Wednesday, 13 July 2016

Laporan Ketua Audit Negara : Rahsia yang tidak lagi rahsia



Sekali lagi Sarawak Repot curah minyak ke dalam api berkenaan isu 1MDB...kali ini tentang laporan dari hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap urusniaga 1MDB..walaupun laman yang berpengkalan di UK tu telah disekat aksesnya untuk dilayari di Malaysia, tapi yang sebenarnya  tersekat adalah perkataan 'sekatan'  tu sendiri..hanya tersekat di 'minda' bagi yang kurang celik IT.

Bulih yo nk akses kalo tau caro ehh...hehehe...mungkin ada sebilangan kecil (sbb ramai dh tau) yang tertanya apa yg ditulis Sarawak Repot tu sampai panas sangat ??? takde pulak media terutama pembangkang yang keluarkan  balik laporan tu utk dijadikan artikel pembacaan portal / blog mereka??

Gilo ko...nk kena tangkap?? OSA kot laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan Sarawak Repot tu...Dia berani la duk UK nun...tapi bila sesuatu tu diklasifikasikan sbg rahsia, namun apabila terbuka secara umum, maka bukan la lagi menjadi rahsia..walaupun statusnya tetaplah rahsia...

Makanya, rakyat yg sblm ni semakin bosan ttg isu 1MDB ni, mula dikejutkan semula supaya bangkit sebelum terus lena...patutla di OSA kan..sbb ada antara kandungan laporan tersebut yang tidak menyebelahi pihak yang disiasat.... benar atau tak apa yang ditimbulkan Sarawak Repot tu tak dapat la Admin nk sahkan..yang patut sahkan adalah pihak yang dituduh..tapi setakat ni, nampak gayanya takde pulak nampak usaha pertahankan diri dari pihak yg disiasat, melainkan jentera kerajaaan melalui Kementerian yang menjaga sudut komunikasi beriaksi dengan tindakan mencari dalang terhadap pembocoran dokumen rahsia kerajaan...


P/s: bila la nk abis da...

0 comments:

.

.