Thursday, 29 August 2013

Dunia sudah hampir ke perang dunia ke-3 ?


Beberapa hari lalu kita dimaklumkan melalui media-media antarabangsa dan tempatan tentang kegiatan armada tentera Amerika Syarikat yang semakin mengukuhkan kedudukan di laut arab. Tujuannya tidak lain adalah bagi melancarkan perang ke atas Syria. Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia dengan kenyataan terbaru pihak tentera mereka di sana yang kini hanya menunggu arahan dari Pentagon bagi melancarkan perang.

Baru-baru ini juga kedatangan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Charles Timothy "Chuck" Hagel ke negara ini tidak hanya lawatan biasa kerana dikatakan ia bertujuan mendapatkan sokongan negara-negara sekutunya bagi menyokong perang ke atas Syria. Beliau juga akan berkunjung ke empat lagi negara di rantau ini sebelum kembali ke Washington.

Sebelum itu perlu diingat, Syria adalah sebuah negara yang menjalankan hubungan baik dengan satu lagi kuasa besar dunia iaitu Russia. Adakah anda berfikir Russia hanya akan berdiam diri jika sekutunya diserang? Bagi Russia kerajaan Assad pada masa ini adalah yang terbaik bagi rakyat Syria.



Sementara itu ada laporan dari beberapa sumber di Eropah mengatakan, Russia melalui Putin telah mengeluarkan "memorandum tindakan segera" yang ditujukan kepada Angkatan Tentera Persekutua Russia supaya serangan besar-besaran ke atas Arab Saudi jika pihak barat menyerang Syria. Mengapa tiba-tiba Arab Saudi terkait dalam hal ini? 

Mengikut sumber Kremlin mengenai "perintah perang" yang luar biasa ini, ia adalah susulan dari kemarahan Putin hasil dari Mesyuarat pada awal ogos lalu bersama Putera Bandar Bin Sultan iaitu Ketua Agensi Perisikan Arab Saudi. Putera Sultan telah memberi kata dua kepada Russia supaya menerima kekalahan Syria atau Arab Saudi akan melepaskan pengganas Chechen yang berada dalam kawalan mereka bagi menimbulkan huru hara pada Sukan Olimpik musim sejuk yang akan diadakan di Sochi, Russia pada Februari 2014.Kenyataan ini juga disokong akhbar lubnan As-Safir selain menambah Kerajaan Arab Saudi juga memberi jaminan akan melindungi Pengkalan Tentera Russia di Syria jika Rejim Assad berjaya digulingkan dengan syarat Russia tidak masuk campur dalam kemelut Syria ini.



Menurut Akhbar berpengaruh di London, The Telegraph, Arab Saudi dalam diam-diam sebenarnya telah menawarkan kepada Russia perjanjian yang luas bagi mengawal pasaran minyak global dan melindungi kontrak gas Russia dengan syarat Russia membelakangi Rejim Assad dan mengelak campur tangan dalam isu Syria namun Putin mentah-mentah menolak tawaran Saudi.

Melihat kepada kemelut di atas, maka tidak mustahil satu peperangan yang melibatkan banyak negara akan berlaku dengan laporan dari Bloomberg juga mengatakan Israel diberitakan telah menggerakkan sistem anti peluru berpandu mereka -Iron Dome ke sempadan seluruh negara bagi tujuan pertahanan dan ancaman luar hasil dari kebimbangan dari konflik ini. Sebelum itu, Iraq sejak dari awal telah melahirkan ketegasan dengan tidak membenarkan ruang udaranya digunakan untuk menyerang Syria. 



Agak malang apabila negara-negara Arab dan Islam di rantau teluk tidak bersatu, maka jalan kearah kehancuran Islam semakin mudah ditambah dengan keadaan Mesir yang tidak menentu hasil dari kezaliman tentera yang menjual nama demokrasi dan menghalalkan cara bagi mencapai matlamat .Mungkin semua ini hanya sebab yang telah tertulis bagi awalan cerita bermula tercetusnya perang dunia ke 3..Wallahua'lam

Monday, 19 August 2013

Hafizh Syahrin raih kedudukan #1 di Indianapolis Speedway


Tahniah kepada pelumba muda negara yang lebih dekenali dengan jolokan el pescao (ikan kecil) kerana menjuarai pelumbaan sokongan, AMA Pro Vance & Hines Harley-Davidson Series dalam kejohanan MOTOGP pusingan ke 10 di litar Indianapolis Speedway, Amerika Syarikat semalam.


