Tuesday, 22 July 2014

MH 17 : Russia bentang laporan, tembelang Amerika dan Ukraine terbongkar ??? Malaysia dikambing hitam?



Setelah lima hari kejadian MH 17 ditembak jatuh, Russia hari ini melalui Kementerian Pertahanan mereka telah membentangkan satu laporan intensif berkaitan kejadian. Laporan ini sekaligus sebagai menyanggah tuduhan- tuduhan yang dilemparkan pihak Amerika dan sekutunya yang menuduh tentera pembebasan Ukraine yang pro-Russia sebagai dalang yang menembak jatuh MH 17. Laporan ini juga akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan pihak siasatan antarabangsa.


Pembentangan menjadi lebih menarik bila mana pihak Russia pula mempersoalkan kembali kredibiliti Ukraine dan sekutunya tentang bukti-bukti yang menyabitkan mereka untuk dipertanggungjawbkan susulan tragedi ini.

Pada pembentangan tersebut terdapat beberapa perkara yang ditekankan pihak Russia boleh diambil kira sebagai point penting bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Dalam pada itu, pihak yang menuduh pula seolah-oleh tersepit dengan kenyataan awal mereka. Berikut rumusan dari pembentangan :

1. MH 17 membuat lencongan dari laluan dan hilang dari radar Russia. Mereka tidak pasti lencongan pesawat tersebut adalah arahan dari pusat kawalan trafik udara Ukraine atau pihak lain.

2. Russia mengesan beberapa buah BUK-M1 di sekitar laluan MH 17. Mereka mempersoalkan mengapa aset ini diletakkan di sekitar Donesk sedangkan tidak ada aktiviti penerbangan dari kedua-dua pihak tentera di kawasan itu.

3. Pembentangan merujuk kepada beberapa gambar yang anatara lain  membandingkan gambar yang diambil pada 14 julai (selepas pesawat AN -26 terhempas) dan  16 julai. Gambaran menunjukkan semua peralatan ketenteraan seperti self propelled launching system, 2 system utk loading, 4 hingga 5 buah sistem Misil peluru berpandu ada pada gambar diambil pada 14 Julai. Namun semua kelengkapan pertahanan ini tidak ada lagi pada gambar yang diambil pada 16 Julai.

4. Pihak Russia juga menegaskan pihak pemisah pro-Russia tidak mempunyai kelengkapan BUK  -M1. Mereka juga tertanya mengapa Ukraine memiliki kenderaan peluru berpandu ini. 

5. Russia mempersoalkan mengapa terdapat banyak Anti Aircraft Missile berdekatan laluan MH 17. Namun pada 18 Julai semua peralatan ini sudah dipindahkan. (Rujuk video pembentangan). 

6. Radar Ukraine beroperasi pada tahap maksimum pada 17 Julai iaitu sebanyak 9 buah. Begitu juga pada tarikh sebelumnya. Purata 7 - 8 radar beroperasi. Namun pada 18 Julai hanya 2-4 sahaja radar yang beroperasi, Mengapa begitu ?? 

7. Radar pada 17 Julai juga menunjukkna terdapat 3 pesawat komersial dan 1 jet pejuang Ukraine terbang pada waktu kejadian. Jet pejuang Ukraine tiba-tiba dikesan naik hingga ke ketinggian 33 ribu kaki dan masuk ke laluan MH 17. Jarak antara mereka hanya 3-4 km sahaja. Russia mempersoalkan keadaan ini kepada Ukraine? 

8. Melalui Radar tentera, MH 17 dilihat mengurangkan kelajuan ketika menghampiri 51 KM dari sempadan Russia. Dikesan juga sebuah pesawat lain berhampiran , namun identiti pesawat tersebut tidak dapat dipastikan kerana pesawat ini tidak mempunyai alat pengesan secondary. Pesawat tersebut dilihat masih berlegar-legar walaupun selepas MH 17 telah jatuh. 

9. Russia mahu pihak Amerika keluarkan bukti. Bukti bergambar dan data tentang pihak pemisah pro-Russia yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Ini kerana Amerika sebelum ini mengatakan mereka mempunyai bukti bergambar tentang penglibatan puak pemisah Ukraine menembak jatuh pesawat komersil Malaysia

10. Kenyataan Ukraine yang mengatakan tidak ada jet pejuang mereka semasa kejadian telah disangkan russia dengan pembuktian di radar tentera Russia. 

11. Russia menyangkal video Youtube yang memperlihatkan kenderaan pelancar roket di kawasan ukraine dan dalam perjalanan memasuki Russia adalah milik mereka ataupun puak pemisah. Buktinya terdapat papan iklan di belakang kenderaan tersebut yang menunjukkan tarikh 15 Mei 2014. Pada tarikh tersebut, kawasan ini masih dikuasai Ukraine. Melalui video youtube tersebut juga, kerajaan Russia membangkitkan kembali, jenis kenderaan tersebut? Mana asalnya dan kemana ia hendak dihantar? Kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misile?

 12. Russia juga menegaskan yang mereka tidak pernah memberikan sebarang Anticraft Missile kepada puak pemisah Ukraine.

P/s : Menunggu jawapan Ukraine dan Amerika....

0 comments:

.

.