Friday, 15 August 2014

Ronaldo Hafal Al-fatihah - Mesut Ozil



MADRID - Selepas tersebar berita bahawa Cristiano Ronaldo gembira dengan dunia Islam dan khabar angin bahawa bintang Real Madrid itu mencintai agama suci tersebut, kini terdapat satu lagi berita yang agak mengejutkan, tetapi menarik tentang Ronaldo dan Islam.

Berita tersebut dilaporkan oleh sebuah media terbesar dan paling dipercayai di Sepanyol iaitu Marca.
Menurut akhbar tersebut, bekas rakan sepasukan Ronaldo, Mesut Ozil yang merupakan seorang pemain beragama Islam keturunan Turki mengesahkan bahawa penyerang berkenaan telah pun menghafal huruf Alif dan surah al-Fatihah.

Oleh kerana Ronaldo kerap melihat Ozil membaca al-Quran, pemain itu berasakan dirinya cukup hampir dengan kitab suci tersebut.
"Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa saya amat mengagumi Quran, tetapi itulah hakikatnya. Setiap kali Ozil membawa Quran, saya sering berasa damai dan hati saya menjadi tenang," katanya kepada media di Sepanyol.

Malah, kenyataan Ronaldo itu turut dipersetujui oleh Ozil.
"Ronaldo sering menunggu sehingga saya selesai solat di dalam bilik rehat. Saya tahu dia suka sekali mendengar saya membaca Quran," akui Ozil.
Ronaldo turut mendakwa dia telah pun menghafal surah al-Fatihah.
"Saya telah menghafal al-Fatihah, mungkin satu hari nanti saya akan belajar mengenainya, saya sangat gembira," tambah Ronaldo.

Ketika masih bersama Real Madrid, Ozil akan membawa Quran dan memperdengarkan bacaannya kepada Ronaldo sebelum perlawanan.

Ronaldo juga berasa yakin jika Ozil membaca al-Quran sebelum perlawanan, pasukannya akan melakar kemenangan. Setakat ini, Ronaldo masih berpegang teguh kepada agama Kristian Katolik.
Khabar angin mengenai pemain itu semakin berminat dengan al-Quran selepas bintang Portugal itu mendapat hadiah terjemahan kitab suci itu dalam bahasa Portugis daripada operator telefon bimbit di Arab Saudi, Mobily pada April lalu. - UTUSAN

0 comments:

.

.