Setelah mencatatkan kejutan dalam perlumbaan pertama dengan menjejaki podium di tempat ke 3, sekali lagi beliau tidak menghampakan pasukannya apabila mendapat kedudukan podium pertama bagi perlumbaan kedua. Kejayaan ini menjadi lebih manis adalah kerana ini adalah kali pertama beliau beraksi di litar ini, jentera yang sama sekali lain dari jentera yang biasa ditunggangnya dan ada antara pencabarnya adalah bekas pelumba berpengalaman yang pernah beraksi di kejohanan MOTOGP.

Buat masa ini, Hafizh masih menimba pengalaman  dalam Kejohanan CEV-Repsol yang diadakan di Sepanyol dan berkemungkinan akan menyertai musim penuh MOTOGP dalam kategori MOTO2 tahun depan.

Dalam kejohanan tersebut juga, seorang lagi pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yang beraksi dalam kategori MOTO3 mencatatkan tempat ke 7 dari 33 pelumba.

Thursday, 15 August 2013

Pelancaran Proton Subprima S Sabtu ini (17 Ogos 2013)


Akhirnya khabar angin tentang keluaran terbaru Proton yang bertiup kencang di blog dan media sosial sejak akhir-akhir ini akan dimuktamatkan pada sabtu ini (17 Ogos 2013).

 Produk terbaru proton ini( Hatchback  P3-22A) kemungkinan besar akan dikenali sebagai Proton Subprima S. Ini merujuk kepada gambaran yang terdapat pada bilik pameran dan pelekat yang ditampal pada trailer yang mengangkutnya dan badan kereta itu sendiri.



Mengikut maklumat awal (tidak disahkan), perasmian secara lansung tersebut akan dijadualkan bermula pada sabtu 10.15 pagi sabtu. Diberitakan juga antara ciri pada kenderaan ini adalah ia dilengkapi 6 beg udara, pengendalian oleh lotus, android skrin sentuh + radio + gps + 4G wifi, kamera undur, lampu depan automatik ,dan lain-lain ciri standard.Mengenai enjin pula ia masih 1.6 tetapi kini adalah "Turbo" dan bukannya "CFE".

sprm mengalukan kenyataan mukhris sempena 100 hari pemerintahan


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan supaya semua menteri besar dan ketua menteri di negara ini mengikut jejak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk tidak memberi projek perniagaan di negeri
masing-masing kepada anggota keluarga mereka.

Pengerusinya Datuk Johan Jaafar berkata ia merupakan kenyataan terbuka pertama daripada seorang menteri besar atau ketua menteri berhubung pemberian projek perniagaan kepada anggota keluarga terdekat.
   "Kita alu-alukan kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Kedah itu dan ia satu usaha yang patut dicontohi oleh semua menteri besar dan ketua menteri di seluruh Malaysia, malah patut dipanjangkan ke peringkat Kabinet," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.   Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz yang memberi
jaminan untuk tidak akan memberi projek perniagaan di Kedah kepada anggota keluarganya.



Mukhriz, dalam sidang media di Alor Setar semalam sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri itu.

   Johan berkata tindakan Mukhriz itu juga bertepatan dengan cadangan PPPR pada 20 Dis lalu supaya anggota keluarga menteri Kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco kerajaan negeri tidak melibatkan diri daripada membida sebarang projek kerajaan. -- BERNAMA
   
P/s: Bila MB dan KM lain nak folo...??

Wednesday, 14 August 2013

Satu lagi rahsia keajaiban Al-Quran terdedah..




Tahukah anda bahawa dengan hanya menggunakan satu formula matematik ringkas, kita akan dapat tahu mukasurat bagi setiap juzuk Al-Quran..satu lagi keajaiban Al-Quran untuk dikongsikan...

