Tuesday, 30 September 2014

Ambil steroid berlebihan, risiko kemaluan menjadi kecil - Dato' Malek Noor


KUALA LUMPUR: “Pelari pecut kebiasaannya menggunakan steroid jenisstonozolol manakala dianabol dan testosterone kerap digunakan ahlibina badan” kata bekasjaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor.

Bekas MrAsia kategori ‘heavyweight’ sebanyak enamkaliitu berkata, dianabol dan testosterone menjadipilihan ahlibina badan kerana ia mampu menambah kekuatan dan mempercepatkan pembinaan otot.

Abdul Malek, 57, turutmengesahkan keghairahan atlet mengambil steroid untuk mendapatkan tubuhsasa dalam tempoh singkat bukan saja membuatkan mereka berdepan risiko kerosakan kesihatan, malah ia turut mengubahemosi serta menjejaskan hormon kelakian sehinggakan alatsulit menjadi kecil.

“Mereka yang ghairahmendapatkan badan sasa dengan cepatmungkin berjaya mencapaiimpian itu, tetapiberisiko berdepan masalahbuahpinggang, jantung, tekanan darahtinggi, mati pucuk, sesetengahnya kemaluan mengecil, menjadi pemarah, malahbolehmembawa maut.
“Saya sedarbukan orang awam yang mengidambadan menawan saja mengambilnya, malahada atlet turut menggunakannya untukmencapaiprestasi terbaik.

“Contohnya, bagipelaripecut wanita, penggunaan steroid memberikesan sehingga wajahdan badan mereka kelihatan lelaki,” katanya. Abdul Malek, berkata, kesan penggunaan hormon pembesaran boleh dilihat melaluiperubahan fizikal seperti dagu meruncing kedepan, gigi jarang dan tangan menjadi bengkok.

“Saya dapati penggunaan steroid sekarang seriusdan meluas.
Elakkan penggunaannya kerana saya sudahlihat kesan buruk kepada rakan saya sebelum ini. Untuk mendapatkan badan menawan, kita tidakperlu bergantung kepada steroid, tetapi faham kandungan makanan seperti kalori, karbohidrat dan protein. “Kalau mahu mengambil steroid juga, sila rujuk doktor bagi mengelak kesan sampingan burukkepada fizikal dan mental,” katanya.

.

.