Monday, 11 August 2014

Moto 2 : Hafizh Syahrin raih kedudukan terbaik tahun ini di REDBULL Indianapolis Grand Prix

 
Semalam berlansung pusingan ke 10 kejuaraan MOTOGP 2014, yang menyaksikan Indianapolis Speedway, Amerika Syarikat menjadi tuan rumah. Seperti biasa kejuaraan ini menyaksikan 4 wakil negara beraksi dalam 2 dari 3 kategori yang dipertandingkan iaitu 2 wakil untuk kategori Moto 3 dan 2 lagi di kategori Moto 2.

Perkara yang menjadi tumpuan semalam adalah keupayaan pelumba kategori Moto 2, Hafizh Syahrin yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 10 terbaik dengan meraih kedudukan ke 7.




Pelumba muda yang mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia ini bermula di kedudukan 20, namun berjaya menaiki satu demi satu anak tangga sehingga akhirnya mencapai kedudukan ke 7.

Seorang lagi wakil negara bagi kategori ini Azlan Shah, berjaya meraih kedudukan ke 20 dari 28 pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan.

Bagi kategori Moto 3, pelumba Malaysia yang diwakili Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan Hafiq Azmi sekadar di kedudukan 15 dan 24.

0 comments:

.

.