Bagaimana caranya? Mari kita lihat..

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 4 di halaman atau muka surat ke berapa?
Caranya:

4-1 = 3,

Maka 3 perlu didarab dengan 2;

Jadi 3 x 2 = 6
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 6.
Maka, Juzuk 4 adalah pada muka surat 62.

.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 4 bermula pada muka surat atau halaman 62. Menarik bukan?
.
.

Contoh 2

Jika anda tahu pertengahan Surah Yassin pada permulaan Juzuk 23 dan terlupa pula di muka surat ke berapa:
Cara mengetahuinya;

23-1 = 22,

Maka 22 perlu didarab dengan 2

Jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 44.
Maka, Juzuk 23 adalah pada halaman atau muka surat 442.

.
.

Contoh 3

Jika anda ngin mengetahui permulaan Juzuk 30 yang mengandungi surah lazim di muka surat ke berapa:

30-1 = 29,

Maka 29 perlu didarab dengan 2

Jadi 29 x 2 = 58

Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 58.
Maka, Juzuk 30 adalah pada halaman atau muka surat ke 582.

.
.
Jika digunakan kaedah yang sama, Juzuk 5 akan terdapat pada muka surat ke 82 dan boleh juga diketahui dari contoh 1 bahawa Juzuk 4 pada muka surat 62 akan berakhir sebelum permulaan Juzuk 5 (muka surat ke 82). Iaitu jumlah setiap juzuk adalah sebanyak 20 halaman atau muka surat.
.
Subhanallah! Semoga info ini dapat dikongsi dan disebarluaskan bagi manfaat sesama muslim.


Wednesday, 7 August 2013

Takbir Raya


Sejarah takbir bermula ketika dalam satu peperangan umat Islam .Dalam peperangan itu tentera Islam dapat mengalahkan tentera pimpinan Abu Suffian serta dapat membunuh Abu Jahal.Ketika Abu Jahal sedang nazak kepalanya hampir terputus daripada tubuhnya. Kemudian datang seorang sahabat memenggal kepala beliau dan mempersembahkan kepada Rasulullah. Lalu, Rasulullah bertakbir Allahu Akbar… (sebagaimana takbir yang dibacakan ketika raya)Kata Ali, laungan takbir itu bermaksud Allah yang menolong hambanya dan Allah jualah yang memuliakan hambanya.

Seolah-olah nabi berdialog depan kepala Abu Jahal tersebut sambil Nabi berkata: “Hari ini telah terbukti janji Allah untuk memenangkan hambanya dan memuliakan tenteranya.”
Dari situlah timbulnya syariat takbir Allahu Akbar… sebagai takbir hari raya kerana peperangan itu sangat dekat dengan Aidilfitri.



“Di situlah bermulanya sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir kerana puasa. Sebaliknya membawa erti peperangan mengalahkan musuh di medan peperangan yang sebenar.“Jadi, jangan disalah ertikan takbir ini tetapi kita kena bertakbir dengan penuh semangat takbir, tahmid dan khusyuk,” katanya bersemangat.

Menjelaskan bagaimana takbir raya dan cara sambutannya pada zaman baginda Rasulullah SAW, Ali memberitahu, Rasulullah SAW menyuruh umat Islam memakai baju baru yang berwarna putih dan sekiranya tiada, boleh memakai pakaian yang sepatutnya.

Tentang solat dan khutbah raya pula, sekiranya ia adalah Hari Raya Puasa, adalah disunatkan makan dahulu di rumah. Namun, pada Hari Raya Haji, disunatkan tidak makan dahulu di rumah. Sementara, berjalan pergi dan balik daripada solat raya di masjid mengikut jalan yang berlainan agar dapat bertemu dengan ramai orang.

video

Selain, mendoakan antara satu sama lain dengan doa Taqobbalallahuminnawaminkum yang membawa maksud semoga Allah menerima amalan kita semua. Ini sering diamalkan.

P/s : Salam Aidilfitri dari ronyanuar.com ...maaf zahir batin..

.

.