Tuesday, 14 January 2014

Akhirnya Sultan Melaka Darul Islam kena tangkap oleh PDRM



Setelah hampir 6 tahun mendakwa dirinya Sultan Melaka, hari ini individu tersebut Raja Noor Jan Shah ditangkap ketika dalam persiapan keberangkatan ke Pulau Besar di Melaka.

Sepengetahuan aku lah, Noor Jan ni dulu pernah menuntut takhta kesultan Perak, tapi akhirnya senyap jer cerita tu..baru2 ni je dia popular balik, lebih2 lg sejak keluarnya surat pengesahan kononnya dari ICJ yang mengiktirafnya sebagai waris sah Kesultanan Melaka.

Mengikut ceritanya, dia ni adalah keturunan dari Sultan Perak yang ke -18 iaitu Sultan Ahmaddin Shah. Bagi aku la, kalo dia nk tuntut takhta Sultan Perak mmg agak mustahil lah walaupun salasilah yang dia sertakan tu benar sekalipun..sebabnya sistem kesultanan Perak ni agak unik..dah sah2 ramai lagi yang lebih layak kalo yg lain tu nak tuntut.. Mungkin sebab tu dia tuntut takhta Sultan Melaka sebab Melaka takde sultan dan kesultanan Perak pula adalah kesinambungan dari kesultanan melaka..

Melalui sidang medianya, walaupun takde pengiktirafan dari Majlis Raja2 atau kerajaan mengenai kedudukannya, tapi dia dah jadi pun Sultan melaka..8 tahun dah pon...sebab selama 8 tahun ini takde mana2 pihak pun yang menyanggah pendapatnya...hahahah betul jugak ek..Untuk menguatkan hujahnya yg dia adalah sultan Melaka, selama hampit 8 tahun ini tidak ada pun pihak berkuasa yang menahan dari kenyataannya sebagai Sultan Melaka...tapi hari ni kena cekup dah...hahahah....

Dasyat wo polis kita..tangkap Sultan tu....tahniah PDRM, sebelum ramai lagi yang terkeliru elok benarlah kekusutan ini dileraikan....

P/s : Ramai yang mempermainkan beliau di akaun fb rasmi beliau..(dah takde pun..yg ada skg ni semua akaun fake)...kesian juga aku tgk..tapi nk buat camne, berani  buat berani la hadap..ye tak??

1 comments:

Anonymous said...

Dah kene tangkap? Punahlah harapanku nak minta keje jadi mamak bendahara

.

.