mmg sesuai dengan penyanyi yang baik mcm Aizat...gud luck..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perginya Pahlawan Negara

Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 2 January 2013

Wanita Cina Dakwa cuba dirogol Budak 13 Tahun, Luah kekesalan di Facebook



Seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun.Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya. Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.

Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh. Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.

Bacaan lanjut klik sini

Tuesday, 1 January 2013

Hukuman ini pasti tidak akan dilakukan oleh guru di Malaysia



Cuba perati gambar ni...agak2 lah ape bentuk hukuman yg sedang dilaksanakan kt budak-budak sekolah ni?? takkan cikgu dia libas rotan dlm keadaan camni kot??..biasa org rotan kat tapak tangan, kat gambar ni tapak tangan  budak2 dalam keadaan tertutup.. gaya mcm nk kena check kuku je...Sekarang ni sering kita dengar rungutan ibu bapa terhadap guru yang melaksanakan hukuman terhadap anak2 mereka. Bagi aku lah budak2 zaman sekarang terlebih manja sangat..bukan apa kena tarik telinga sikit dah mengadu kat bapak..

Patut dorang ni bersyukur tak kena hukuman mcm budak sekolah dari salah sebuah daerah di India ni...teruk sangat ke hukuman yg dilaksanakan ni...

.

.