Thursday, 19 March 2015

Perlembagaan persekutuan benarkan hudud dilaksanakan oleh kerajaan negeri.



Aku terbaca satu komentar dari seorang peguam mengenai pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia. Amat tertarik dengan apa yang dinyatakan kerana secara tak lansung telah membuka satu pemahaman tentang pelaksanaan hudud di Malaysia.

Ya  betul sebenarnya kerajaan negeri diharap dapat menjadi perintis sebelum kerajaan persekutuan dapat melihat sebarang penambahbaikan yang perlu sebelum ia dapat diaplikasaikan dalam perundangan peringkat persekutuan. Aku sangat menyokong pembentangan enakmen Hudud di DUN Kelantan dan amat berharap perkara ini akan diperluaskan di lain-negeri sebelum perlembagaan persekutuan dapat diubah bagi membolehkan pelaksanaan di peringkat persekutuan.

Berikut dibawah adalah komentar yang dimaksudkan. :-

 "Dalam sesi-sesi ceramah Perlembagaan Persekutuan yang saya kendalikan, saya sering di tanya oleh peserta samada hudud boleh di laksanakan di Malaysia ataupun tidak.

Jawapan saya selalunya begini :-

Hudud ni bukan isu boleh atau tidak untuk di laksanakan tetapi ia lebih kepada isu nak atau taknak di laksanakan. Ini kerana jika kerajaan serius "nak" laksanakan hudud, maka undang-undang boleh di ubahsuai bagi membolehkan Hudud itu di laksanakan. Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini, Hudud hanya boleh di laksanakan OLEH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan. Hujah saya ini adalah berdasarkan kepada Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:-

" 9. Kuasa Negeri untuk mengadakan kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa perkara yang termasuk dalam senarai negeri atau yang diselenggara di bawah undang-undang negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan mengenai perkara-perkara yang di lakukan di bawahnya dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri"

ISLAM adalah bidangkuasa negeri yang di ketuai oleh Sultan. Maka Perkara 9, Senarai 2 Jadual ke-9 berkenaan MEMBERIKAN KUASA YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI untuk meluluskan undang-undang hudud untuk di amalkan di negeri tersebut untuk orang Islam sahaja.

Jadi saya tidak nampak apa-apa kesalahan untuk DUN Kelantan meluluskan enakmen rang undang-undang hudud mereka pada hari ini.
KITA MULAKAN HUDUD DI KELANTAN DAN SEMOGA NEGERI-NEGERI LAIN AKAN MENCONTOHI KELANTAN SELEPAS TERBUKTI HUDUD LEBIH BAIK DARI UNDANG-UNDANG JENAYAH KANUN KESEKSAAN DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI KELANTAN.

Nak berhujah dengan saya tentang isu ini?

Silakan.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
012-9770412

P/s : Siap ada no hp tu..sape berani berhujah? silakan...

.

.