Wednesday, 12 November 2014

Dokumentari MH17 yang tidak pernah diceritakan (video inside - Malay subtitle)



1. Tragedi nahas MH17 kini semakin tenggelam dek dihimpit senario semasa dunia yang silih berganti. Namun sehingga kini kisahnya masih meninggalkan jawapan yang tidak pasti. 

2. Hasil analisis kotak hitam yang dibentang memberi jawapan selamat yang tidak pasti dapat melibatkan sesiapa untuk dipertanggungjawabkan. Penyiasatan di lokasi kejadian juga sering tertangguh kerana bermacam alasan.

3. Berikut adalah satu dokumentari berkaitan insiden berkenaan. Menariknya adalah beberapa perkara yang dinyatakan tidak mendapat tempat di dalam laporan berita utama termasuk berita di negara kita.

4.  Walaupun dokumentari ini dikeluarkan oleh stesen tv Russia yang sudah tentu menyokong pihak yang dituduh (puak pemisah), sekurang-kurangnya ia menunjukkan bukti yang jika difikirkan secara kasar boleh kita percayai. 

5. Umum juga masih menanti tindakbalas pihak yang menuduh(Kerajaan Ukraine) yang sehingga kini hanya mempertahankan diri dengan alasan penafian semata-mata tanpa sokongan bukti yang boleh menyakinkan, seperti yang dibuat pihak Russia.

6. Walaupun menurut dokumentari ini, banyak bukti menguatkan dakwaan yang pesawat malang ini sebenarnya ditembak dari udara , pihak kerajaan kita pula lebih mempercayai MH17 ditembak peluru berpandu darat ke udara seperti rumusan awal penyiasatan antarabangsa yang rata-ratanya dari negara sekutu eropah.

 7. Mungkin kerajaan mempunyai bukti yang lebih menyakinkan dan perlu disimpan untuk persediaan pendakwaan di mahkamah antarabangsa barangkali. Wallahua'lam...

8. Moga mangsa yang terlibat dengan tragedi ini bersemadi dengan aman dan bagi mangsa berugama islam pula ditempatkan dikalangan org2 beriman.  Amin.


.

.